47

1 1 0
                                    

   Beberapa jam selepas Sang Aura memberi perintah kepada kesemua mergastua, taman berhadapan dengan gunung Istana Sang Aura itu dipenuhi dengan bermacam jenis mergastua. Mergastua laut hanya menkumpul dipersisiran pantai yang berdekatan dengan gunung Istana Sang Aura. Mereka seperti tidak sabar menunggu pengisytiharaan yang akan diisytiharkan oleh Sang Aura.

   “Bawa bertenang semua  mergastua-mergastua..” Kata Tuan Cihan bertujuan untuk menenangkan keadaan di taman Istana Sang Aura itu.

   Singgahsana Sang Aura, Istana Sang Aura.

   Zarrar, Fieger, Herrlaa, Eira, Hibayu, Qayla, Tangkasa, Firdaus, Marrina sedang berada di dalam Istana Sang Aura. Mereka juga bersama-sama dengan Sang Aura. Mergastua mereka yang lain dimasukkan ke dalam rantai mereka.

   “Bersiap siaga semua.. Lynxia dan mergastua kawalannya boleh tiba bila-bila masa sahaja..” Pesan Sang Aura kepada mereka semua.

   “Kalau begitu, lebih baik kita percepatkan proses pemindahan mereka!” Kata Eira dengan tegas.

   “Betul juga..” Balas Sang Aura.

   Mereka semua keluar dari singgahsana itu dan terus menuju ke pintu gerbang Istana. Mereka keluar dari Istana itu. Melihat betapa banyaknya mergastua yang ada di dimensi itu. Selepas sahaja Sang Aura keluar, dia terbang ke langit dan melirikkan matanya ke arah padang yang dipenuhi dengan berjuta-juta jenis mergastua.

   “Wahai kehidupan Buana Mergastua! Pada hari ini, sesuatu yang pelik dan tidak masuk dek akal akan berlaku ke diri kita semua. Seperti yang kita tahu, Buana Mergastua yang indah pada suatu masa dahulu telah diserang oleh seorang lelaki bertopeng hitam. Aku tidak tahu siapa Dia. Perkara ini telah pun dikatakan oleh Pahlawan Dimensi, Dia berkata bahawa peperangan yang berlaku lima abad lepas akan terjadi semula di masa depan. Peperangan yang dikatakan itu sedang terjadi sekarang! Nasib kita hanya bergantung kepada Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua ni. Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus, Fieger, Herrlaa, Petuza, Hibayu, Browaya, Lavendara, Tangkasa, Rerama, Guntular, Marrina, Chelonirra dan Macro. Merekalah yang akan menyelamatkan kita dari peperangan ini. Kita juga sudah tahu bahawa Ketua-ketua puak mergastua telah pun terkorban. Sang Bayu, Sang Gelora, Sang Batua dan Sang Bara telah pun terkorban. Jika mereka telah pun terkorban, peluang kita untuk menang tipis. Jadi, dengan itu Aku ingin mengisytiharkan bahawa kita akan berpindah alam untuk mengelak dari serangan musuh kita!!” Sang Aura berucap dengan panjang.

   Berjuta-juta mergastua itu terkejut mendengar pengisytiharaan Sang Aura.

   “Kita tiada pilihan lain.. Kekuatan musuh kita sama seperti Panthera.. Mereka juga ada pertalian darah. Aku tak mampu nak tewaskan dia. tanpa sahabat Aku, Aku tak mampu nak tewaskan musuh kita. Tentang alam baru, jangan risau. Alam itu didiami dengan manusia tetapi mereka hanya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, jangan takut dengan mereka. Mereka tidak akan apa-apakan Kita..” Kata Sang Aura lagi.

   “Kami setuju dengan apa jua perintah Sang Aura!” Kesemua Mergastua yang berada di padang itu bersorak secara serentak.

   “Terima kasih kerana sudi mengikuti perintah Aku.. Aku juga akan sertai peperangan.. Jikalau Aku terkorban, teruskan sahaja hidup baru kamu semua di sana...” Kata Sang Aura lagi.

   “Baiklah.. buka pintu gerbang ke dimensi itu, Cihan!” Kata Sang Aura kepada Tuan Cihan. Tuan Cihan mangangguk.

   “Dimensi 2045U. Pintu gerbang dibuka.. Kuasa Pembukaan Pintu Gerbang!” Kata Tuan Cihan.

   Lelaki tua yang berpakaian serba kuning cair itu mengangkat kedua-dua tangannya.  Dia membuka kedua-dua telapak tangannya. Sebuah pintu gerbang gergasi muncul di langit.

