Zarrar bangun dari tidurnya. Dia meluruskan badannya dan mengosok kedua-dua belah matanya. Dia bangun dan melihat tiada Firdaus di sebelahnya. Akuana juga tiada.
“Mana Fir dengan Akuana ni? Aikk? Qayla dan Eira pun takda?” Kata Zarrar dengan hairan. Terdetik dihatinya untuk bertanya dengan Garganbuhan.
Zarrar mengetuk kayu ataupun tubuh Garganbuhan.
“Selamat pagi Garganbuhan!” Ucap Zarrar kepada Garganbuhan.
“Selamat pagi! Ya? Kenapa?” Soal Garganbuhan pada Zarrar.
“Kau ada nampak tak Fir, Akuana, Eira dan Qayla? Mana diorang?” Soal Zarrar kepada Garganbuhan.
“Ada.. Firdaus dengan Akuana pergi ke tasik. Eira, Qayla, Layana dan Speedy pula pergi ke hutan untuk mencari buah-buahan..” Terang Garganbuhan.
“Tasik? Ada tasik ke kat sini?” Soal Zarrar lagi.
“Ada. Dekat hujung kampung ni.” Balas Garganbuhan lagi.
“Oh Baik.. Terima kasih Garganbuhan!” Zarrar berterima kasih.
“Sama-sama.”
Zarrar berjalan ke tempat tidur mergastua. Dia mengejut Nekko, Iric dan Herrlaa dari dibuai mimpi.
“Huh?? Zarrar... Kenapa?” Balas Nekko selepas sahaja dikejut oleh Zarrar.
“Haah.. pagi-pagi dah kejut..” Kata Iric pula.
“Ngantuknyaa!!” Kata Herrlaa.
“Jom! Pergi tasik, Aku nak mandi kat sana!” Kata Zarrar selepas mereka bertiga bangun.
“Aikk? Kenapa ajak kitorang? Kitorang bukan mandi dalam tasik tu pun.” Balas Iric.
“Jomlah!” Pinta Zarrar sambil membuat muka comelnya.
“Hurmm.. yelah jom!” Balas Herrlaa.
“Jom!!” Balas Nekko dan Iric serentak.
Mereka berempat berjalan menuju ke tasik itu. Selepas beberapa minit berjalan, mereka sampai di tasik dimana Firdaus dan Akuana sedang leka bermain air.
“Fir?? Akuana??” Zarrar bersuara. Dia melihat Firdaus yang sedang bermandi.
“Eh!? Zarrar.. Jom lah mandi sekali, jangan risau, takda mergastua ganas hidup dalam ni..” Firdaus mengajak Zarrar untuk bermandi.
“Wahh!! Bestnya!!! Cantik jugak tasik ni..” Balas Zarrar. Dengan segera Zarrar menanggalkan baju t-shirt nya dan masuk ke dalam tasik. Dia membersihkan dirinya.
Nekko, Iric dan Herrlaa hanya melihat Firdaus, Zarrar dan Akuana yang sedang seronok bermain air.*****
Sementara itu di Hutan Tebal Heejawa. Eira, Layana, Qayla dan Speedy pergi mencari buah-buahan untuk dijadikan sebagai sarapan mereka.
“Wahh! Kau tengok tu Eira! Ada pokok buah manggis!” Kata Qayla sambil menunjuk sebuah pokok yang mempunyai buah bulat berwarna ungu tua. Bentuknya sama seperti manggis.
“Manggis??” Kata Speedy dengan penuh tanda tanya.
“Manggis tu nama buah kat dimensi kitorang. Sedap sangat rasanya!” Jelas Eira.
“Betul ke ni Manggis? Bentuk mungkin sama, tapi mana tahu dalamnya ada racun...” Kata Eira dengan penuh kerisauan.
“Jap Aku tanya Max. Max, buah apa ni?” Soal Qayla kepada rantai perang miliknya.
“Ini bukan buah. Ini seekor mergastua. Mangestin. Mergastua buah-buahan. Dia boleh mengawal elemen daun.” Jelas Max.
“Mangestin???” Mereka berempat terkejut. Mereka menjauhkan diri daripada pokok itu.
