8

4 1 0
                                    

"Serangan makhluk dimensi semakin menjadi-jadi. Kota Nahla diserang oleh makhluk dimensi sekali lagi! Seperti biasa, pasukan penyelamat berpakaian serba hitam atau dikenali sebagai 'The Warrior Of Hanabira' menewaskan makhluk dimensi itu". Pembaca berita melaporkan berita yang berlaku di depan mata Aku sendiri, tidak mudah untuk Aku mempercayainya.

Aku, Qayla, Zarrar dan Firdaus duduk di ruang tamu untuk berehat.

"Kau ada time benda ni jadi?". Soal Qayla ke Zarrar. Ya, kejap je dorang dah jadi kawan hahaha. Biasalah, Qayla memang peramah.

"Ya! Aku betul-betul kat sebelah orang pakai baju hitam tu". Kata Zarrar kepada Qayla.

"Time tu Aku dengan Firdaus dah lari dulu. Aku dah ajak Zarrar, tapi dia still duduk situ". Kata Aku kepada Qayla.

"Cuak tadi Hahaha". Kata Firdaus.

"Kat sini kena hati-hati. Since last year, banyak benda buruk jadi kat sini. Risau pulak Aku". Kata Qayla.

"Who's Cihan?". Tanya Firdaus.

"Cihan tu ketua yang tubuhkan kumpulan ni". Kata Puan Emilia sambil mengangkat dulang yang dipenuhi dengan lima cawan teh.

"Apa yang penting sangat dengan Cihan tu nek...". Tanya Firdaus lagi.

"Entahlah....". Jawab Puan Emilia.

"Esok kamu semua nak gerak pergi Pekan Ancala, Pukul berapa gerak?". Tanya Puan Emilia.

"Dalam pukul 9 pagi macam tu nek." Kata Eira.

Mereka menonton televisyen sambil menghirup secawah teh. Setelah berbual, Kami masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Aku kongsi bilik dengan Qayla! Bestnyaa. Dah lama tak tidur sama-sama.

Aku memulas tombol pintu bilik Qayla. Aku melihat sekeliling biliknya. Wahh bilik yang Aku dan Qayla duduk dulu masa kecil! Rindunyaa. Aku menuju ke arah katil, Aku merehatkan tubuhku sambil memikir tentang aktiviti pada hari esok.

Keesokan harinya...

Aku keluar dari bilik selepas membersihkan diri, Aku mengayakan baju t-shirt hitam dan seluar cargo hijau tua, rambutku yang berwarna hitam kebiru-biruan diikat dengan kemas. Aku menuju ke dapur. Aikk? Semua dah ada kat meja? Aku yang paling lambat siap lah ni? Hahaha. Aku duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Qayla.

"Moring koranggg!". Kata Eira.

"Wahh! Princess dah siaplah. Dialah yang paling cepat siap Hahah." Usik Firdaus. Ishh Fir ni.

"Hahaha." Zarrar yang duduk bersebelahan dengan Firdaus juga tertawa.

"Dah-dah. Nek masakan kuih roti bakar coklat untuk korang semua, isi perut sebelum nak gerak ke Pekan Ancala." Kata Puan Emilia.

Kami bersarapan bersama-sama sambil berbual tentang hal-hal yang lucu. Usai bersarapan, Kami berempat mengemas barang untuk ke Pekan Ancala. Tak banyak pun yang Aku bawa, muat satu bagasi je Hahaha. Yela, lima hari kot kitorang kat sana, takkanlah nak bawa tote bag je? Betul tak?

Zarrar, Firdaus dan Qayla menunggu Aku di luar rumah. Zarrar berbaju t-shirt hitam dan seluar jeans. Firdaus pula memakai sweater lengan panjang berwarna biru muda. Qayla pula memakai t-shirt berwarna merah jambu. Wahh! Kacak dan cantik masing-masing.

Aku keluar dari rumah dengan muka menagih simpati kepada mereka bertiga. Alaaa, sorrylah..

"Dah?". Soal Firdaus sambil tersenyum melihat Eira yang memakai t-shirt berwarna ungu itu.

