6

6 1 0
                                    

   “Best jugak kan?? Aku pernah pergi Kota Nahla sekali je, Tu pun dah lama..”. Zarrar seolah-olah setuju dengan cadangan Eira.

   “Okay tak Fir?”. Eira melontarkan soalan kepada Firdaus.

   “Aku ikut je nak pergi mana-mana pun. Tapi tula kena tanya parents Aku dulu. Aku rasa dorang bagi je hahah”. Firdaus menjawab.

   “Aku pun setuju. Jaranglah Aku pergi hiking ni”. Zarrar pun setuju dengan cadangan Eira untuk ke Kota Nahla.

   “Baikk. Aku ada cousin kat sana. Aku nak ajak dia join sekali vacation ni. Boleh?”. Sekali lagi Eira melontarkan soalan kepada mereka berdua.

   “Siapa? Lelaki ke perempuan? Sebaya dengan kita ke?”. Firdaus melontarkan tiga soalan serentak kepada Eira.

   “Nama dia Qayla. Ya, dia sebaya dengan kita”. Eira menjawab.

   “Aku setuju je. Asalkan dapat pergi vacation dengan tenang”. Zarrar menyampuk.

   “Aku pun setuju je”. Firdaus menjawab.

   “Bila nak pergi? Dah ada tarikh?”. Zarrar melontarkan soalan kepada Eira.

   “Rabu ni? Boleh?”. Eira menjawab.

   “Bolehh!”. Zarrar dan Firdaus menjawab dengan serentak.

   Mereka menghabiskan semua makanan yang telah di pesan oleh mereka tadi. Selepas menghabiskan makanan, mereka bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing.


******


   Pekan Gaura, Kota Nahla.

   Sebuah rumah banglo tiga tingkat yang terletak di hujung kawasan Pekan Gaura. Kediaman milik seorang wanita tua yang berusia lebih enam dekad. Namanya Emilia.

   Ring! Ring! Ring!

Telefon bimbit Puan Emilia berdering. Dia dengan segera mengambil telefon bimbit miliknya yang berada di atas meja kecil.

   “Hello..”. Puan Emilia mengangkat panggilan telefon itu.

   “Hello! Nenekkk! Nenek sihat ke? Dah makan ke belum tu?”. Kedengaran suara seorang remaja perempuan berada di dalam panggilan itu.

   “Ya Eira cucu nenek, Sihat Alhamdulilah. Excited sangat ni. Kenapa? Ada apa-apa ke?”. Puan Emilia melontarkan soalan kepada remaja perempuan itu. Iaitu cucunya, Eira Anayra.

   “Rabu ni Eira dengan kawan Eira nak bercuti kat Kota Nahla! Boleh singgah rumah nenek, lagipun nak ajak Qayla sekali. Dah lama tak jumpa Dia..”. Eira menjawab.

   “Alhamdulilah... Dah lama nenek tak jumpa cucu nenek sorang ni. Ni datang dengan kawan, kawan lelaki ke perempuan? Ke boyfriend?”. Puan Emilia menyakat cucunya.

   “Eh nenek ni. Mana ada boyfriend. Eira datang dengan kawan lelaki 2 orang”. Eira membuka mulut.

   “Nenek gurau je hahah..”. Puan Emilia terg elak kecil.

   “Ni dah call Qayla belum? Dia free tak tu nak join Eira dengan kawan-kawan pergi bercuti?”. Puan Emilia bertanya.

   “Belum. Lepas ni nak call dia pulak lah, rasanya dia free je sebab cuti Kan..”. Eira menjawab.

   “Nanti dah on the way call nenek tau..”. Puan Emilia memberi pesanan kepada cucunya itu.

   “Okayyy. Nanti hari rabu kita sembang puas-puas yaa”. Eira menjawab.

   “Nanti nenek masak masakan favourite Eira ya”. Puan Emilia berkata.

   “Wahh sedapnyaa. Okay nek. Eira nak call Qayla pulak, Assalamualaikum..”.

   “Waalaikummusalam..”. Puan Emilia menamatkan panggilan telefon.

