Selepas selesai menghabiskan makanan, mereka bertiga mula membuka topik untuk dibualkan.“Korang ada apa-apa nak cerita ke?”. Firdaus melontarkan soalan kepada Zarrar dan Eira. Zarrar dan Eira hanya melihat antara satu sama lain.
“Ehh! Takkanlah takda”. Zarrar tersenyum lebar sambil mengangkat keningnya.
“Kau tahu tak? Haritu Fira gaduh dengan budak kelas Bijaksana”. Zarrar bersuara dengan nada serius.
“Hah? Serius? Gaduh fasal apa? Aku Ada dengar juga budak kelas lain cerita tapi malas nak dengar”. Jelas Firdaus.
“Daripada korang gossip, baik fikir fasal final year exam kita ni”. Eira menegur dua sahabatnya yang sedang rancak bercerita.
“Next week exam.. Aku punya preparation dah 80%”. Firdaus memberhentikan perbualannya bersama Zarrar dan menyambung perbualan Eira.
“Aku pun okay lah. Aku dah study and fahamkan semua formula math. Aku rasa ada peluang nak dapat A, sebelum ni Aku asyik dapat B+, Kali ni aku aim nak dapat A”. Zarrar hanya risau akan mata pelajaran Matematik.
Peperiksaan akhir tahun gred 11 atau Jawhara High School Last Year Exam adalah sebuah peperiksaan dimana pelajar gred 11 diuji dengan soalan-soalan mata pelajaran yang telah dibelajari dari gred 1 hingga gred 11. Peperiksaan ini teramatlah penting bagi seseorang pelajar untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading.
“Kau pula Eira? Dah buat preparation ke belum?”. Firdaus melontarkan soalan kepada Eira. Dahi Eira mula berkerut dan mukanya kelihatan gementar.
“Kau okay tak ni Eira? Kalau tak okay kitorang boleh hantar kau balik”. Zarrar menyambung pertanyaan Firdaus.
“Aku okay. Tapi tulah, kalau Aku tak dapat score kali ni, mesti ibu and ayah Aku kecewa. Aku ni dari gred 1 tak pernah dapat keputusan cemerlang. Aku dah study and fahamkan betul-betul apa yang cikgu ajar but Aku still dapat markah rendah. How? Aku ni memang dah lama susahkan ibu ayah aku”. Eira meluahkan perasaannya yang telah lama di pendam. Air mata mengalir di pipi Eira.
“Apa kau cakap ni? Aku rasa ibu ayah kau sentiasa bangga dengan pencapaian kau. Aku tahu kau memang lemah dalam pembelajaran, tapi kau hebat dalam seni. Fasal result tu, kau janganlah risau sangat. Itu Kita berserah je dekat Allah, yang penting kita dah usaha kan? Kau janganlah nangis. Okay?”. Zarrar memberi kata-kata semangat kepada Eira. Firdaus mengusap air mata yang berada di pipi Eira.
“Dahlah weh. Aku tak sukalah tengok kau sedih-sedih ni”. Firdaus memujuk sahabat baiknya.
“Okaylah. Thanks sebab selalu ada dengan Aku, bila Aku susah, Aku sayang korang sangat-sangat”. Eira kembali tersenyum lebar.
“Kitorang pun sayang kau juga!”. Zarrar dan Firdaus memberi senyuman yang manis kepada Eira. Eira tergelak kecil dan mengusap air matanya yang masih mengalir.
“Dah? Jomlah pergi book store. Nak beli buku baru!”. Zarrar sangat teruja.
“Jom!”. Eira dan Firdaus tersenyum lebar.
Selepas beberapa jam berada di pusat membeli-belah Kota Jawhara, akhirnya mereka bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing. Mereka berjalan dari pusat membeli-belah ke stesen kereta api elektrik Kota Jawhara.
“Eh haah! Aku lupa nak beritahu korang fasal esok. Esok ada perhimpunan khas student gred 11”. Firdaus memesan kepada kedua-dua kawan baiknya itu.
“Untuk sesi permohonan restu cikgu?”. Zarrar bertanya kepada Firdaus.
“Haah. Ada lagi benda lain sebenarnya, Aku pun tak tahu sangat”. Firdaus mengangkat bahunya.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka sampai juga di stesen kereta api elektrik Kota Jawhara. Mereka bertiga menunggu kereta api elektrik seterusnya untuk pulang ke rumah.
