Pada waktu malam. Dimana Zarrar, Qayla dan mergastua mereka yang lain sedang bermalam di Hutan Tebal Heejawa. Eira, Hibayu, Lavendara dan Browaya pula sedang bertarung bersama Suaruda. Firdaus, Akuana, Chelonirra dan Macro akhirnya tiba di Pulau Puak Laut.
Chelonirra naik ke persisiran pantai pulau itu. Firdaus melihat keseluruhan pulau puak laut itu. Semuanya musnah dan terbakar. Firdaus menoleh pandangannya ke seekor naga gergasi bersisik biru tua. Naga itu baring diatas pasir pantai. Firdaus berjalan menuju naga itu.
“S-Sang Gelora...” Kata Firdaus yang sedang terkejut.
“Apa dah jadi...” Kata Akuana pula selepas melihat naga bersisik biru itu terbaring.
Chelonirra mendekati Sang Gelora. Dia memeriksa tubuh badan dan anggota lain naga itu. Chelonirra terkejut.
“S-Sang Gelora sudah terkorban...” Balas Chelonirra dengan nada sedih. Dia mengalirkan air matanya.
Air mata Akuana juga jatuh. Firdaus yang menyedari hal itu mengusap air mata Akuana yang mengalir ke pipinya.
“Kalau Sang Gelora pun tewas... Apa lagi Kita?” Kata Akuana.
“Hihihi!! Sedih betul drama air mata ni..” Suara lunak berbicara. Suara itu ialah milik seekor pari-pari. Pari-pari itu mempunyai sayap berwarna merah jernih. Seperti biasa, matanya berwarna merah dan hitam bermakna dia telah dikawal oleh Lynxia.
“Aparri..” Bisik Chelonirra.
“Jax.. dapatkan maklumat tentang Aparri.” Kata Firdaus kepada Jax.
“Aparri. Mergastua pari-pari api. Dia boleh mengawal elemen api dan daun.” Jelas Jax dengan pendek.
“Apa yang kau nak lagi, Lynxia??” Soal Firdaus. Dia bangun dari posisinya.
“Apa yang aku mahukan?” Suara lunak Lynxia menjawab persoalan Firdaus. Suara itu muncul dari mulut Aparri.
“Aku nak hapuskan kau dan rakan-rakan kau supaya tujuan aku untuk jadi pemerintah dimensi ini berjalan dengan lancar..” Kata suara Lynxia lagi.
“Aku takkan benarkan! Akuana! Letusan air! Chelonirra! Tumbukan batu membeku!” Arah Firdaus.
Akuana mengalirkan air dari lautan ke tubuhnya. Muncul sebuah bulatan air di hadapan badannya. Bulatan air itu mengeluarkan lima letusan air. Letusan air itu ditujukan ke Aparri.
Chelonirra menumbuk permukaan pasir pulau puak laut. Batu-batu kecil muncul dari bawah pasir. Batu-batu itu membentuk sebuah tangan gergasi. Tangan batu gergasi itu ditutupi dengan ais-ais dingin. Tangan itu mengenggam. Genggaman tangan itu menuju ke Aparri.
Kedua-dua serangan itu hampir kena Aparri tetapi dia sempat mengelak. Aparri terbang ke kanan, ke bawah, ke atas dan ke kiri untuk mengelak serangan itu.
“Hihihi! Tak kena!” Perli Aparri.
“Ciss! Macro! Aku perlukan bantuan kau!” Marah Firdaus. Firdaus mahu mengeluarkan Macro dari Jax. Jax mengeluarkan cahaya, cahaya itu mewujudkan seekor udang galah gergasi.
“Macro! Renjatan elektrik!” Arah Firdaus. Macro mangangguk tanda setuju.
Macro menumpukan kesemua kakinya. Kakinya mengeluarkan satu renjatan elektrik. Renjatan elektrik itu ditujukan ke Aparri.
“Kuasa pengklonan!” Jerit Macro.
Macro mengeluarkan satu bebola kecil dari mulutnya. Bebola itu hinggap ke serangan renjatan elektrik. Muncul lagi sepuluh renjatan elektrik. Kesebelas renjatan elektrik itu melanda Aparri. Aparri tidak sempat mengelak, serangan itu terkena tubuhnya. Dia meronta kesakitan.
“Tepat sekali..” Kata Macro dengan angkuh.
