Zarrar, Qayla, Nekko, Speedy, Iric, Belrama, Herrlaa dan Garganbuhan perlu menewaskan monyet gergasi yang ganas iaitu Kingwaka.
“Iric! Libasan tali guruh! Nekko! Herrla! Bebola api gergasi!” Arah Zarrar.
“Speedy! Libasan akar! Belrama! Hentakan pembeku!” Arah Qayla pula.
“Penumbuk akar!” Kata Garganbuhan dengan semangat.
Iric membuka kedua-dua belah sayapnya. Dia menarik sayapnya, muncul sebuah tali. Arus elektrik mengalir di tali itu. Dia melibas tubuh Kingwaka menggunakan tali guruh.
Nekko membuka mulutnya. Terserlah taringnya yang tajam. Dia menumpukan kuasanya. Sebuah bebola api gergasi dihasilkan dari mulutnya. Dia menghalakan bebola api itu kepada Kingwaka.
Herrlaa membuka sayapnya. Dia terbang ke langit. Dia mengumpul segala tenaganya, muncul sebuah bebola api gergasi. Bentuk serangan itu sama seperti serangan Nekko kerana Nekko mempelajari serangan itu dari Herrlaa. Herrlaa menyampak bebola api itu kepada Kingwaka.
Speedy menarik akar yang berada di bumi. Dia memegang akar itu dan melibas ke arah Kingwaka. Belrama menghentak permukaan tanah dengan kaki kecilnya. Ais muncul dan menyaluti kedua-dua belah kaki Kingwaka. Garganbuhan menumbuk tubuh badan Kingwaka dengan kuat.
Kesemua serangan itu dipatahkan oleh Kingwaka dengan mudah. Tali guruh Iric dan akar Speedy di genggam olehnya dan dilempar semula kepada Iric dan Speedy. Bebola api gergasi berkembar itu tidak memberikan apa-apa kesan terhadap Kingwaka. Dia juga hanya menggenggam bebola api gergasi itu. Bebola itu hancur dan musnah akibat genggamannya. Ais pada kakinya yang bekukan oleh Belrama pula di hancurkan dengan mudah. Akhir sekali, tumbukan Garganbuhan tidak memberikan langsung kesakitan kepadanya.
“Huh?? Macam mana Kita nak tewaskan Dia kalau Dia kebal sangat?” Soal Zarrar dengan bengang.
Speedy menyentuh permukaan tanah. Dia merasakan sesuatu sedang muncul ke arah mereka semua. Tiba-tiba...
Tanah mulai gegar. Begitu juga pokok. Angin bayu bertiup kencang. Mereka semua kehairanan. Apa yang dah jadi? Gempa bumi?
“Heh..” Suara Lynxia yang lunak kedengaran.
DOWSHSH..
Tanah mulai merekah. Langit mulai mendung. Muncul seekor ular gergasi dari rekahan tanah itu. Mereka semua terkejut melihat saiz ular itu sama seperti Kingwaka. Seperti biasa, matanya berwarna merah dan hitam bermakna ular gergasi itu dikawal oleh Lynxia.
“Guntular...” Belrama sekali lagi terkejut melihat ular gergasi itu.
“Guntular??” Soal Qayla kepada Max.
“Guntular. Mergastua ular guruh. Dia boleh mengawal elemen elektrik dan api. Hati-hati Qayla, dia juga boleh berevolusi mengikut kehendaknya.” Max memberi amaran.
“Huh?? Apa maksud kau?” Soal Qayla lagi.
“Dia sudah berevolusi di tahap 3, bila-bila masa sahaja Dia boleh berevolusi ke tahap terhebat. Dia boleh mengawal evolusinya.” Jawab Max.
“Apa??!!” Jerit Zarrar dan Qayla serentak.
“Qayla, Speedy, Belrama dan Garganbuhan pergi lawan Kingwaka. Biar Aku dan yang lain melawan Guntular ni.” Zarrar mendapatkan buah fikirannya. Yang lain hanya mengangguk.
Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Zarrar, Nekko, Iric dan Herrlaa lawan bersama Guntular manakala Qayla, Speedy, Belrama dan Garganbuhan pula lawan Kingwaka. Kedua-duanya Mergastua yang memiliki tubuh yang besar. Mampukah dorang nak tewaskan Kingwaka dan Guntular?
