19

5 1 0
                                    

KRACKKK KRACKKK

   Serangan Ramara tidak tepat, ia tertembak ke arah laut. Kesemua bahagian laut yang berdekatan dengan padang itu membeku. Ramara sekali lagi jatuh dan melutut ke bumi.

   “Arghhhhh!!!! T-Tolong Aku... Tolong.. AKUUU!!!” Ramara meronta keseksaan.

   “K-Kenapa ni Ramara??” Eira cuba mendekati Ramara.

   Biji matanya yang berwarna merah dan hitam seperti sedang melawan dengan Ramara.

   “Serang mereka lagi.” Satu suara halus terdengar di telinga Ramara.

   “Tidak.. Tidak... Aku tak mampu kawal diriku.. Arghhhhh!! Tembakan Ombak Rama Gergasi!!!!!” Ramara meronta kesakitan.

   Navua berdiri di hadapan Eira, Zarrar, Qayla, Firdaus, Herrlaa, Kidden, Dovea, Tokky, Bea dan Purra. Dia ingin melindungi mereka dari serangan Ramara.

   Tiba-tiba...

SYING..SYING...

   Sebuah cahaya biru terang menutupi keseluruhan tubuh badan Navua. Tubuh badan Navua berubah bentuk.

   “Navua berevolusi??” Kata Eira dalam hati.

    Cahaya biru itu hilang. Badannya yang meniarap berubah, Dia berdiri, badannya tegap dan saiznya sama besar dengan Herrlaa. Sisiknya juga berubah dari warna biru tua kepada perang gelap.

   “Aku Browaya!!!” Kata Navua yang sudah berevolusi.

   “B-Browaya??” Soal Eira kepada Axel.

   “Browaya. Mergastua buaya gergasi. Dia boleh mengawal elemen air dan tanah. Fizikalnya amat kuat, Dia sukar untuk ditewaskan.” Kata Axel.

   Browaya menghalang serangan Ramara itu hanya menggunakan lengan besar miliknya.

   “Tembakan...” Belum sempat Browaya menghabiskan katanya, Qayla menyampuk.

   “Kejap... Aku rasa dia tak sengaja serang Kita....” Terang Qayla.

   “Cengkaman tanah!” Kata Firdaus dan Purra serentak. Tanah mencengkam tubuh Ramara. Zarrar dan Kidden memandang Firdaus tidak puas hati.

   “Kenapa? Betullah. Kalau dia serang lagi macam mana?” Jelas Firdaus.

   “Haa yela..” Kata Zarrar dan Kidden serentak.

   “Apa maksud kau dia tak sengaja serang kita??” Soal Bea kepada Qayla.

   “Kau tengok mata dia tu... Warna mata Dia sama dengan Bettel dan Nagareen, warna hitam dan merah.” Jelas Qayla.

   “Jadi???” Soal yang lain dengan bingung.

   “Dorang mungkin dah di kawal oleh sesiapa untuk menyerang kita ataupun menyerang puak lain...” Jelas Qayla lagi.

   “Yakin je kau ni....” Kata Bea sambil mengangkat keningnya.

   “Be-Betul apa kata kawan kau tu... Sudah ramai Mergastua buas dikawal untuk tujuan menyerang puak lain...” Ramara bersuara.

   “Ramara?? Kau okay ke? Siapa yang kawal kau?” Soal Eira.

   “Lyn-Lynxia!!!” Jerit Ramara meronta keseksaan.

   “Kenapa kau sebut nama Aku???” Suara yang lunak kedengaran dengan kuat.

   “S-Siapa tu?” Soal Tokky ketakutan.

   “Aku disini... Lihat mata Ramara...” Kata suara itu.

   Mereka melihat ke mata Ramara. Seorang wanita dewasa yang bertopeng berada di mata Ramara.

   “Huh???” Eira kebingungan.

   “Apa yang kau lihat hanya ilusi. Aku lah yang mengawal Mergastua, Mergastua Lagenda pun Aku boleh kawal. Hahaha!” Tawa wanita dewasa itu.

   “Siapa kau???” Soal Qayla.

   “Kau pekak ke apa? Kau tak dengar Ramara ni cakap apa tadi??” wanita dewasa bertopeng itu meninggikan suaranya.

   “Ohh... Takpa..Biar Aku perkenalkan diri Aku. Aku Lynxia, bakal mengganti tempat Sang Aura.” Wanita bertopeng itu memperkenalkan dirinya.

   “Apa yang Kau nak?? Kau berada di mana sekarang???” Jerit Herrlaa.

   “Heh... Tak perlu pun untuk manusia lemah dan Mergastua lemah macam korang ni tahu..” Kata Lynxia dengan berlagak.

   “Sudahlah... Buang masa sahaja berbual dengan korang ni.. sudahlah Ramara, Kau Mergastua lemah!!” Jerit Lynxia.

   Mata Ramara yang berwarna merah dan hitam itu berubah menjadi warna putih biru.

   “Urghhh... Sakitnyaa...” Ramara bersuara.

   “K-Kau okay?” Soal Zarrar.

   “Aku okay... Aku nak mintak maaf sebab serang korang...” Ramara memohon maaf.

   “Takpa.. bukan salah kau.. ni salah Lynxia.” Kata Herrlaa.

   “Kau boleh terbang tak ni??” Soal Zarrar.

   “Tak.. sayap Aku cedera teruk..” Jawab Ramara.

   “Kitorang jugak nak mintak maaf sebab serang kau teruk sampai macam tu.. Kitorang tak patut buat macam tu...” Firdaus memohon maaf.

   “Takpa.. benda dah jadi...” Kata Ramara.

   “Apa kata, kau ikut kitorang? Kitorang nak pergi Hutan Heejawa.” Ajak Eira.

   “B-Betul ke ni??” Soal Ramara dengan teruja.

   “Betul lah...” Eira melemparkan senyuman kepada Ramara dan menyentuh bahunya.

   Dengan pantas Ramara memeluk tubuh Qayla dan Eira.

   “Kau memang Pahlawan Buana Mergastua...” Kata Ramara lagi.

   “Purra!! Terima kasih sebab tolong!!” Kata Firdaus. Purra masuk semula kedalam Jax.

   “Browaya!!!! Kacaknya kauu!!!” Jerit Eira sambil memeluk buaya perkasa itu.

   “Okay jom gerak!!” Ajak Zarrar.

   Zarrar, Eira, Firdaus, Qayla, Kidden, Dovea, Tokky, Bea dan Ramara naik ke atas baju perisai Herrlaa. Herrlaa terbang ke langit.

   “Browaya! Turunkan semula tanah-tanah tu!” Jerit Eira.

   Browaya yang masih berada di laut itu menurut perintah tuan kesayangannya. Dia menghentak tanah padang itu dengan kuat, tanah itu mula kembali ke dasar laut.

   “Okay! Terima kasih Browaya! Saayaaanggg kau!!” Jerit Eira. Browaya masuk semula kedalam Axel.

   Mereka menyambung penerbangan mereka untuk ke Hutan Tebal Heejawa.

BeastWhere stories live. Discover now