50

3 1 0
                                    

   Selepas Phoenza menewaskan Fieger, Hibayu, Tangkasa dan Marrina. Dia menolehkan pandangannya ke arah Garuara. Dia melihat yang Garuara telah pun pengsan akibat diserang oleh Herrlaa, Petuza, Browaya, Lavendara, Rerama, Guntular, Chelonirra dan Macro. Dengan pantas Phoenza terbang menuju ke arah Garuara.

   “Garuara tidak boleh diharap... Libasan air beracun!!” Jerit Phoenza.

   Sekali lagi Phoenza menggunakan serangan air beracun. Dia melibas kelapan-lapan pasangan mergastua Pahlawan Buana Mergastua itu. Mereka berlapan jatuh ke bumi serentak sambil menahan kesakitan.

   “Giliran kau pula, Aura!!” Jerit Phoenza. Phoenza terbang ke langit dan menuju ke arah Sang Aura.

    Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus dan Tuan Cihan sedang berhadapan dengan musuh mereka iaitu Lynxia. Sang Aura juga berada di situ.

   “Hahahaha! Kau lihat sendiri kekalahan mergastua-mergastua kau!” Kata Lynxia dengan kejam sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah pasangan mergastua mereka yang telah terbaring di atas tanah.

   Mereka semua menolehkan pandangan ke arah pasangan Mergastua mereka.

   “Fieger, Herrlaa, Petuza!!” Jerit Zarrar dengan penuh rasa bimbang.

   “Hibayu, Browaya, Lavendara!!” Jerit Eira.

   “Marrina, Chelonirra, Maco!” Jerit Firdaus dengan penuh rasa bimbang.

   “Tangkasa, Rerama, Guntular!!” Jerit Qayla.

   Mereka berempat meninggalkan Lynxia bersama Tuan Cihan. Mereka berlari ke arah mergastua-mergastua mereka. Zarrar menuju ke arah Fieger, Herrlaa dan Petuza. Eira pula ke Hibayu, Lavendara dan Browaya. Qayla ke arah Tangkasa, Rerama dan Guntular. Firdaus pula berlari ke arah Marrina, Chelonirra dan Macro.

   Zarrar memeluk erat tubuh ketiga-tiga pasangan mergastuanya itu. Zarrar berasa sangat sedih melihat mereka bertiga tidak lagi mampu untuk bangun berlawan.

   “Fieger, Herrlaa, Petuza.. korang bertiga adalah harapan terakhir untuk menewaskan Lynxia.. kalau korang bertiga menyerah.. kesemua mergastua akan tunduk ke dan mengikut apa jua arahan Lynxia..” Kata Zarrar dengan harapan bahawa pasangan mergastuanya itu mampu menewaskan Phoenza.

   Begitu juga Eira. Eira memeluk dengan ketat ketiga-tiga pasangan mergastuanya itu. Dia amat sedih melihat Hibayu, Lavendara dan Browaya sudah tiada tenaga untuk bangun berlawan. Eira mengalirkan air matanya. Satu-persatu titisan air matanya jatuh.

   “Hibayu, Browaya, Lavendara... Bila tiba sahaja Aku di Buana Mergastua, Aku berasa sangat pelik. Aku ingin segera menamatkan semua ni dan mahu pulang ke dimensi Aku semula. Tetapi bila aku berjumpa dengan korang bertiga, Aku berasa seronok. Aku gembira berkawan dengan kamu bertiga.. Aku tahu Aku bukan sesiapa untuk mengatakan ini. Tetapi, kesemua mergastua memberikan harapan yang tinggi untuk kamu semua.. Tiada siapa lagi yang boleh tewaskan kegilaan Lynxia tu.. Bangun Hibayu, Browaya dan Lavendara.. Aku sayang kamu bertiga..” Kata Eira sambil mengalirkan air matanya. Air matanya jatuh di atas tubuh badan Hibayu, Browaya dan Lavendara.

   Qayla mula memeluk erat tubuh Tangkasa, Rerama dan Guntular. Qayla mengalirkan air mata kesedihan.

   “Tangkasa, Rerama, Guntular... Aku- Aku tak kuat kalau korang takda bersama Aku. Aku perlukan korang.. Tolonglah bangun!!” Jerit Qayla sambil titisan air matanya jatuh.

   Firdaus berlari ke arah Marrina, Chelonirra dan Macro. Firdaus memeluk ketiga-tiga pasangan mergastuanya.

   “Tolonglah sedar.. Aku tak mampu nak kalahkan Lynxia tanpa bantuan korang.. Ak-Aku hanya manusia biasa saja..” Kata Firdaus dengan rendah diri.

BeastWhere stories live. Discover now