Zarrar, Firdaus dan yang lain tiba semua ke kampung Lavendana. Mereka berdua melihat Eira, Qayla dan yang lain sedang menunggu mereka berdua.
“Haa!! Sampai pun... Lama sangat korang mandi. Kitorang dah siap masak dah pun.” Kata Qayla apabila sedar kedatangan Zarrar, Firdaus dan mergastua yang lain tiba di situ.
“Whoaa!! Korang masak apa pagi ni?” Zarrar bertanya. Zarrar duduk di kerusi meja makan mereka berempat.
“Roti beri je..” Balas Qayla.
“Korang makan buah beri ni..” Eira memberi buah beri kepada Layana, Browaya, Nekko, Iric, Herrlaa, Purra, Akuana, Speedy dan Belrama. Mereka memakan beri-beri itu.
“Whoaa!! Sedapnya bau!!” Kata Firdaus pula.
“Dah, jom makan” Ajak Eira.
“Jom!” Kata Firdaus, Qayla dan Zarrar serentak.
Mereka berempat bersarapan sambil bercerita tentang perkara yang berlaku semasa mereka bermandi di tasik. Eira dan Qayla pula bercerita perkara yang berlaku semasa mereka berdua mencari buah-buahan. Mergastua-mergastua yang lain pula leka menjamu selera.
Selepas menjamu selera, mereka bersiap sedia untuk menyambung perjalanan mereka. Mereka ingin berlatih di kawasan seterusnya. Mereka bersama-sama mengemas barang-barang dan kemudiannya meninggalkan kampung bunga-bunga ungu cair itu.
Semasa mereka mengemas barang, mereka sempat berjumpa dengan ketua kampung bunga-bunga ungu cair iaitu Lavendara. Bentuk tubuhnya seperti pari-pari. Mempunyai sayap, sayapnya berwarna ungu tetapi jernih. Matanya ditutup dengan bunga-bunga ungu dikepalanya.
“Pahlawan Buana Mergastua.. Terima kasih kerana sudi bermalam di kampung ni.” Kata Lavendara itu.
“Sama-sama.. Kami ingin meminta maaf jika susahkan pihak kampung ni..” Eira meminta maaf.
“Tidak mengapa.. Kamu semua adalah pahlawan harapan buana ini. Tidak mengapa jikalau kamu semua menyusahkan kami..” Balas Lavendara.
Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus, Herrlaa, Nekko, Layana, Akuana, Speedy, Iric, Browaya, Purra dan Belrama hanya memberikan senyuman manis kepada pari-pari yang cantik itu. Tiba-tiba..
“Eira.. Aku mahu ikut kau berjuang demi buana ni, boleh?” Soal Lavendana yang sama semasa malam semalam. Dimana Lavendana itu yang berbicara dan memberi banyak info berkenaan mergastua jenis bunga.
“Eh? Betul ke ni?” Eira kebingungan.
“Ya..” Kata Lavendana sambil menyebarkan bau harum yang membuatkan mereka semua gembira.
“Baiklah.. Jom! Axel! Aku ingin jadikan Lavendana sebagai pasangan Mergastua Aku!” Kata Eira kepada rantai putih miliknya dengan penuh semangat.
Axel mengeluarkan cahaya putih yang menyinari pandangan. Cahaya itu menyedut Lavendana masuk ke dalam diri Axel.
“Selamat datang ke kumpulan Kami..” Kata Eira.
“Baiklah Lavendara, Kami perlu bergerak sekarang..” Kata Zarrar.
“Baiklah.. hati-hati apabila berada di hutan ini. Selamat tinggal, semoga berjumpa lagi!” Lavendara berserta Lavendana dan Haruma menyebarkan bau yang harum kepada Pahlawan Buana Mergastua.
“Selamat tinggal!!” Kata mereka semua.
Zarrar, Eira, Qayla dan Firdaus memakai semula baju perisai berserta pedang. Mereka berempat memasukkan semua mergastua mereka yang lain kedalam rantai. Hanya Nekko, Layana, Herrlaa, Akuana dan Speedy sahaja berada di luar bersama mereka. Garganbuhan juga mengekori mereka dari belakang. Mereka bergerak meninggalkan perkampungan bunga-bunga ungu cair itu dan menuju semula ke dalam Hutan Tebal Heejawa.
“Semakin ramai ahli pasukan kita!” Kata Qayla dengan teruja.
“Ya.. semakin ramai ahli pasukan kita, semakin sukar untuk Lynxia menewaskan kita.” Balas Akuana.
“Tenang sungguh keadaan di hutan ni.” Kata Zarrar selepas menghirup udara segar.
“Betul! Rasa tenang sangat...” Kata Eira sambil menenangkan dirinya.
Selepas beberapa jam berjalan di dalam hutan, mereka tiba di suatu tempat yang luas bersebelahan dengan sungai.
“Wah! Tempat sesuai untuk berlatih!” Kata Firdaus apabila melihat air mengalir di sungai.
“Jadi.. giliran siapa pula nak berlatih hari ni?” Soal Zarrar.
“Aku, Lavendana lawan Firdaus dan Purra!” Jawab Eira dengan semangat.
“Baiklah! Jom!” Balas Firdaus dengan semangat.
Zarrar, Qayla, Nekko, Speedy dan Herrlaa duduk berehat di tepi sungai berlapikkan tikar. Mereka berlima menyaksikan perlawanan antara Firdaus, Purra dan Eira, Lavendana. Eira dan Firdaus bergerak ke kawasan yang lebih lapang. Mereka berdua kelihatan bersedia.
“Lavendana! Masa untuk uji kebolehan kau!” Kata Eira.
Rantai putih milik Eira bersinar. Axel mengeluarkan sebuah cahaya. Muncul Lavendana.
“Hihihi! Mari!” Kata Lavendana sambil menyebarkan bau harum.
“Purra! Mari berlatih!” Kata Firdaus pula.
Purra keluar dari rantai biru milik Firdaus iaitu Jax.
“Mari!!” Kata kura-kura bercengkerang ungu itu.
“Kau mula dulu!” Firdaus memberi peluang pada Eira untuk memulakan latihan.
“Baik! Lavendana! Bunga perangkap!” Arah Eira.
“Baik! Bunga perangkap!” Jerit Lavendana. Dia menyentuh permukaan tanah. Sekuntum bunga berwarna merah tua gergasi keluar dari tanah. Bunga itu membuka kelompaknya. Kelompaknya memerangkap cengkerang Purra.
“Heh.. Amacam??” Kata Lavendana dengan angkuh. Eira pula tersenyum.
“Kau yakin? Purra! Rempuhan cengkerang!” Kata Firdaus dengan tenang.
Sebuah cengkerang ungu berputar secara laju keluar dari bunga milik Lavendana. Dengan sekelip mata bunga itu musnah.
“Rempuh Lavendana!” Kata Firdaus lagi.
“Rumpuhan cengkerang!” Kata Purra.
Sekali lagi cengkerang milik Purra berputar dengan pantas. Cengkerang itu bergerak menuju ke arah Lavendana.
“Bebola bau busuk!” Kata Lavendana.
Bunga ungu cair itu mengeluarkan sebilangan bola berwarna ungu jernih. Bebola itu melanda Purra yang sedang berputar.
Akhirnya bebola itu terkena cengkerang Purra. Dengan serta-merta Purra berhenti berputar.
“Arghh!! busuknyaa!!” Jerit Purra. Purra terbaring ke tanah akibat terbau bebola busuk Lavendana.
“Hihihi!” Lavendana ketawa kecil.
“Purra! kau okay tak ni?” Soal Firdaus kepada Purra. Firdaus mendukung Purra.
Purra pengsan akibat serangan Lavendana itu.“Mari Aku sembuhkan..” Kata Lavendana.
“Aroma penyembuhan..” Kata Lavendana. Lavendana menyebarkan bau yang harum dan menenangkan kepada Purra.
“Erghhh...” Purra sedar dari pengsan.
“Kau tak apa-apa ke, Purra?” Soal Firdaus.
“Jangan risau.. Aku tidak apa-apa..” Balas Purra selepas sahaja sedar dari pengsan.
“Syukur kau tak apa-apa..” Kata Eira pula.
“Hihihi..” Lavendana tawa kecil.
Mereka menamatkan latihan mereka.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...