Disaat Zarrar, Qayla dan yang lain bermalam di Hutan Tebal Heejawa selepas diserang oleh Guntular dan Kingwaka. Eira, Layana, Lavendana, Browaya, Rerama, Ramara dan Drawaka tiba di pergunungan puak langit.
Eira, Lavendana dan Browaya turun dari tubuh Drawaka. Mereka melihat kemusnahan yang telah berlaku terhadap puak langit.
“AOURHHHH!!!!” Satu suara menjerit. Suara itu datang dari belakang bandar puak langit. Mereka yang mendengar jeritan itu terus menutup telinga mereka. Bunyinya sangat kuat.
Bunyi jeritan itu datang dari seekor burung gergasi berbulu serba kelabu. Burung gergasi itu memunculkan dirinya.
“Itu ke Suaruda..” Bisik Eira.
Pap! Pap! Pap!
Bunyi tepukan tangan kedengaran. Seorang wanita berpakaian serba hitam muncul dihadapan Eira. Wanita itu memakai topeng berbentuk harimau. Dia mendekati Eira dan yang lain.
“Hebat.. Hebat.. Aku tak sangka kau sanggup berpecah dengan rakan-rakan kau hanya untuk selamat puak langit..” Kata wanita itu. Suara lunak itu dikenali oleh Eira.
“Lynxia...” Bisik Eira.
“Ya.. Aku Lynxia.. musuh nombor satu Pahlawan Buana Mergastua dan ketua-ketua puak Mergastua...” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Apa tujuan kau sebenarnya?” Soal Eira lagi.
“Tujuan Aku? Aku rasa kau sudah pun tahu. Tapi tidak mengapa, biar Aku beritahu sendiri. Aku ingin menakluki dimensi ini!” Jawab Lynxia.
“Apa yang kau dapat dengan menakluki dimensi ni?” Soal Eira lagi.
“Aku akan menjadi pemerintah yang agung bagi kehidupan disini.. Aku juga ada pertalian darah dengan Panthera..” Kata Lynxia lagi.
“Panthera..” Bisik Eira.
“Ya. Panthera.. penjahat yang mahu menakluki dimensi ni tetapi berjaya kerana di halang oleh Haania..” Terang Lynxia.
“Jadi? Kau hanya mengapai hasrat Panthera untuk menakluki dimensi ni?” Soal Eira lagi.
“Tidak.. Aku ingin menakluki dimensi ni kerana dimensi ni adalah antara dimensi yang terhebat pernah dijelajah Haania..Aku mahu menakluki dimensi ni kerana mahu menjadi pemerintah yang agung. Tidak sama seperti Panthera. Panthera hanya mahukan kuasa-kuasa yang hebat dari hidupan yang hidup disini..” Kata Lynxia lagi.
“Sudahlah! Kau tidak layak untuk jadi pemerintah dimensi ini. Tengok apa yang telah kau lakukan! Semuanya musnah!” Kata Eira.
“Oh.. ya.. Sang Bayu telah pun terkorban akibat melawan Suaruda yang ganas ini..” Kata Lynxia lagi. Air mata Eira keluar setelah mendengar khabar berita yang dikatakan Lynxia itu.
“Sudah! Tiada gunanya Aku bercakap dengan pahlawan lemah seperti engkau!” Kata Lynxia dengan angkuh.
“Suaruda! Belasah mereka!” Arah Lynxia.
“ARUOGHHHH!” Jerit Suaruda. Jeritannya membuat keseluruhan mergastua yang berada di bandar puak langit itu lari ketakutan.
“Layana! Bebola elektrik! Browaya! Tendangan batu-batuan! Lavendana! Bebola bunga!” Arah Eira. Layana, Browaya dan Lavendana mengangguk tanda setuju.
Mereka semua menyerang Suaruda bertubi-tubi tetapi tidak berhasil. Suaruda hanya menjerit untuk menghalang serangan mereka menghinggap ke tubuhnya. Tiba-tiba..
“Sambaran kilat!” Jerit satu suara yang dikenali Eira dan Layana. Satu sambaran kilat menyambar tubuh Suaruda.
“D-Derrtia??” Eira terkejut melihat naga bersisik perang itu.
“AURGHHHH!!!” Suaruda menjerit. Dengan sekelip mata sambaran kilat itu terbatas akibat jeritan burung garuda yang kuat itu.
“Mari! Kita perlu tewaskan Suaruda ni sebelum dia musnahkan puak langit ni..” Kata Derrtia.
“Macam tu je Dia musnahkan serangan..” Kata Eira lagi.
“Layana! Bayu beliung! Lavendana! Tumbuhan pemakan! Browaya! Tumbukan tanah!” Arah Eira sambil mengusap air matanya yang keluar.
Layana terbang ke posisi yang Sama dengan Suaruda. Layana membulatkan sayapnya. Muncul sebuah pusaran angin dari sayapnya. Pusaran angin itu melanda tubuh Suaruda.
Lavendana menyentuh permukaan tanah bandar puak langit. Tanah mula merekah. Muncul sebuah tumbuhan gergasi dari tanah. Tumbuhan itu berbentuk bujul, ia juga mempunyai mulut. Tumbuhan itu adalah jenis tumbuhan pemakan serangga iaitu periuk kera. Periuk kera itu bergerak ke arah Suaruda.
Browaya menumbuk permukaan tanah. Tanah-tanah yang berada di sekitarnya membentuk sebuah tangan gergasi. Tangan itu di tumbuk ke arah Suaruda.
“Letusan lava!” Jerit Drawaka.
Permukaan tanah mula merekah. Cecair berwarna jingga yang mendidih kepanasan muncul dari tanah. Cecair itu meletus dituju ke tubuh Suaruda yang sedang terbang di udara.
Rerama dan Ramara mengangguk seperti sudah merancang sesuatu.
“Taufan pembeku Rerama dan Ramara!” Jerit Rerama dan Ramara serentak.
Kedua-dua rama-rama ais itu mengibas sayapnya. Dengan kibasan sayap Rerama dan Ramara, terhasillah satu taufan gergasi. Taufan itu mempunyai angin yang sangat sejuk.
“Sambaran kilat gergasi!” Jerit Derrtia.
Langit malam Buana Mergastua mulai mendung. Kilat dikawal oleh Derrtia. Derrtia menyambar kilat gergasi ke tubuh Suaruda.
“Jeritan penghalang! ARGHHHHHH!!!!!!” Jerit Suaruda. Selepas melihat 6 serangan yang ingin melanda dirinya, Dia terus menjerit. Kesemua serangan itu terbatas dan terpantul semula ke diri masing-masing.
“Erghhhh!!!” Jerit Layana, Browaya, Lavendana, Drawaka, Rerama, Ramara dan Derrtia selepas terkena balik serangan mereka sendiri.
Layana jatuh ke bumi dan menghempap Eira. Eira juga jatuh ke bumi bersama-sama dengan Layana dan yang lain.
“Erghh... Sakitnyaa... Dia musnahkan serangan dengan sekelip mata sahaja.. macam mana Aku dan yang lain nak lawan dengan Suaruda ni..” Kata Eira selepas dihempap Layana.
![](https://img.wattpad.com/cover/324281990-288-k736153.jpg)
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...