37

1 1 0
                                    

   Lautan Guasa mula bergelora. Dalam kegeloraan itu, kelihatan seekor ikan paus bersisik biru tua sedang menolehkan pandangannya kepada Firdaus, Akuana, Purra dan Macro.

   “Kau yakin boleh kalahkan Aku?” Soal Purbaus.

   “Ya! Aku yakin!” Balas Firdaus.

   “Tembakan gelora beku!” Jerit Purbaus. Paus itu menembak dengan sangat pantas. Tembakan bergerak dengan pantas. Mereka tidak sempat mengelak. Tiba-tiba...

   Purra tampil kehadapan untuk membalas serangan tetapi tidak sempat. Purra akhirnya membeku akibat tembakan Purbaus itu.

   “Purra!!” Jerit Firdaus dengan sayu.

   “Aku dan Akuana akan serang Purbaus. Kau Fir, cuba cari cara untuk mencairkan Purra.” Kata Macro. Firdaus hanya mengangguk.

   “Ayuh Akuana!” Jerit Macro.

   “Kuasa pengklonan!” Kata Macro lagi. Tubuhnya berpecah kepada 10 bentuk. Dia kini mempunyai 10 klon dirinya.

   “Akuana! Ombak pembeku!” Jerit Akuana. Ombak-ombak di lautan menuju ke arah Purbaus.

   “Letusan air dingin!” Purbaus yang menyedari kehadiran ombak pembeku Akuana terus melancarkan serangan baharu.

   Purbaus membuka mulutnya. Sebuah bola air terkumpul di lidahnya. Bebola itu berubah saiz menjadi semakin besar. Bebola itu mengeluarkan satu tembakan air yang besar.

   “Sambaran kilat!” Jerit Macro.

   Selepas sahaja Marco menjerit, langit mulai mendung. Kilat muncul dan menuju ke arah Purbaus.

   “Pelindung pembeku!” Balas Purbaus.

   Air di lautan bergerak menutupi tubuh Purbaus. Air itu membeku menjadi ais yang sejuk. Kilat menyambar ais itu tetapi tidak berjaya. Ais itu terlalu tebal untuk di musnahkan.

   “Macro! Kita perlu gabung kebolehan kita!” Kata Akuana kepada Macro. Macro mengangguk tanda setuju.

   “Batu karang gergasi!” Akuana menjerit.

   Sebuah ketulan batu karang gergasi muncul dari dasar lautan. Akuana mengangkat batu karang itu dengan hanya menggunakan kekuatannya.

   “Bebola elektrik gergasi!” Kata Macro pula.

   Sebuah bola gergasi yang mengandungi kuasa elektrik muncul dari kaki Macro. Macro menghalakan bola itu ke batu karang gergasi milik Akuana. Bebola elektrik dan batu karang itu bergabung.

   “Bebola elektrik batu karang gergasi!!” Akuana dan Macro jerit serentak.

   “Kuasa pengklonan!” Kata Macro lagi.

   Macro mengeluarkan satu bebola kecil dari mulutnya. Bebola kecil itu terkena batu karang gergasi. Muncul lebih 10 biji batu karang gergasi.

   “Bebola elektrik batu karang gergasi berganda!” Jerit Macro.

   Serangan itu ditujukan ke perisai ais milik Purbaus. Akhirnya, perisai ais itu hancur kerana serangan Macro dan Akuana yang sangat kuat itu. Tetapi serangan itu tidak langsung mencederakan tubuh Purbaus. Dia masih lagi bertenaga manakala Akuana dan Macro pula sudah hilang banyak tenaga.

   “Hohohoho! Berlagak kuat! Lihat sekarang, siapa yang letih dahulu?” Purbaus tawa besar.

   “Sudah-sudahlah Lynxia! Akuana, Macro, kamu berdua boleh berehat, biar Aku yang halang mergastua ni..” Suara Purra kedengaran dari dalam ais itu. Dia masih lagi membeku di dalam ais.

   “Kau masih beku, kau yakin boleh..” Kata-kata Purbaus terputus apabila melihat sebuah cahaya menutupi seluruh tubuh Purra yang telah beku.

   Tubuh Purra yang berselindung dibalik ais itu berubah bentuk. Ais-ais yang membekukan tubuhnya hancur. Tubuhnya berubah menjadi lebih besar dari sebelum ini. Cahaya itu mula hilang. Purra berubah menjadi seekor kura-kura gergasi bercengkerang ungu tua dan biru tua. Tubuhnya berdiri, tidak lagi seperti kura-kura biasa. Saiz tubuhnya sama seperti Macro.

   “Aku, Chelonirra!” Tubuh baru Purra bersuara.

   “Purra...” Firdaus terkesima melihat evolusi Purra itu.

   “Wahh!!” Akuana dan Macro juga terkesima melihat evolusi itu.

   “Rempuhan kura-kura gergasi!” Kata Chelonirra.

   Chelonirra masuk ke dalam cengkerangnya. Cengkerangnya mula berputar. Cengkerang itu bergerak dan melanggar tubuh Purbaus.

   “Arghhhh!!!!” Jerit Purbaus kesakitan. Mata Purbaus berubah semula menjadi warna asal.

   “S-Satu serangan sahaja?!?!?!” Akuana sekali lagi terkesima.

   “A-Apa dah jadi??” Soal Purbaus selepas pulih semula dari kawalan Lynxia.
  
   “Begini..” Firdaus mendekati Purbaus dan menceritakan perkara yang telah berlaku kepada paus bersisik biru tua itu.
  
   “Oh... Baiklah.. terima kasih kerana sedarkan Aku dari kawalan perempuan gila itu...” Purbaus berterima kasih kepada Firdaus, Akuana, Chelonirra dan Macro.

   “Sama-sama..” Balas Firdaus, Akuana, Chelonirra dan Macro serentak. Purbaus berenang semula ke dasar lautan Guasa dan meninggalkan kawasan itu.

   “Chelonirra!!” Jerit Firdaus dan terus memeluk erat tubuh kura-kura gergasi itu. Akuana juga turut memeluk. Chelonirra membalas pelukan itu.

   “Dapatkan maklumat tentang Chelonirra, Jax.” Arah Firdaus kepada rantai biru miliknya.

   “Chelonirra. Mergastua kura-kura gergasi.  Dia boleh mengawal elemen tanah dan ais. Dia adalah evolusi ketiga daripada Kurle dan Purra.” Jelas Jax kepada Firdaus dan yang lain.

   “Wahh!!” Firdaus kagum. Tiba-tiba..

   “Firdaus... Aku mahu ikut kau berjuang sama-sama untuk Buana Mergastua, boleh??” Macro bersuara.

   “Maksud kau?” Firdaus kebingungan.

   “Aku mahu jadi pasangan mergastua kau.” Balas Macro.

   “Betul??” Soal Firdaus untuk kepastian. Macro hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman manisnya.

   “Baiklah... Selamat datang ke pasukan kami..” Kata Firdaus lagi. Jax mengeluarkan sebuah cahaya, Jax memasukkan Macro ke dalam dirinya.

   “Yeayy!” Kata Akuana dan Chelonirra serentak.

   “Sudah.. Mari kita ke pulau puak laut..” Kata Firdaus dengan muka serius. Akuana dan Chelonirra mengangguk.

  Chelonirra bersedia untuk berenang menuju ke puak laut. Firdaus dan Akuana duduk di atas cengkerang kura-kura gergasi itu. Mereka meneruskan perjalanan ke pulau puak laut.

BeastTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang