39

1 1 0
                                    

   Eira, Layana, Lavendana, Browaya, Rerama, Ramara, Drawaka dan Derrtia masih tidak bangun dari jatuh. Eira kuatkan dirinya untuk bangun. Eira bangun dari jatuhnya.

   “Kau takkan menang, Lynxia!!” Kata Eira selepas sahaja bangun. Yang lain ikut pergerakan Eira. Mereka semua bangun semula.

   “Dan Kami takkan kalah!!” Kata mereka berlapan serentak.

   “Kau yakin?? Semua serangan kau, Aku boleh musnahkan..” Kata Suaruda dengan berlagak.

   “Hujan batu berapi!!” Jerit Suaruda.

   Sebuah awan berwarna kelabu muncul dari langit. Awan itu mengeluarkan batu-batu kecil. Batu-batu itu terbakar dan jatuh ke bumi seperti meteor.

   “Pelindung ais!” Kata Rerama.

   Dengan sekelip mata muncul sebuah bulatan ais. Bulatan ais itu melindungi mereka berlapan dari serangan Suaruda itu. Mereka terlepas dari batu-batuan berapi itu.

   “Layana! Sambar kilat!!” Kata Eira.

   Langit mulai gelap dan mendung. Kilat-kilat mula menyambar. Salah satu kilat disambar ke arah Suaruda. Akhirnya, serangan itu terkena tubuh burung garuda gergasi itu.

   “EEERGHHHHHH!!” Jerit Suaruda kuat. Bergema satu bandar puak langit dibuatnya.

   “Okay! Kita bincang sekarang!” Kata Eira lagi.

    “Aku, Layana, Lavendana, Rerama dan Ramara akan serang dari langit. Browaya, Drawaka dan Derrtia. Korang bertiga serang dari bawah dan alihkan pandangan Dia.” Cadang Eira. Mereka semua mangangguk tanda setuju.

   “Keluar kau dari kubu ni! Pengecut!” Hina Suaruda sambil menyerang perisai ais itu menggunakan bebola api.

   ”Tumbukan tanah!” Jerit Browaya. Perisai ais itu pecah akibat tumbukan tangan gergasi milik Browaya.

   “Heh.. dah kena hina, baru nak keluar?” Soal Suaruda dengan angkuh.

   Suaruda melihat Browaya, Drawaka dan Derrtia sedang menyerang mereka dari bawah. Tetapi Suaruda tertumpu kepada Eira dan yang lain sedang terbang ke arah langit. Tiba-tiba..

   Sebuah batu kecil di tembak ke muka Suaruda.

   “Woi!” Kedengaran suara Drawaka dari bawah.

   “Berani betul kau ni..” Kata Suaruda lagi.

   “Memanglah berani.. bukan macam tuan kau.. taknak lawan depan-depan..” Perli Derrtia.

   “Hahaha!” Gelak Derrtia, Drawaka dan Browaya serentak.

   “Huh?? Apa kau cakap??” Soal suara lunak Lynxia. Suara itu bergema.

   “Siapa makan cili, Dia rasa pedas.. Hahaha!” Kata Browaya lagi.

   “Tumbukan tanah kembar tiga!!” Jerit Browaya.

   Tanah-tanah yang berada di bumi gunung puak langit bergerak. Tanah-tanah itu bergerak membentuk tiga buah tangan gergasi. Tangan-tangan gergasi itu digenggamkan. Tangan-tangan itu bergerak menuju ke tubuh Suaruda yang sedang terbang itu.

   “Pijakkan tanah kembar tiga!” Jerit Browaya lagi.

   Sekali lagi tanah-tanah bumi gunung puak langit bergerak. Tanah-tanah itu membentuk tiga buah kaki gergasi. Kaki-kaki tanah itu terbang ke langit. Kaki-kaki tanah gergasi itu bersedia untuk meminjak tubuh Suaruda.

  Kedua-dua serangan itu dikenakan ke tubuh Suaruda. Suaruda tidak sempat mengelak. Suaruda juga tidak sempat menggunakan kuasa kawalan suaranya. Tiga kaki-kaki tanah gergasi memijak Suaruda dari udara. Tubuh Suaruda berhenti mengibas sayapnya. Dia jatuh tetapi tidak tamat lagi. Tiga tangan-tangan tanah itu menumbuk tubuh Suaruda. Satu tangan tumbuk dibahagian muka, tangan yang kedua tumbuk dibahagian sayap dan tangan ketiga tumbuk dibahagian badan.

   “Heh... Belum habis lagi, Suaruda! Tembakan laser lava!!” Jerit Drawaka.

   Drawaka terbang ke langit. Dia membuka mulutnya. Terserlah taring naganya yang tajam. Muncul sebuah cecair panas dari mulutnya. Dia menembak cecair itu ke tubuh Suaruda. Sekali lagi Suaruda tidak sempat mengelak, tembakan laser itu terkena tubuh badannya.

