21

3 1 0
                                    

    “Aku Speedy!!” Jerit seekor arnab berbulu kelabu. Dia juga berdiri dan tubuhnya nampak gagah. Dia berdiri dihadapan Ramara yang sedang terbaring kesakitan.

    “Speedy?? Mergastua tangkas? Masih lemah, tidak mampu untuk menewaskan Aku.” Kata Kupuhaba dengan berlagak.

    “Speedy???” Soal Qayla dengan penuh tanda tanya kepada rantai perang miliknya.

    “Speedy. Mergastua arnab yang tangkas. Dia boleh mengawal elemen tanah dan daun. Selain itu, dia juga boleh bergerak dengan tangkas.” Jawab rantai perang milik Qayla iaitu Max.

    “Lemah?? Mari kita lihat siapa yang lemah!” Walaupun dihina, Speedy tetapi gembira dan teruja mahu bertarung bersama Kupuhaba.

    Speedy melompat dan bergerak ke arah kanan. Pergerakan Dia tidak dapat di kesan kerana Dia bergerak dengan amat pantas. Kupuhaba menoleh ke kiri, kanan, atas, bawah untuk mengesan pergerakannya tetapi gagal.

    “Tendangan tanah!!” Kata Speedy dengan nada teruja. Suaranya bergema dengan kuat.

    Dengan pantas tendangan itu sampai ke muka Kupuhaba. Tendangan itu di serang secara bertubi-tubi dan laju. Dia menendang di bahagian sayap, muka, kaki dan tubuh. Serangan itu memberi kecederaan yang teruk kepada Kupuhaba, Kupuhaba sedang menahan kesakitan apabila terkena serangan Speedy.

    “Ikatan akar pokok!!” Jerit Speedy dengan kuat. Suaranya sekali lagi bergema.

    Akar yang besar keluar dari tanah. Dengan pantas akar itu mengikut kaki dan tangan Kupubaha.

    “Haha...HAHAHAH!!!” Tawa Kupuhaba dengan besar. Suaranya juga bergema.

    Sayapnya mengeluarkan api kecil. Api itu merebak keseluruh akar yang mengikat dirinya. Akar itu terbakar dan Dia terlepas dari ikatan.

    Zarrar, Eira, Firdaus, Qayla, Herrlaa, Dovea, Kidden, Bea terkejut apabila melihat situasi itu.

   “Bea! Qayla! Aku ada idea!!” Firdaus mendapatkan buah akal.

    “Ouh... Baiklah. Hehe..” Senyum Qayla dan Bea.

    “Speedy! Sekali lagi ikatan akar pokok.” Arah Qayla dengan penuh keyakinan.

    “Bea! Awan hujan!” Arah Firdaus pula.

    Seketul awan mendung sebesar tubuh Kupubaha mendarat ke dirinya. Titisan air hujan mula membasahi Kupuhaba. Dia cuba untuk mengelak dari terkena air hujan itu tetapi gagal. Awan itu mengekori Dia kemana sahaja.

    Sekali lagi, Speedy melancarkan jurusnya iaitu ikatan akar pokok. Akar besar keluar dari tanah, ia mendekati Kupuhaba. Akar itu mengikat keseluruh tubuh Kupuhaba. Kupubaha juga sekali lagi cuba untuk membakar akar itu tetapi gagal kerana sayap dan dirinya di basahi hujan Dovea.

    “Berjayaa!!” Kata Fir, Qayla, Bea dan Speedy dengan tejura.

    Speedy memeluk erat tubuh Eira, Qayla dan Dovea. Dia mula melompat dengan teruja. Eira, Qayla dan Dovea pula tersenyum gembira.

    “Erghh... ARGHHHH SAKITTT...T-Tolong Aku..” Kupuhaba meronta.

    “Kau dah kalah Lynxia!! Jangan apa-apakan Kupuhaba. Biar dia bebas, kau tak ada hak nak kawal minda Dia!” Bantah Zarrar dengan nada serius.

    Mata merah dan hitam pada biji mata Kupuhaba ditujukan kepada mereka. Pandangan yang amat tajam.

    “Heh.. Aku ingatkan idea memilih Tentera Kupubaha adalah idea yang bernas untuk hapuskan kampung Ramara dan kamu semua. Rupanya Aku salah, tentera Kupuhaba juga adalah salah satu Mergastua yang lemah!” Kata Lynxia dengan berlagak. Suaranya bergema dengan kuat.