“Siapa yang sebut nama Aku?” Buah berwarna ungu tua itu bergerak. Dia membuka kedua-dua belah matanya. Seperti biasa, matanya berwarna merah dan hitam bermakna Mangestin telah dikawal oleh Lynxia.
“Lynxia...” Bisik Speedy.
“Tendangan daun!” Jerit buah berwarna ungu tua itu. Muncul kaki dari bawah tubuh Mangestin. Dia menujukan serangan itu kepada Eira, Qayla, Layana dan Speedy.
“Bayu beliung!!” Jerit Layana. Sebuah pusaran angin yang kencang muncul. Angin itu melanda Mangestin yang mahu menyerang mereka berempat.
“Kau sebuah nak kalahkan kitorang berempat?” Soal Speedy dengan angkuh.
“Aku tidak kesebuahan..” Kata Mangestin yang sedang dibawa pusaran angin kencang.
“Manneis! Mangestin! Keluar!” Jerit Mengestin lagi. Tiba-tiba.
Sekumpulan buah jatuh ke bumi. Separuh darinya berwarna merah jambu. Separuh lagi berwarna ungu tua sama seperti Mangestin. Kumpulan itu memunculkan dirinya yang sebenar. Mereka juga dikawal oleh Lynxia.
“Manneis??” Soal Eira kepada Axel.
“Manneis. Mergastua buah-buahan. Tahap pertama dari evolusi Mangestin. Dia boleh mengawal elemen daun.” Jelas Axel.
“Tak boleh jadi ni.. mereka lebih ramai..” Kata Qayla.
“Ikat dorang semua Speedy!” Arah Qayla.
“Akar pengikat!” Jerit Speedy. Akar-akar pokok muncul dari bumi. Akar-akar itu menangkap Manneis dan Mangestin lalu mengikatnya.
“Tendangan batuan!!” Jerit Speedy lagi. Dia menghentak ke bumi. Batu-batuan kecil terbang ke udara. Dengan pantas Speedy menendang kesemua batu-batuan kecil itu. Kesemua batu-batu itu dituju ke arah Manneis dan Mangestin yang sudah diikat.
“Sekarang, Layana!” Arah Eira pula.
“Baik! Panahan kilat kecil!” Kata Layana. Layana membuka kedua-dua belah sayapnya. Muncul panahan kilat kecil. Panahan kilat itu dituju ke arah Manneis dan Mangestin yang telah diikat. Mereka pengsan akibat terkena panahan kilat itu.
“Yeay!!!” Sorak mereka berempat bersama-sama.
“Huh?? Jangan seronok sangat..” Tiba-tiba terdengar satu suara yang lunak.
“S-Siapa tu?” Soal Layana sambil menolehkan pandangannya ke kiri dan ke kanan.
“Atas pokok Mangestin...” Kata suara itu lagi. Dengan serta-merta mereka berempat menolehkan pandangan ke atas pokok. Mereka melihat sebuah susuk tubuh yang sangat cantik.
“Kau sakiti Manneis dan Mangestin??” Soal suara lunak itu.
Tiba-tiba. Sesuatu turun dari pokok itu. Susuk tubuhnya sangat cantik. Kulitnya berwarna ungu muda. Mukanya berwarna hijau muda. Rambutnya juga berwarna hijau muda. Dia bukan manusia. Sama seperti Manneis dan Mangestin, matanya berwarna merah dan hitam.
“Siapa kau!??” Soal Eira.
“Aku Mangisari!!!” Balas susuk tubuh itu.
“Mangisari?” Soal Qayla kepada rantai perang miliknya iaitu Jax.
“Mangisari. Mergastua buah-buahan. Dia adalah evolusi tahap ketiga daripada Manneis dan Mangestin. Dia boleh mengawal elemen daun dan kayu.” Jelas Jax.
“Cantiknyaa!!!” Puji Qayla.
“Memang.. tapi yang jadi masalahnya adalah.. Dia dikawal oleh Lynxia..” Balas Speedy. Eira dan Layana setuju dengan kata-kata Speedy.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...