Sang Aura terbang ke arah Phoenza. Garuara yang berada dibelakang Phoenza bangun dari jatuhnya. Sang Aura bersama-sama Pahlawan Buana Mergastua menetang Phoenza dan Garuara.
“Mari tamatkan semua ni...” Kata Sang Aura kepada Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua. Mereka semua hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan Sang Aura.
“Fieger, Herrlaa! Serang mereka sekarang!” Kata Zarrar kepada Fieger dan Herrlaa.
“Tembakan laser pemusnah lava!!” Jerit Fieger dan Herrlaa serentak.
Mata Fieger dan Herrlaa bercahaya. Cahaya itu mengeluarkan tembakan cecair panas mendidih berwarna jingga dan merah dari mata Fieger dan Herrlaa. Fieger dan Herrlaa menembak cecair mendidih itu ke arah Phoenza dan Garuara.
“Erghhh!! Panas!!” Kata Phoenza selepas terkena serangan itu.
“Bayu berapi!” Balas Garuara.
Sebuah pusaran angin terhasil selepas Garuara bersuara. Pusaran angin itu mula terbakar. Api merebak ke seluruh pusaran angin itu. Garuara menolak pusaran angin itu ke arah Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua.
Hibayu dan Rerama tampil ke hadapan untuk menghalang pusaran angin berapi itu melanda sahabat-sahabatnya yang lain.
“Serang mereka, Hibayu!” Kata Eira.
“Angin pembeku!” Kata Hibayu.
“Kau juga, Rerama” Kata Qayla pula
“Cahaya pembeku!” Kata Rerama pula.
Hibayu mengibas sayapnya dengan perlahan-lahan. Serpihan ais-ais kecil muncul dari kibasan sayapnya. Ais-ais itu ditiup dan bergerak menuju ke pusaran angin berapi milik Garuara. Rerama membuka sayapnya. Sebuah cahaya berwarna biru terang terpancar ke arah pusaran angin berapi. Akibat serangan Hibayu dan Rerama itu, pusaran angin berapi itu sejuk membeku.
“Bebola angin salji gergasi!!” Jerit Hibayu lagi.
“Tembakan ais dingin Rerama!!” Jerit Rerama pula.
Hibayu membulatkan sayapnya. Sajli-sajli muncul dari sayapnya. Angin-angin yang bertiup perlahan-lahan itu masuk ke bulatan sayap Hibayu. Sebuah bebola angin salji gergasi terhasil dan Hibayu membaling bebola itu ke arah Garuara. Rerama sekali lagi membuka kedua-dua belah sayapnya. Sebuah tembakan terpancar ke arah Garuara dan Phoenza. Garuara dan Phoenza membeku.
“Marrina, Chelonirra! Tumbukan batu!” Jerit Firdaus.
“Browaya, tumbukan batu!” Jerit Eira.
“Tumbukan batu berganda!” Jerit Marrina, Chelonirra dan Browaya serentak.
Batu-batu kecil berterbangan ke langit. Membentuk tiga buah tangan gergasi. Tangan-tangan gergasi batu itu digengamkan. Tangan-tangan itu menumbuk Garuara dan Phoenza yang sudah membeku itu.
“Erghhh!!!” Jerit Phoenza kesakitan.
“Perisai air dan api!” Jerit Phoenza.
Phoenza mengalirkan air dari sungai berdekatan. Air itu membentuk separa bulatan. Lagi separa dibentuk dengan api. Bulatan itu berfungsi sebagai perisai Phoenza.
“Tembakan laser pemusnah berapi!” Jerit Garuara.
Mata Garuara bercahaya. Cahayanya berwarna merah terang. Cahaya itu memancarkan sebuah tembakan ke arah Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua.
“Perisai besi!” Jerit Tangkasa.
Sebuah bulatan berunsur besi melindungi Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua daripada tembakan Garuara.
“Tangkasa! Ikatan akar-akar pohon!” Arah Qayla.
“Lavendara! Ikatan akar-akar berbunga!” Arah Eira kepada Lavendara.
Tangkasa dan Lavendara mengangguk tanda setuju.
“Libasan dan ikatan akar-akar pohon!” Jerit Tangkasa.
“Libasan dan ikatan akar-akar berbunga!” Jerit Lavendara.
