32

1 1 0
                                    

   Di petang yang panas. Angin bertiup perlahan-lahan menjadikan suasana yang panas bahang itu lebih tenang. Firdaus dan Akuana memulakan langkah untuk menuju ke ke persisiran pantai.

   “Fir, Aku rasa lebih baik kau keluarkan Purra.” Cadang Akuana.

   “Kenapa pulak?” Soal Firdaus.

   “Manalah tahu ada Mergastua kawalan Lynxia serang kita, lebih mudah kalau Purra ada untuk membantu kita.” Jelas Akuana.

   “Betul jugak kan? Pandai jugak kau ni Hahaha.” Balas Firdaus.

   “Jax. Keluarkan Purra.” Arah Firdaus.

   “Baikk!” Balas Jax. Jax mengeluarkan Purra dari dirinya.

   Selepas beberapa jam berjalan, mereka akhirnya tiba di persisiran pantai Hutan Tebal Heejawa.

   “Sampai pun. Jax, berapa jauh dari kedudukan kita untuk ke Pulau puak laut??” Soal Firdaus kepada Jax.

   “Tidak jauh. Hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk tiba di sana.” Jawab Jax.

   “Aku tak berapa mampu nak membina jambatan tanah berseorangan.” Akuana menyampuk.

   “Kalau macam tu... Purra, kau ada kawan yang boleh mengawal elemen tanah??” Firdaus melontarkan soalan kepada Purra.

   “Tiada... Tapi Aku ada kawan yang boleh membawa kita ke sana tanpa membina jambatan tanah.” Jawab Purra sambil tersenyum manis.

   “Siapa?” Soal Akuana pula.

   “Sekejap. Aku panggil Dia.” Jawab Purra. Purra berenang masuk ke dalam air dan menuju ke lautan.

*****

   Eira, Layana, Browaya dan Axel akhirnya tiba di perkampungan rama-rama ais iaitu Ramara. Selepas sahaja mereka melangkahkan kaki masuk ke dalam kampung itu, kesemua Belrama dan Ramara menolehkan pandangan ke mereka.

   “Pahlawan Buana Mergastua?? Apa yang kamu buat disini? Mana yang lain?” Soal seekor ulat beluncas.

   “Aku ingin berjumpa dengan ketua kampung Ramara.” Jawab Eira.

   “Oh.. baiklah sila ikut Aku.” Belrama  mengarahkan mereka untuk mengikuti dirinya.

   Mereka tiba di sebuah pohon gergasi. Belrama mendekati pohon itu.

   “Ketua.. Kita ada pelawat..” Belrama menegur Ramara yang sedang duduk di atas dahan pohon.

   “Pahlawan Buana Mergastua?? Ada apa?? Mana yang lain??” Soal Ramara bertubi-tubi.

   “Macam ni....” Terang Lavendana.

   “Macam tu lah ceritanya.” Kata Lavendana lagi.

   “Oh... Jadi? Ada apa-apa yang Aku boleh bantu?” Soal Ramara selepas mendengar kisah yang diceritakan oleh Lavendana.

   “Kami semua tidak mampu untuk pergi ke Puak Langit berseorangan. Aku perlukan bantuan dari kau untuk Kami terbang ke Puak Langit.” Eira berterus terang.

   “Hurmmm.. Aku tidak boleh membantu, tetapi ada Mergastua ni boleh membantu korang semua.” Kata Ramara.

   “Siapa??” Soal Layana.

   “Drawaka.” Balas Ramara ringkas.

   “Siapa Drawaka, Axel?” Soal Eira kepada rantai putih miliknya.

   “Drawaka. Mergastua naga gergasi. Dia boleh mengawal elemen api.” Jawab Axel.

   “Oh.. jadi, bagaimana Aku nak berjumpa dengan dia?” Soal Eira lagi.

   “Dia ada di perkampungan ni. Belrama!!” Jawab Ramara. Dia juga memanggil Belrama. Belrama mendekati Ramara

   “Ya ketua?” Soal Belrama.

   “Bawa Drawaka ke sini.” Arah Ramara.

   “Baik ketua.” Belrama akur dengan arahan ketua perkampungan rama-rama ais itu. Belrama beredar dari kawasan itu untuk memanggil Drawaka.

    “Tapi Aku juga perlukan bantuan kau. Tidak mampu untuk Aku, Layana , Lavendana dan Browaya melawan musuh puak langit.” Kata Eira lagi dengan tegas.
   
