Mata Sang Aura bertentangan dengan mata Garuara yang berwarna merah dan hitam itu.
“Garuara... Ingat semula siapa diri kau..” Kata Sang Aura kepada Garuara dengan harapan agar kawalan Lynxia hilang dari dirinya.
“Senyap! Angin berapi!” Jerit Garuara.
Garuara membuka kedua-dua belah sayapnya. Sayapnya mula terbakar. Angin bertiup dengan sangat kencang. Api merebak ke pusaran angin itu. Pusaran angin itu melanda Sang Aura.
“Perisai cahaya!” Balas Sang Aura.
Pusaran angin berapi Garuara tidak kena langsung tubuh Sang Aura kerana tubuhnya dilindungi dengan perisai yang mengeluarkan cahaya putih terang.
“Semburan ais!” Jerit Sang Aura.
Sang Aura membuka mulutnya. Terserlah taringnya yang tajam. Sebuah angin dingin disembur oleh Sang Aura ke tubuh Garuara.
Semburan itu terkena tubuh Garuara. Tapi tidak memberi kesan apa-apa kerana tubuh Garuara mempunyai suhu yang sangat panas.“Libasan ekor berapi!” Jerit Garuara.
Ekor Garuara mula terbakar. Dia melibas ekornya ke tubuh Sang Aura.
“Pedang putih!” Balas Sang Aura.
Sebilah pedang yang berwarna serba putih itu menghalang libasan ekor Garuara. Serangan Garuara itu terbatas.
“Tetakkan pedang putih!” Jerit Sang Aura lagi.
“Arghh!” Jerit Garuara kesakitan. Dia tidak sempat mengelak serangan pedang itu dan akhirnya jatuh ke bumi.
Sementara itu, Zarrar, Fieger, Eira, Hibayu, Firdaus, Marrina, Qayla dan Tangkasa menentang Lynxia dan Phoenza.
“Jax, dapatkan maklumat tentang Phoenza dan Garuara!” Arah Firdaus kepada Jax.
“Phoenza. Mergastua burung lagenda. Dia boleh mengawal elemen api dan air dalam satu masa. Garuara. Burung garuda gergasi lagenda. Dia adalah pasangan mergastua kepada Haania iaitu Pahlawan Dimensi. Garuara boleh mengawal elemen angin dan api.” Jelas Jax kepada Firdaus.
“Phoenza! Ombak lava!” Arah Lynxia kepada pasangan mergastuanya itu.
Phoenza mengibas kedua-dua belah sayapnya. Sebuah cecair panas berwarna jingga kemerah-merahan muncul dari permukaan tanah. Cecair itu membentuk seperti ombak.
“Ombak lava!” Jerit Phoenza.
Ombak lava itu melanda Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua.
“Angin dingin” Balas Hibayu.
Hibayu mengibas kedua-dua belah sayapnya. Angin-angin dingin terhasil akibat dari kibasan sayap itu. Angin yang sangat sejuk itu melanda ombak lava Phoenza. Dengan sekelip mata ombak lava itu membeku.
“Fieger! Libasan rantai berapi!” Arah Zarrar kepada Fieger. Zarrar mengeluarkan pedang yang berada di baju perisainya. Dia berlari menuju ke arah Lynxia.
Fieger menghentak permukaan tanah. Muncul dua rantai berapi dari permukaan tanah itu. Rantai itu dikawal oleh Fieger. Fieger melibas Phoenza.
“Hibayu! Sambaran kilat!” Jerit Eira.
Hibayu terbang ke langit. Langit mulai mendung. Awan mendung bergerak menuju ke arahnya. Awan itu mengeluarkan sambaran kilat ke arah Phoenza.
“Tendangan besi!” Arah Qayla kepada Tangkasa. Tangkasa mengangguk tanda setuju.
Tangkasa berlari ke arah Phoenza. Dia menendang kakinya ke arah Phoenza. Ketulan besi mendekati kaki Tangkasa. Kakinya dipenuhi dengan ketulan besi. Dia menendang ke tubuh Phoenza.
“Marrina! Letusan air ombak!” Kata Firdaus kepada Marrina.