    Secara tiba-tiba...

    Warna mata Kupuhaba berubah dari warna hitam dan merah kepada warna merah dan putih. Dia cedera teruk, tubuhnya, sayapnya amat teruk akibat serangan Speedy dan Dovea.

    “A-Apa dah jadi? Aku kat mana??” Kupuhaba sedar dari kawalan Lynxia. Dia membuka matanya, mukanya agak penat.

    “Jangan risau.. kau dah selamat.” Firdaus menenangkan Kupuhaba.

    “Terima kasih sebab selamatkan Aku. Aku sangat terhutang budi.” Kupuhaba menjaga tutur katanya.

    “Sama-sama.. Tapi kitorang nak mintak maaf sebab serang kau.” Zarrar memohon maaf.

    “Tidak mengapa. Bukan salah kau, ini salah Lynxia.” Jawab Kupuhaba dengan nada penuh dendam.

    “Mari sini Aku rawat luka kau.” Eira melihat kecederaan yang dihadapi oleh Kupuhaba.

    Mereka semua termasuk Ramara dan Kupuhaba berehat di perkampungan Ramara. Zarrar dan Fir memasang meja makan dan khemah di perkampungan itu. Eira, Qayla, Dovea dan Speedy pula keluar untuk mencari buah-buahan.

    Mereka menjamu selera bersama-sama, mereka berbual dan tertawa bersama-sama.

    “Speedy!! Kau evolusi juga!! Aku excited sangat!!” Kata Qayla sambil memeluk erat tubuh Speedy. Speedy membalas pelukan.

    “Hehe. Aku pun teruja juga!” Balas Speedy.

    Selepas menjamu selera, Zarrar, Firdaus tidur di tikar. Eira dan Qayla pula tidur di dalam khemah. Mergastua lain dimasukkan ke dalam rantai untuk berehat.

*****

    Di sebuah gunung yang terletak tidak jauh dari perkampungan Puak Bumi, terdapat sebuah binaan yang besar, binaan itu terlindung dan sukar di lihat dek kerana dahanan daun dan serpihan batu yang menutupi bangunan itu. Binaan itu menjadi sarang bagi musuh Pahlawan Buana Mergastua iaitu Lynxia.

    “Heh... Kau menang kali ni. Kau tunggu..” Kata Lynxia sambil memandang ke arah cermin.

    Dia melihat tubuhnya yang memakai baju perisai berwarna serba hitam. Dia membelai rambutnya panjangnya yang berwarna hitam dengan lembut. Walaupun Dia perempuan, badannya mempunyai otot dan kelihatan sasa.

    “Hahah!! Rasakan ni pula wahai pahlawan lemah.” Lynxia menekan sebuah butang merah yang berada di atas meja. Meja itu terletak di sebelah kanan cermin.

    Butang itu berfungsi untuk menumpahkan cecair hitam. Cecair itu di tumpahkan ke sejumlah  Mergastua yang berlainan fizikal dan jenis. Kesemua Mergastua menjerit terseksa akibat terkena cecair hitam itu.

    “Arghhhhhhh!!!! TOLONGGG!!” Ronta kesemua Mergastua itu serentak.

    Lama kelamaan... Mergastua itu mendiamkan diri dan berhenti meronta. Biji mata mereka berubah menjadi warna hitam dan merah.

    “Heh... Serang puak bumi, laut dan langit. Serang juga pahlawan lemah itu.” Arah Lynxia kepada Mergastua-mergastua itu.

    Mergastua-mergastua itu hanya menganggukkan kepala tanda akur arahan Lynxia. Mereka terbang, lari dari kawasan itu untuk mencari musuhnya.

    “Tunggu kau.... Hahahaha.. Kau takkan menang kali ni pahlawan lemah, Gelora, Batua dan Bayu!!” Kata Lynxia dengan kejam. Dia kembali duduk di atas kerusi dan melihat ke arah cermin.

    Cermin itu berfungsi untuk memerhatikan apa yang dilakukan oleh Mergastua yang Dia telah dikawal. Cermin itu memancarkan penglihatan Mergastua-mergastua yang telah di kawal olehnya. Dia gelak kejam.

BeastWhere stories live. Discover now