   Puan Emilia meletakan telefonnya di atas meja kecil. Puan Emilia ialah salah seorang usahawan yang berjaya di Kota Nahla. Dia ialah seorang pereka fesyen terkenal di Sahmura, sudah membuka sepuluh buah butik di seluruh Sahmura. Tetapi Dia sudah tua, sudah tidak larat untuk menguruskan perniagaan itu. Dia ingin menurunkan perniagaan ini kepada cucunya. Qayla atau Eira? Soalan ini yang masih berlegar-legar di kepalanya.


******


    “Hello....”. Eira memulakan panggilan telefon dengan seseorang.

    “Hello cousin kuuu! Ya ada apa-apa ke?”. Suara lunak seorang remaja perempuan kedengaran.

   “Qaylaa! Aku nak ajak kau pergi vacation”. Eira memberitahu tujuan mengapa Dia menelefon sepupunya itu.

   “Vacation? Kat mana?”. Qayla melontarkan soalan kepada Eira.

   “Kota Nahla, food hunting kat situ dengan hiking gunung Ancala. Amacam? Boleh tak?”. Eira menjawab dengan teruja.

   “Weyy seriously? Kita berdua je kan? Bestnyaaaa”. Qayla pun turut teruja.

   “Taklah, Kita pergi dengan kawan Aku. Boleh?”. Eira bertanya kerana bimbang sepupunya itu tidak selesa.

   “Lelaki ke perempuan?”. Qayla melontarkan soalan kepada Eira.

   “Lelaki.. 2 orang”. Pendek Eira menjawab

   “Aku setuju je, tapi tulah kena tanya Mama Aku dulu. Jap Aku tanya”. Qayla bersetuju.

   “Mama... Eira call, Dia nak ajak Qayla pergi vacation dengan kawan lelaki Dia. Boleh kan Mama?”. Perbualan Qayla bersama Mamanya terdengar di telefon bimbit.

   “Kawan lelaki? Boleh je. Asalkan anak Mama ni happy..”. Mama Qayla bersetuju untuk Qayla pergi percutian Eira, Zarrar dan Firdaus.

   “YEAYYYYY!”. Qayla menjerit.

   “YAYYYY!”. Eira turut menjerit kegembiraan.

   “Hari rabu ni tau, pack siap-siap. Jumpa kat rumah nenek”. Eira memberi pesanan kepada Qayla.

   “Okay boss!”. Qayla menjawab.

   Eira menamatkan panggilan telefonnya. Dia tersenyum gembira kerana dapat juga berjumpa dengan sepupunya yang sudah lama tidak berjumpa.

   Tiga hari kemudian, hari dimana Zarrar, Firdaus, Eira dan Qayla pergi bercuti di Kota Nahla.

   Ring Ring Ring!

   Bunyi jam loceng berbunyi. Eira bangun dari tidurnya dan menutup jam loceng itu. Dia bangun dari katil dan mengambil tuala yang tergantung di penyangkut. Dia terus ke bilik mandi.

   Setelah selesai mandi, Dia membuka rak baju untuk memilih baju yang sesuai untuk digayakan. Dia memilih baju t-shirt bercorak  jalur hitam putih dan seluar bootcut berwarna hitam.

   Dia keluar dari bilik. Melihat ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di luar rumah. Dia mendekati ibunya.

   “Ibuu! Eira dah nak gerak ni”. Eira memecah kesunyian dipagi hari.

   “Wahh. Cantiknya anak Ibu”. Puan Emma memuji anak daranya itu.

   “Mana ada. Ish ibu ni”. Jawab Eira kepada Ibunya. Dia hanya melihat Ibunya yang sedang menyiram pokok bunga sambil mengalas beg pakaiannya.

   “Dah nak gerak ke? Taknak breakfast dulu?”. Puan Emma bertanya.

   “Haah dah nak gerak dah. Kitorang breakfast kat sana je nanti”. Jawab Eira.

   “Dahlah Ibu, Eira pergi dulu yaa”. Jawab Eira lagi sambil menyalam tangan ibunya.

   “Jaga diri baik-baik kat sana, sekarang banyak kes pelik-pelik jadi. Kirim salam nenek”. Pesan Puan Emma

   “Tulah. Eira pun takut jugak. Assalamualaikum..”. Eira memberi salam.

   “Waalaikummusalam..”. Jawab Puan Emma.

BeastWhere stories live. Discover now