Marrina mengawal air-air yang berada di padang itu. Air-air itu membentuk sebuah ombak gergasi. Lima letusan air ditembak dari ombak itu ke arah Phoenza.
Phoenza yang menyedari empat serangan itu di halakan ke arahnya terus menggunakan kuasanya untuk mempertahankan diri.
“Perisai air dan api!” Jerit Phoenza.
Sebuah perisai dihasilkan oleh Phoenza. Perisai itu separa air dan separa api. Keempat-empat serangan Fieger, Hibayu, Tangkasa dan Marrina tidak memberi kesan kepada perisai itu. Perisai itu sangat kuat.
Selepas melihat Zarrar berlari menuju ke Lynxia, Eira, Qayla dan Firdaus juga mengikut jejak sahabatnya dari belakang. Mereka juga mengeluarkan pedang mereka dari sarungnya.
“Korang berempat teruskan berlawan! Aku, Zarrar, Qayla dan Fir selesaikan Lynxia!” Kata Eira kepada Fieger, Hibayu, Tangkasa dan Marrina. Mereka berempat mengangguk tanda faham dengan penjelasan Eira itu.
“Jangan kau!!” Balas Phoenza selepas mendengar kata-kata Eira itu.
“Hahaha! Kalau kau nak bertembung dengan Dia, lepasi Kami dahulu!” Kata Marrina kepada Phoenza. Dia, Hibayu, Fieger dan Tangkasa menghalang Phoenza dari pergi ke arah Lynxia.
Zarrar, Qayla, Firdaus dan Eira kini sedang berhadapan dengan Lynxia. Lynxia tersenyum kejam melihat kehadiran mereka.
*Pap! Pap! Pap!*
Lynxia menepuk tangannya.
“Bagus rancangan kau... Tetapi Aku takkan pastikan rancangan korang berjaya!!” Kata Lynxia sambil mengangkat tangan kanannya ke atas seperti menujuk ke sesuatu benda.
“Serangan meteor-meteor cakerawala!” Jerit Lynxia. Dia menurunkan kembali tangan kanannya.
Zarrar, Qayla, Firdaus dan Eira terkejut melihat beribu-ribu meteor sedang menuju ke arah mereka. Bila-bila masa sahaja meteor-meteor itu akan menghentam mereka dan memusnahkan kesemua kehidupan Buana Mergastua.
“Percepatkan lagi proses pemindahan!!” Jerit Firdaus kepada Tuan Cihan, Herrlaa, Petuza, Browaya, Lavendara, Rerama, Guntular, Chelonirra dan Macro. Mereka semua mengangguk kepala sambil menjalankan kerja untuk memindahkan kesemua mergastua ke dimensi baru.
“Tiada gunanya.. meteor itu akan menghentam ke sini dalam beberapa minit sahaja lagi! Hahahaha!” Gelak Lynxia dengan kejam.
“Ka-Kau dah gila ke apa Lynxia?? Kalau meteor tu hentam ke sini. Kau jugak turut akan mati!!” Balas Eira kepada Lynxia.
Lynxia terdiam.
“Apa kau fikir, Lynxia? Kau bodoh ke?” Kata Firdaus pula.
“Pahlawan Buana Mergastua, Sang Aura!! Kesemua mergastua telah dipindahkan! Kita perlu cepat! Meteor tu hendak menghentam bumi!” Kata Tuan Cihan.
Zarrar, Qayla, Eira, Firdaus, Fieger, Hibayu, Tangkasa dan Marrina meninggalkan Lynxia, Phoenza dan Garuara. Mereka semua terus ke arah Tuan Cihan, Sang Aura dan yang lain. Mereka semua masuk ke dalam pintu gerbang ke dimensi baru mergastua itu. Tanpa pengetahuan mereka, Lynxia, Phoenza dan Garuara juga sempat terbang masuk ke dalam pintu gerbang itu.
*Boom!!!*
Mereka semua menyaksikan sendiri dengan mata mereka yang Buana Mergastua dihentam dengan meteor-meteor dari angkasa lepas. Habis Istana Sang Aura hancur berkecai akibat hentaman itu. Mereka semua mengalirkan air mata kesedihan selepas melihat kemusnahan Buana Mergastua.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beast
FantasiaBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...