22

5 1 0
                                    

   Langit mulai cerah. Bunyi-bunyian pada pagi itu amat menenangkan fikiran. Fir, Zarrar, Eira, Qayla, Bea, Kidden, Dovea, Speedy, Herrlaa, Purra dan Browaya memulakan pagi dengan bersarapan untuk mengisi perut. Mereka masih lagi berada di perkampungan rama-rama ais itu.

   “Qayla, Eira.. Korang berdua masak apa hari ni?” Zarrar melontarkan soalan kepada dua sahabat perempuannya itu. Dia menyentuh perutnya tanda sudah lapar.

   “Kitorang masak simple je pagi ni. Kitorang masak pisang goreng.” Jawab Qayla sambil menurunkan pinggan berisi pisang goreng panas di atas meja makan.

   “Fir mana?” Soal Eira pula. Eira duduk di atas kerusi bersedia untuk bersarapan bersama sahabatnya itu.

   “Tengah basuh muka, gosok gigi.” Zarrar menjawab soalan Eira. Dia bangun dari duduknya dan menolehkan pandangannya kepada Mergastua-mergastua yang sedang mengisi perut.

   Mergastua-mergastua mereka sedang memakan buah-buahan yang telah dipetik oleh penduduk-penduduk kampung Ramara tanda berterima kasih.

   Zarrar mengusap perlahan bahagian atas kepala Kidden dan Herrlaa begitu juga Mergastua yang lain.

   “Makan kenyang-kenyang tau. Lepas ni kita nak berlatih!” Kata Zarrar kepada Mergastua-mergastua dengan semangat.

   “Okay Zarrar!!” Balas mereka juga dengan semangat.

   Mereka menjamu selera bersama-sama. Selepas selesai bersarapan, mereka perlu mengucapkan selamat tinggal kepada perkampungan Ramara kerana mereka mahu meneruskan perjalanan menerokai Hutan Tebal Heejawa.

   “Terima kasih wahai Pahlawan Buana Mergastua. Kami sangat terhutang budi.” Ramara berterima kasih kepada mereka.

   “Sama-sama. Tidak mengapa, memang itu tugas kami untuk melindungi dimensi ni.” Balas Qayla.

   Seekor ulat beluncas mendekati tubuh Qayla. Qayla agak terkejut tetapi Dia membenarkan ulat beluncas itu menaiki tubuhnya. Ulat beluncas itu adalah Belrama.

   “Bolehkah Aku ikut Kau dalam pengembaraan ni?” Soal Belrama yang sudah berada di bahunya itu.

   “Kau serius? Kau betul-betul nak ikut Aku??” Persoalan Belrama itu dibalas dengan soalan.

   “Ya. Aku memang mahu ikut mengembara bersama kau, Qayla.” Jawab Belrama itu.

   “Yeayyy!!! Max, Aku ingin menjadikan Belrama sebagai pasangan Mergastua Aku.” Qayla bercakap bersama rantai perang miliknya itu.

   “Baik..” Balas Max. Max memancarkan sinaran kepada Belrama, Belrama dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang berada di dalam rantai itu.

   “Yeayy!!” Jerit Qayla dengan teruja.

   “Jaga Belrama baik-baik. Latih Dia sehingga Dia berevolusi ke tahap yang hebat.” Pesan Ramara.

   “Baik Ramara. Kau pun, jaga diri kat sini. Bina semula kampung Ramara dengan maju.” Balas Qayla pula.

   “Dah jom gerak. Semoga berjumpa lagi Ramara!” Firdaus menyampuk. Dia melambai tangannya kepada Ramara.

   “Semoga berjumpa lagi...” Kata Ramara pula.

   Mereka semua meninggalkan perkampungan itu dan meneruskan perjalanan ke tempat yang sesuai untuk berlatih. Mereka terus dan teruskan berjalan, mereka juga menikmati keindahan Buana Mergastua dan mengenali lebih banyak spesis mergastua.

   “Mergastua apa tu??” Eira menunjuk ke arah seekor burung hantu yang sedang tidur. Bulunya berwarna perang dan kuning.

   “Owleey.” Balas Speedy.

BeastWhere stories live. Discover now