Empat akar muncul dari permukaan tanah. Dua akar pokok hinggap ke tangan Tangkasa. Dua akar berbunga menuju ke tangan Lavendara. Mereka berdua melibas akar-akar itu ke tubuh Garuara dan Phoenza. Garuara dan Phoenza jatuh ke bumi. Selepas mereka berdua jatuh ke bumi, Lavendara dan Tangkasa mengikat mereka berdua dengan akar-akar yang muncul dari tanah itu.
“Petuza! Tembakan laser guruh!” Kata Zarrar kepada Petuza.
“Macro! Bebola elektrik gergasi! Klonkan bebola tu!” Arah Firdaus kepada Macro.
“Guntular! Sengatan elektrik!” Kata Qayla pula.
Petuza terbang ke langit. Matanya mengeluarkan satu cahaya biru. Muncul sebuah awan mendung dihadapan Petuza. Awan mendung itu menyambarkan kilat ke arah Garuara dan Phoenza.
“Arghhh!!” Jerit Garuara dan Phoenza serentak. Mereka berdua tidak mampu melawan kerana mereka sudah pun terjerat dengan akar-akar milik Tangkasa dan Lavendara.
“Bebola elektrik gergasi!!” Jerit Macro.
Macro menghasilkan sebuah bola gergasi dikepitnya. Bola itu mempunyai kuasa elektrik didalamnya.
“Kuasa pengklonan!” Kata Macro lagi.
Selepas sahaja Macro berkata-kata, bola elektrik itu bertambah menjadi sepuluh bentuk. Bola-bola itu dibaling ke arah Garuara dan Phoenza.
“Sengatan elektrik!” Kata Guntular sambil bergerak menuju ke arah Garuara dan Phoenza.
Guntular membuka mulutnya. Kemudian Dia mengigit bahagian leher Garuara dan Phoenza.
“Arghhhh!!” Jerit Phoenza kesakitan.
Sang Aura berterbangan di langit. Dia melirikkan matanya ke Garuara dan Phoenza yang telah terjerat dengan akar-akar. Tiba-tiba, empat cahaya dari arah yang berbeza menuju ke tubuh Sang Aura. Satu cahaya daripada empat itu berwarna biru muda. Cahaya kedua berwarna biru tua. Cahaya ketiga berwarna perang. Cahaya terakhir berwarna merah. Keempat-empat cahaya itu datang dari empat naga gergasi yang berbeza iaitu Sang Gelora, Sang Bayu, Sang Batua dan Sang Bara.
“Jagalah mergastua-mergastua dengan baik. Sampai sini sahaja hayat kami berempat, gunakan kuasa-kuasa kami untuk menewaskan musuh-musuh yang kejam. Selamat tinggal sahabat...” Empat suara muncul dari cahaya-cahaya itu. Suara itu adalah suara Sang Gelora, Sang Bayu, Sang Batua dan Sang Bara. Mereka berempat memberikan kuasa mereka kepada Sang Aura. Mereka telah pun terkorban, tetapi mereka sempat menyalurkan tenaganya kepada Sang Aura sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
Cahaya putih terpancar dari tubuh Sang Aura. Cahaya putih itu menutupi suluruh tubuh Sang Aura. Saiz tubuhnya menjadi lebih gergasi. Cahaya itu mula menghilang. Susuk tubuh Sang Aura yang baru terserlah. Terdapat batu-batuan kristal berwarna biru tua, biru muda, merah dan perang di bahagian belakang tubuhnya. Warna tubuhnya tidak berubah, masih lagi berwarna putih.
“Sa..Sang Aura..” Kata Eira dengan terkejut. Pahlawan-Pahlawan Buana Mergastua semuanya terkesima melihat evolusi Sang Aura itu.
“Aku.. Sang Urna!!” Kata tubuh Sang Aura yang baru. Dia memandang Phoenza dan Garuara. Dia mendekatkan diri dengan mereka berdua yang sudah terjerat dengan akar-akar pokok berbunga.
“Hilanglah kawalan kau, Lynxia!!” Kata Sang Urna.
Sang Urna menggenggam tangannya. Sebuah kuasa berwarna putih muncul di genggaman itu. Akibat dengan genggaman Sang Urna. Kepala Phoenza dan Garuara mendongak ke atas. Sang Aura menggerakan tangannya. Dia seperti menarik sesuatu dari diri Phoenza dan Garuara. Akibat dengan tindakan Sang Urna, mata Phoenza dan Garuara berubah kembali ke warna asal. Kawalan Lynxia hilang.
YOU ARE READING
Beast
FantasíaBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...