   “Berhenti!” Suara lunak seseorang menjerit ke Sang Aura. Itu adalah Lynxia. Dia menungang seekor burung gergasi berbulu serba hitam. Dibelakangnya diekori dengan seekor lagi burung gergasi berbulu merah dan jingga.

   “Lynxia..” Bisik Sang Aura.

   “Kita perlu lebih pantas!” Kata Sang Aura kepada semua mergastua yang berada di situ.

   “Baik! Semua! Masuk ke dalam pintu gerbang tu! Ini semua untuk kebaikkan kamu semua!” Kata Tuan Cihan kepada sebilangan mergastua yang banyak itu.

   Zarrar, Fieger, Eira, Hibayu, Qayla, Tangkasa, Firdaus dan Marrina menyedari kehadiran Lynxia ke pergunungan Istana Sang Aura itu. Dengan pantas mereka berlari menuju ke arah Lynxia.

   “Wah.. pahlawan Buana Mergastua telah pun bersatu semula...” Kata Lynxia selepas menyedari kehadiran Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua itu. Phoenza yang membawa Lynxia itu mendarat ke bumi Istana Sang Aura. Diikuti juga dengan Garuara.

   “Petuza, Herrlaa.. korang berdua pergi bantu Tuan Cihan memindahkan mereka semua ke dimensi baru..” Bisik Zarrar kepada Enzo. Enzo mengeluarkan Petuza dan Herrlaa. Mereka berdua terbang menuju ke arah Tuan Cihan.

   “Korang juga..” Bisik Eira. Axel mengeluarkan Browaya dan Lavendara. Mereka berdua menuju ke arah Tuan Cihan.

   “Chelonirra.. Macro.. korang berdua bantu pemindahan bagi mergastua-mergastua laut..” Bisik Firdaus. Jax mengeluarkan Chelonirra dan Macro dari dirinya. Chelonirra dan Macro menuju ke persisiran pantai untuk membantu dalam proses pemindahan mergastua-mergastua ke dimensi baru.

   “Korang pun.. bantu dorang..” Bisik Qayla dengan perlahan. Max mengeluarkan Rerama dan Guntular. Mereka berdua menuju ke arah Tuan Cihan untuk membantunya.

   Zarrar, Fieger, Eira, Hibayu, Qayla, Tangkasa, Firdaus dan Marrina menghalang jalan Lynxia. Mereka berada dikawasan lapang yang jauh sedikit dari padang pergunungan Istana Sang Aura.

   “Jangan haraplah proses pemindahan ni akan berjalan lancar!” Jerit Lynxia.

   “Mergastua apa lagi yang kau kawal ni, Haa??” Soal Firdaus dengan marah.

   “Perkenalkan.. mergastua Aku, Phoenza.. Yang ini pula mergastua paling hebat. Garuara! Pasangan Mergastua Pahlawan Dimensi!” Lynxia memperkenalkan Phoenza dan Garuara kepada mereka berlapan.

   “Garuara! Halang proses pemindahan tu!” Arah Lynxia kepada Garuara.

   “Jangan harap! Tangkasa! Libasan akar-akar pohon!” Arah Qayla. Tangkasa mengangguk.

   Tanah mula merekah. Muncul dua buah akar gergasi dari rekahan tanah itu. Akar-akar itu menuju ke arah Garuara.

   “Phoenza! Libasan tali air!” Jerit Lynxia.

   Sebuah gumpalan air yang berbentuk tali melibas akar-akar Tangkasa. Serangan libasan akar Tangkasa terbatas.

   “Tewaskan Aku dulu..” Kata Lynxia lagi.

   Garuara menuju ke arah Sang Aura dan Tuan Cihan. Sang Aura terkejut melihat burung garuda itu muncul semula selepas sudah bertahun lamanya menghilang.

   “G-Garuara..” Kata Tuan Cihan dengan terkejut.

   “Cihan.. biar Aku halang Garuara.. Kau, Herrlaa, Petuza, Browaya, Lavendara, Rerama, Guntular, Chelonirra dan Macro teruskan proses pemindahan itu sehingga berjaya!!” Kata Sang Aura kepada Tuan Cihan.

   Tuan Cihan dan yang lain teruskan proses pemindahan mergastua-mergastua ke dimensi baru. Sang Aura pula bersemuka dengan pasangan mergastua Pahlawan Dimensi.

BeastWhere stories live. Discover now