“Nekko! Tembakan laser pemusnah berapi! Iric! Sambaran kilat! Herrlaa! Tembakan berapi!!” Arah Zarrar sekali lagi.
Mata Nekko mulai bercahaya. Matanya mengeluarkan sebuah tembakan gergasi.
“Tembak kat muka Dia!” Arah Zarrar lagi. Nekko hanya mengangguk.
Nekko menembak laser pemusnah berapi itu ke arah kepala Guntular.
“Kingwaka! Serang mereka!” Arah Lynxia.
Kingwaka menumbuk permukaan tanah dengan kuat. Apa yang mampu mereka lakukan hanya mengelak serangan itu.
“Speedy! Cengkaman batu!” Arah Qayla.
Speedy menumbuk tanah. Muncul batu-batu besar. Batu itu mencangkam tubuh badan Kingwaka dengan kuat. Kingwaka sekarang tidak boleh memberi tindak balas apa-apa kerana Dia sudah terjerat dengan cengkaman batu.
“Belrama! Semburan ais!!” Kata Qayla lagi.
“Akar beracun!!” Kata Garganbuhan.
Garganbuhan mengeluarkan akar dari tubuhnya. Akarnya berduri, durinya berwarna ungu. Duri itu mengandungi racun, racun yang boleh memengsankan siapa sahaja musuh. Akar beracun di libas ke tubuh Kingwaka. Kingwaka akhirnya pengsan.
“Semburan ais!!” Jerit Belrama. Belrama menyembur angin yang sangat dingin ke arah Kingwaka yang masih lagi pengsan. Tindakan ini adalah untuk mengelak Kingwaka terjaga dari pengsan dan menyerang mereka lagi.
“Perisai guruh!” Kata Guntular. Mulutnya dibuka. Perisai berelemen elektrik di keluarkan dari mulutnya.
“Rempuh mereka!” Arah Lynxia. Dengan pantas Guntular merempuh Zarrar, Nekko, Herrlaa dan Iric.
DOOMM!!
Bunyi guruh kedengaran. Zarrar dan Nekko pengsan akibat serangan itu. Mereka jatuh ke bumi. Iric dan Herrlaa pula sempat mengelak serangan itu.
“Zarrar! Nekko!” Jerit Iric dengan bimbang. Herrlaa juga kelihatan amat bimbang melihat rakannya di tewaskan begitu sahaja.
“Apa yang kau dah buat??!!!!!! Kenapa kau buat kat mereka macam tu???!!!” Jerit Iric dengan kuat. Qayla dan yang lain menoleh ke belakang melihat apa yang telah berlaku.
“Mari sini...” Kata Iric dengan penuh kejam kepada Guntular.
Kilat menyambar tubuh Iric. Dia terbang ke langit. Kilat menyalurkan kuasa kepada tubuhnya. Cahaya kuning muncul dan menutupi seluruh tubuh Iric. Tubuh Iric berubah dari burung kecil kepada burung yang lebih besar. Saiznya sama seperti Herrlaa. Bulunya berwarna kuning dan diikuti dengan warna biru tua.
“Aku Garlilintar!!” Bentuk baharu Iric menjerit dengan kuat. Satu hutan bergema.
Qayla, Speedy, Belrama, Garganbuhan dan Herrlaa terkesima melihat burung itu.
“Iric....” Zarrar membuka matanya dengan perlahan-lahan selepas mendengar jeritan Iric itu. Dia membuka matanya dengan besar apabila melihat burung sebesar Herrlaa itu. Nekko pula masih lagi pengsan. Zarrar kembali pengsan kerana sudah kehilangan banyak tenaga.
“G-Garlilintar?? Dapatkan maklumat tentangnya Max.” Arah Qayla kepada Max.
“Garlilintar. Mergastua lagenda burung halilintar. Kuasanya adalah angin dan elektrik. Pergerakannya sangat laju.” Jawab Max.
“Kau cabar Aku Lynxia? Rasakan ni!!” Kata Garlilintar dengan perasaan bercampur baur. Rasa marah dan geram bersatu.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...