"Dah-dah..". Kata Eira.

"Pekan Ancala dengan Pekan Gaura dekat je. Jadi, Kita naik basikal je". Kata Zarrar. Kami bertiga menganggukan kepala tanda setuju.

Kami mengayuh basikal sambil mengirup udara pagi Pekan Gaura yang segar. Cuaca agak sejuk, biasalah pagi-pagi. Aku melihat sekeliling pekan sambil mengimbas kembali kenangan semasa kecilku.




*****




Selepas satu jam mengayuh basikal, Aku, Eira, Firdaus dan Zarrar sampai ke destinasi yang dituju iaitu Pekan Ancala. Tak sangka Aku dapat juga melihat Gunung Ancala di depan mata.

Pekan Ancala terkenal dengan gunung tertinggi di Sahmura iaitu Gunung Ancala. Gunung ini mempunyai banyak misteri yang belum di terokai. Ramai juga telah berjaya menuju ke puncak gunung, ramai juga yang telah hilang tanpa jejak.

"Itu gunung Ancala!". Kata Aku sambil menujuk dengan jari telunjuk Aku.

"Wahhh." Kami berempat terpegun melihat ciptaan tuhan yang sungguh indah itu.

"Okay. Sebelum tu, Kita cari tempat penginapan dulu.". Kata Eira.

"Okayyy." Kata kami bertiga dengan serentak.

Kami berempat menuju ke kawasan penginapan yang berdekatan dengan gunung Ancala. Kami meletakan basikal di tempat letak kenderaan. Masuk kedalam tempat penginapan iaitu hotel tiga bintang. Kami menyewa dua bilik untuk tiga hari. Aku dan Eira berkongsi bilik yang sama, Zarrar dan Firdaus juga berkongsi bilik yang lagi satu. Bilik Kami bersebelahan, jadi senanglah nak panggil.

Kami berehat sekejap sebelum memulakan aktiviti mendaki gunung Ancala pada jam satu petang.

Usai berehat, Kami bersiap untuk melakukan aktiviti lasak. Tak sabarnya! Dah lama tak buat aktiviti macam ni. Aku pakai t-shirt tadi je, malas nak tukar. Eira pun pakai juga t-shirt yang Dia pakai tadi. Kami mengetuk pintu bilik Zarrar dan Firdaus. Mereka juga tidak menukar pakaian. Kami menuju ke lif dan turun dari tingkat 3 ke tingkat 1.

Aku, Eira, Zarrar dan Firdaus hanya berjalan untuk ke gunung Ancala sebab dekat je. Qayla hanya membawa beg sandang yang berisi telefon bimbitnya dan barang-barang penting. Semasa berjalan, Aku saja bertanya dengan Zarrar.

"Eh Zarrar, Kau dengan Fir dah berapa lama kawan dengan Eira?". Tanya Qayla.

"Since gred 1..." Jawab Zarrar.

"Ouhh.." Jawab Qayla.

Selepas beberapa minit berjalan, Kami tiba di lokasi. Kami berjalan menuju kearah penjaga yang menjaga pusat pendakian itu.

"Ya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?". Tanya penjaga itu.

"Kami nak hiking, berapa ya harganya untuk empat orang?". Tanya Eira.

"6 Dollar untuk sekepala..." Jawab Penjaga itu.

"Meh duit." Mintak Eira kepada kami bertiga. Aku menghulurkan 6 dollar kepada penjaga itu.

Usai sesi pembayaran, Kami ke meja untuk pendaftaran. Aku mengisi borang pendaftaran. Selepas itu, Kami diberi tunjuk ajar dan diberi info tentang gunung Ancala.

"Baiklah.. selamat mendaki gunung Ancala..." Ucap Penjaga itu. Sangat peramah orangnya.

"Baikk. Terima kasih pakcik." Kata Firdaus.

"Sama-sama. Hati-hati yaa, ikut je tali yang sudah disediakan." Pesan penjaga itu lagi. Aku hanya menganggukkan kepala.

Nilakandi here!
The fantasy part is about to start!!! I'm so excited!!!!

BeastWhere stories live. Discover now