******
Firdaus pulang kerumah dengan muka yang amat letih. Dia sangat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan sahabatnya dan tidak merasa kesunyian. Selangkah demi selangkah, dia membuka pintu dan melihat rumahnya yang kosong dan sunyi.
Dia membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumah satu tingkat itu. Dia membuka suis lampu, rumahnya kelihatan sangat kemas dan selesa. Dia termenung, mukanya kelihatan sebak dan Dia terus menuju ke dalam bilik. Dia duduk di atas katil empuk miliknya.
“Bila lah Mama Papa nak balik. Diorang asyik kerja je, tinggalkan Aku sorang kat rumah ni. Nak mengeluh tapi dioranglah yang cari duit nak besarkan Aku”. Dia perlahan-lahan mengusap air matanya yang jatuh di pipi.
“Dah Fir. Kau nangis pun tak boleh ubah apa-apa, Memang hidup kau macam ni. Sorang-sorang kat rumah. Nasib Aku ada Zarrar dan Eira, takdalah sunyi sangat hidup Aku”. Kata Firdaus dalam hati. Dia mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu biliknya dan ke bilik mandi.
Setelah selesai mandi, Dia keluar dari bilik dan berehat di ruang tamu rumahnya. Tangannya mengapai sebuah balang yang dipenuhi dengan keropok kentang. Dia membuka dan menonton televisyen. Dia amat letih sehingga tertidur di atas sofa di ruang tamu rumahnya.
Dia terjaga dari tidur pada pukul sebelas malam. Dia mematikan televisyen yang masih terbuka. Dia menuju ke bilik mandi untuk membasuh muka, mengosok gigi dan memakai alatan penjagaan kulit muka. Rutin yang dilakukan setiap hari sebelum tidur.
Selepas selesai memakai alatan penjagaan kulit. Dia membasuh mukanya sekali lagi dan membasuh kakinya. Dia duduk di atas katil empuk miliknya. Dia baring menghadap kanan dan menutup matanya dengan perlahan-lahan. Dia tidur dengan lena.
RING RING RING!
Bunyi jam loceng berbunyi. Jam menunjukkan sudah pukul tujuh pagi.
Firdaus mematikan jam loceng yang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Dia duduk selama lima minit untuk menghilangkan ngantuk.
Dia bangun dari katil, mengapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Selepas selesai mandi, Dia membuka almari bajunya dan memilih baju yang ingin dipakai ke sekolah.
Sekolah Tinggi Kota Jawhara tidak menwajibkan pemakaian seragam sekolah kerana ingin memberikan pelajar kebebasan untuk mengayakan dirinya sendiri.
Dia memilih kemeja t bersaiz besar dan memadankannya dengan seluar kargo berwarna putih. Dia meletakan sebuah tag nama yang bertulis “Pengawas”.
Dia keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Seorang wanita berusia lebih tiga dekad melemparkan senyuman manis ke Firdaus.
“Selamat pagi adik!”. Namanya Puan Fariha, ibu kepada Firdaus. Fariha memeluk dan mencium dahi anak tunggalnya. Walaupun Firdaus kecewa dengan ibu bapanya kerana mereka tidak meluangkan banyak masa dengannya, Tetapi dia masih menyayangi kedua ibu bapanya.
“Selamat pagi Mama!”. Dia membalas pelukan yang diberi oleh ibu kesayangannya.
Seorang lelaki yang berbadan tegap hanya tersenyum melihat gelagat isteri dan anak tunggalnya. Tuan Khairul, Bapa kepada Firdaus.“Meh sini duduk makan dengan Papa”. Khairul memanggil anak lelakinya untuk bersarapan bersama-sama dengannya. Sebuah pingan berisi nasi goreng daging telah tersedia di hadapan mata Firdaus.
Firdaus mengapai sudu dan garfu. Kemudian Dia memakan masakan ibunya yang lazat itu.
“Macam mana preparation last year exam? Dah sedia ke belum?”. Khairul melontarkan soalan kepada Firdaus.
“Dah Papa... Tinggal rehat secukupnya je”. Dia menjawap pertanyaan bapanya itu.
“Oh. Kalau macam tu. Lepas habis sekolah hari ni, ikut Mama pergi spa. Boleh relax and tenangkan pemikiran Adik”. Fariha memberikan cadangan kepada anak tunggalnya.
“Boleh je!”. Firdaus teruja dan tersenyum lebar apabila mendengar cadangan ibunya. Dapat juga Dia meluangkan masa dengan ibunya. Walaupun dalam masa yang pendek, Ia amat bermakna bagi Firdaus.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...