40

1 1 0
                                    

   Eira, Layana, Browaya, Derrtia, Drawaka, Rerama dan Ramara bangun semula dari jatuhnya. Mereka merasa tenang apabila menghidu bau harum. Mereka belum menang lagi. Selagi Suaruda tidak bebas dari kawalan Lynxia, Suaruda pasti akan mengganas lagi.

   “Layana! Serang muka Suaruda. Jika kita serang mukanya, lebih mudah kawalan Lynxia hilang..” Kata Eira.

   “Bebola elektrik!” Kata Layana.

   Layana membuka kedua-dua belah sayapnya. Dia menumpukan kuasanya. Muncul dua bola yang mempunyai kuasa elektrik. Layana baling bebola itu ke arah Suaruda.

   “Humhumhum!” Suaruda seperti mengatakan sesuatu. Tiba-tiba..

   Sebuah perisai jernih menutupi keseluruh tubuh Suaruda. Bebola elektrik terkena perisai jernih itu. Apabila bebola elektrik itu terkena pada perisai itu, bebola elektrik itu terpantul. Dengan pantas bebola elektrik itu menyerang balik ke tuannya.

   Bebola elektrik itu mendarat ke tubuh Layana. Layana menerima serangan itu dengan tenang. Disebabkan serangan itu, tubuhnya mengeluarkan satu cahaya yang sangat terang. Cahaya itu berwarna putih suci. Tubuh badan Layana ditutupi sepenuhnya dengan cahaya itu.

   “E-Evolusi!?!?!” Eira terkejut melihat perkara itu terjadi. Dia juga gembira.

   Tubuh Layana yang ditutupi dengan cahaya itu berubah bentuk. Bentuk tubuhnya menjadi lebih besar. Dengan perlahan-lahan cahaya itu menghilang. Layana berubah menjadi seekor burung gergasi berbulu putih sepenuhnya dan kuning hanya garisan kecil di dadanya. Saiz tubuhnya sama seperti Suaruda.

   “Aku, Hibayu!!” Jerit tubuh baru Layana itu. Hibayu memandang Suaruda yang sedang terbaring di tanah.

   “Axel, dapatkan maklumat tentang Hibayu..” Arah Eira kepada rantai robot miliknya itu.

   “Hibayu. Mergastua burung ribut. Dia boleh mengawal elemen ais dan angin. Dia juga mempunyai kuasa penyembuhan.” Jelas Axel. Eira yang mendengari penerangan Axel itu sangat teruja. Dia berjalan ke arah Hibayu.

   “Hibayu.. Mari Kita sama-sama tewaskan Suaruda!” Kata Eira kepada Hibayu. Eira naik ke atas tubuh Hibayu.

   “Mari!!” Balas Hibayu dengan semangat.

   Suaruda mengerakkan tubuhnya. Dengan pantas akar-akar berbunga yang mengikat Suaruda terbakar akibat pergerakannya itu.

  “Yakin sungguh... Marilah!” Jerit Suaruda.

   “Taufan gergasi!!” Jerit Hibayu. Sebuah pusaran angin gergasi muncul dan mendekati Suaruda.

   “Libasan akar-akar berbunga!” Kata Lavendara.

   Lavendara menyentuh permukaan tanah. Tanah-tanah mula merekah. Muncul dua akar berbunga dari rekahan itu. Lavendara mengapai dan memegang akar-akar itu. Dia melibas Suaruda menggunakan akar-akar itu.

   “Libasan tali tanah!” Kata Browaya.

   Browaya menghentak permukaan tanah dengan kuat. Sekali lagi tanah-tanah bumi gunung puak langit merekah. Muncul sebuah tali berwarna perang tua. Browaya mengapai dan memegang tali tanah itu.

   “Semburan api membara!” Jerit Drawaka.

   Drawaka membuka mulutnya. Drawaka menyembur angin berapi keluar dari  mulutnya. Semburan itu melanda tubuh Suaruda.

   “Tembakan laser ais!” Jerit Rerama.

    Rerama memandang Suaruda. Mata Rerama mula bercahaya. Sebuah cahaya biru ditembak ke arah Suaruda.

   “Ombak pembeku!” Jerit Ramara.

   Sebuah gumpalan air muncul dari permukaan tanah. Air itu membentuk sebuah ombak. Ombak itu melanda Suaruda.

BeastWhere stories live. Discover now