“Hehh.. Kau yakin?? Tumbuhan berapi!” Jerit Aparri.
Tanah pulau puak laut mula merekah. Muncul lima tumbuhan dari rekahan tanah itu. Tumbuhan itu mengeluarkan sebuah meriam. Meriam itu menembak bebola api ke arah Firdaus, Akuana, Chelonirra dan Macro.
“Perisai cengkerang gergasi!” Jerit Chelonirra.
Chelonirra masuk ke dalam cengkerangnya. Cengkerang milik Chelonirra itu menghasilkan satu lagi cengkerang tetapi dalam bentuk perisai. Chelonirra mengangkat perisai itu dan mempertahankan dirinya, Firdaus, Akuana dan Macro. Serangan Aparri tidak kena, perisai cengkerang Chelonirra sangat kebal dan kuat.
“Tendangan lumpur!” Jerit Akuana selepas keluar dari perisai cengkerang Chelonirra.
Akuana menujukan kakinya ke Aparri. Air dari lautan mengalir. Tanah-tanah yang berada di daratan pulau puak laut terbang ke arah kaki Akuana. Air dan tanah itu bertembung menjadi sebuah cecair bertanah di kaki Akuana. Akuana menendang kepala Aparri. Tetapi tendangan itu terbatas kerana terdapat satu bulatan gergasi jernih menghalang serangan itu. Bulatan itu adalah perisai Aparri.
“Heh... Tumbukan berapi!” Kata Aparri dengan angkuh.
Aparri mengenggam tangan belah kanannya. Tangan itu terbakar. Aparri menumbuk Akuana dengan kuat. Akuana jatuh ke pasir persisiran pantai pulau puak laut.
“Akuana!!” Jerit Firdaus kerisauan. Chelonirra dan Macro melihat Akuana yang diserang oleh Aparri.
“Heh.. Akuana dah tewas.. Giliran korang bertiga pula!” Kata Aparri lagi.
“Jangan terlalu yakin! Rempuhan cengkerang!” Jerit Chelonirra.
Chelonirra yang masih berada di dalam cengkerangnya itu menggerakan cengkerangnya. Cengkerang milik Chelonirra itu bergerak menuju ke Aparri.
Aparri yang menyedari tindakan itu terus bersedia.“Ikatan tali berapi!” Jerit Aparri lagi.
Aparri membuka telapak tangannya. Muncul dua buah tali yang panjang. Tali itu berwarna merah dan mempunyai api disekelilingnya. Tali itu mengikat cengkerang Chelonirra yang sedang menuju ke Aparri. Cengkerang itu terjerat dengan tali berapi Aparri.
“Apa dah jadi?” Soal Chelonirra dari dalam cengkerangnya.
Chelonirra keluar dari cengkerangnya. Dia terkejut melihat keadaannya yang sudah terjerat dengan tali berunsurkan api. Chelonirra tidak dapat melepaskan dirinya.
“Tumbuhan berapi! Tembak kura-kura ni!” Arah Aparri.
Tumbuhan berapi yang berada di permukaan tanah pulau puak laut menembak ke cengkerang Chelonirra.
“Perisai pembeku!” Jerit Chelonirra.
Dengan pantas cengkerang Chelonirra berubah warna menjadi warna biru muda. Perisainya membeku. Tembakan tumbuhan berapi Aparri terbatas. Perisai itu menghalang serangan Aparri.
“Lembab! Macam mana Lynxia boleh pilih kau untuk tentang kami?” Soal Chelonirra dengan angkuh.
“Kurang ajar! Tembakan laser membakar!” Jerit Aparri dengan penuh perasaan marah.
Aparri membuka telapak tangannya. Muncul sebuah bebola api ditangannya. Bebola itu mengeluarkan satu tembakan besar. Tembakan itu ditembak ke tubuh Chelonirra.
“Erghhh!!!” Ronta Chelonirra kesakitan. Chelonirra jatuh ke permukaan tanah pulau puak laut.
“Chelonirra!!!” Jerit Firdaus dengan penuh kerisauan. Macro melihat Firdaus itu berasa sangat sedih. Kini, harapan untuk menang hanya berada ditangannya sahaja. Jikalau tidak, Lynxia akan dapat menakluki dimensi dan Puak Laut itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/324281990-288-k736153.jpg)
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...