   “Baiklah. Aku akan sertai.” Jawab Ramara dengan ringkas.
  
   Selepas beberapa minit, Belrama datang semula ke pohon Ramara. Seekor naga bersayap berterbangan di langit. Mereka mendongakkan kepala ke atas. Melihat Mergastua naga api itu.

DUSHHH..

   Naga bersayap itu mendarat dengan ganas.

   “Ya ketua Ramara? Apa yang boleh Aku bantu. Eh? Pahlawan Buana Mergastua?? Apa kau buat di sini?” Soal naga itu bertubi-tubi.

   “Begini...” Belrama menerangkan tentang perkara yang berlaku terhadap puak langit.

   “Oh.. baiklah. Aku sedia membantu kamu wahai Pahlawan Buana Mergastua.” Kata Drawaka.

   “Aku tak mahu melengahkan masa. Lagi lambat Kita bergerak, lagi teruk puak langit di kerjakan.” Balas Eira pula.

   “Baiklah mari...” Ajak Drawaka.

    Eira, Browaya dan Lavendana memanjat tubuh Drawaka. Mereka bertiga duduk di atas tubuh Drawaka manakala Ramara dan Layana pula terbang mengekori mereka dari belakang.

*****

   Zarrar, Qayla, Nekko, Speedy, Iric, Belrama, Herrlaa dan Garganbuhan memulakan perjalanan mereka untuk ke puak bumi.

   “Mana kawan-kawan kau yang lain, Garganbuhan?” Soal Qayla.

   “Mereka semua dalam perjalanan. Jangan risau.” Jawab Garganbuhan.

   “Oh baiklah... Max, lama lagi ke Kita nak sampai ke Puak Bumi?” Soal Qayla kepada rantai perang miliknya itu.

   “Tidak lama. Dalam 2 jam lagi.” Jawab Max dengan yakin.

   “Lama lagi. Mungkin Kita sampai pada waktu malam.” Speedy menyampuk.

   “Betul apa yang Speedy katakan. Mungkin juga Mergastua buas itu dapat melepaskan diri.” Garganbuhan memberi satu lagi kemungkinan.

   “Kita perlu lebih cepat!” Balas Zarrar dengan semangat.

   Tiba-tiba...

DUMMMM!!

   Seekor monyet gergasi menumbuk ke tanah dengan kuat. Bukanlah monyet, ia spesis king kong. Sangat gergasi, lebih besar dari Garganbuhan. Seperti biasa, matanya berwarna hitam dan merah kerana dikawal oleh wanita dewasa bertopeng iaitu Lynxia.

    “K-Kingwaka...” Kata Garganbuhan dengan perasaan cuak dan takut.

   Herrlaa, Iric dan Belrama juga turut ketakutan.

   “Siapa Kingwaka, Enzo?” Zarrar bertanya kepada rantai merah miliknya.

   “Kingwaka. Mergastua monyet gergasi. Dia boleh mengawal elemen api dan elektrik.” Jawab Enzo.

   “Macam mana Kita nak tewaskan Dia? Dia lagi besar kot..” Kata Belrama.

   “Macam mana? Macam ni!” Suara yang lunak kedengaran. Suaranya agak biasa di dengar oleh mereka.

   Dengan tidak dijangka, Kingwaka menumbuk permukaan tanah dengan kuat. Mereka semua terpelanting dan jatuh ke bumi.

   “Apa yang kau nak lagi Lynxia? Tak cukup ke kau serang Puak Bumi, laut dan langit??” Soal Herrlaa dengan tegas.

   “Puak bumi, laut, langit tu mereka punya ceritalah. Sekarang ni Aku takkan bagi kau selamatkan puak bumi. Kingwaka! Serang!!” Kata Lynxia.

   “Sambaran petir! Bebola api gergasi!” Jerit Kingwaka dengan kuat. Hutan itu bergema menyebabkan Mergastua liar berlari ketakutan.

   Langit mulai mendung. Kilat menyambar mereka semua. Tangan Kingwaka dibulatkan, muncul sebuah bebola api gergasi di tangannya. Kedua-dua serangan itu di berikan dengan serentak. Sekali lagi mereka semua jatuh dan terbaring di tanah.

   “Dua serangan dengan serentak??” Kata Qayla yang masih lagi terbaring di tanah.

BeastWhere stories live. Discover now