   “ARGHHHH!!” Jerit Suaruda kesakitan. Dengar sahaja jeritan itu, kesemua mereka menutup telinga dengan pantas. Mereka sungguh tidak tahan dengan jeritan Suaruda itu. Bingit telinga mereka walaupun mereka sudah menutup telinga.

   Rancangan Eira untuk menyerang Suaruda dari langit gagal. Mereka sekali lagi jatuh ke bumi apabila mendengar jeritan Suaruda yang kuat itu. Mereka semua jatuh kebumi kecuali Lavendana. Lavendana berdiri tegak melihat kelakuan burung garuda gergasi itu.

   “Berhenti!!!” Kata Lavendana dengan tegas. Suara itu didengar ke telinga Suaruda.

   “Pantulan bunyi!!” Kata Suaruda selepas mendengar suara Lavendana itu.

   Suaruda membuka sayapnya. Satu gelombang keluar dari sayap itu.

   “Berhenti!!!” Gelombang bunyi itu bersuara. Lavendana menutup telinganya.

   “Heh.. Suara sendiri pun kau tak mampu nak dengar..” Kata Suaruda dengan angkuh.

   “Aku takkan biarkan rancangan kau berjaya, Lynxia..” Balas Lavendana. Tiba-tiba..

   Sebuah cahaya berwarna ungu muncul dan menutupi seluruh tubuh Lavendana. Tubuh Lavendana berubah menjadi sekuntum bunga gergasi. Cahaya itu hilang. Terdapat sekuntum bunga gergasi berwarna ungu tua. Satu-persatu kelopak bunga itu terlerai dari bunga itu. Muncul seekor pari-pari. Pari-pari itu mempunyai sayap, sayapnya berwarna ungu jernih. Matanya ditutup dengan bunga-bunga ungu dikepalanya.

   “Aku, Lavendara!” Kata tubuh Lavendana yang baru itu.

   “Lavendara?!??!!” Kata Eira yang sedang terbaring di atas tanah.

   “Lavendara? Mergastua pari-pari? Tidak cukup kuat untuk menentang Aku..” Kata Suaruda dengan angkuh.

   “Senyap!! Libasan akar berbunga!!” Jerit Lavendara.

   Akar-akar muncul dari tanah. Akar-akar itu mempunyai bunga yang cantik. Lavendana memegang akar-akar itu. Akar berbunga itu dilibas ke tubuh Suaruda.

   “Penghalang bunyi!” Jerit Suaruda.
  
   Satu gelombang bunyi melanda Lavendara. Serangan akar-akar berbunga itu terbatas kerana gelombang bunyi. Sekali lagi Lavendara menutup telinganya.

   “Itu sahaja? Kau fikir, kau sorang sahaja ada kekuatan yang boleh melemahkan mergastua lain? Kau salah!” Balas Lavendara.

   “Bunga bau pemening!” Kata Lavendara lagi.

   Tanah bumi gunung puak langit bergegar. Tanah mula merekah. Muncul sekuntum bunga berwarna hitam dari tanah. Bunga hitam itu mengeluarkan bau wangi. Bau yang wangi tetapi bau itu memeningkan.

   “Erghhh... Bau apa ni??? Peningnyaa....” Kata Suaruda.

   “Libasan akar berbunga!” Lavendara sekali lagi menggunakan serangan ini.

   Akar-akar berbunga muncul dari tanah. Lavendara melibas akar-akar itu ke tubuh Suaruda. Suaruda tidak sempat mengelak kerana sudah pening akibat terbau wangian dari bunga berwarna hitam itu.

   “Erghhh!!!” Jerit Suaruda. Jeritannya kali ini tidak sekuat seperti biasa kerana sudah pening.

   ”Lavendara!!! Pening!!” Kata Eira selepas menghidu bau bunga pemening Lavendara. Begitu juga mereka yang lain.

   “Erghh!! Sekejap! Biar Aku ikat Suaruda ni.” Kata Lavendara dengan risau.

   “Ikatan akar berbunga!” Kata Lavendara.

   Akar-akar berbunga yang digunakan untuk melibas Suaruda tadi digunakan semula untuk mengikat tubuh Suaruda. Lavendara juga mengikat paruh Suaruda supaya Dia tidak boleh menjerit lagi.

   “Humhumhumm!” Suaruda cuba menjerit tadi tidak berjaya kerana parungnya sudah diikat dengan ketat.

   “Sebaran bau penenangan!!” Kata Lavendara lagi.

   Lavendara menyebarkan bau wangi yang menenangkan. Bau wangi yang memeningkan itu perlahan-lahan hilang.

BeastWhere stories live. Discover now