Selepas sesi memperkenalkan diri kepada pahlawan Buana Mergastua yang lain, Aku, Zarrar, Dovea, Eira, Tokky, Qayla, Firdaus, Herrla dan Pohoni bersiar-siar di bandar puak bumi. Akhirnya, Aku dapat juga jumpa dengan tuan Aku. Dah lama Aku tunggu saat ni.
“Zarrar, boleh tak Aku nak tahu pasal diri kau?” Soal Aku kepada tuanku itu.
“Aku? Aku ni kacak dan baik orangnya.” Jawab Zarrar. Ishh nak je Aku cakar muka Dia ni. Tapi memang betul, Zarrar ni memang kacak.
“Ishhhh.” Jawab Aku sambil mencakar manja tangan Zarrar.
“Aduhhh.” Jerit Zarrar sambil menyentuh bahagian luka yang dicakar.
“Eh! Zarrar, kau okay tak ni?” Tanya Qayla dengan nada bimbang.
“Aku okay je. Sikit je ni.” Jawab Zarrar.
“Iyeke okay? Tu baru cakar sikit tau.” Bisik Aku pada hati.
Kami berenam keluar dari pintu gerbang Puak Bumi. Herrlaa kelihatan bersedia untuk membuat penerbangan ke Puak Laut. Aku, Zarrar, Firdaus, Eira, Dovea, Qayla, Tokky naik ke atas tubuh badan Herrlaa.
“Sedia??” Tanya burung helang gergasi itu.
“Sedia!!” Jawab kami serentak. Herrla membuka sayapnya dan memulakan penerbangan.
*****
Aku memandang ke arah langit untuk seketika. Aku berhenti dari bertarung bersama lawanku.
“Kenapa? Apa yang kau lakukan Bettel? Apa yang kau fikir untuk menyerang sahabat kau sendiri? Kau dah gila ke?” Soalan yang bertubi-tubi di soal seekor monyet.
“Maaf Pohoni. Aku harus ikut kata tuan baru Aku.” Kata Aku. Aku tidak dapat mengawal diriku, ada sesuatu yang mengawal diriku. Percakapan Aku juga dikawal.
“Tuan kau? Kau gila ke?” Soal Pohoni dengan kasar.
“Tumbukan elektrik!!” Aku menumbuk bahagian perut Pohoni.
“Akar pengikat!!!” Balas Pohoni. Akar pokok keluar dari bumi dan mencengkam sayap Aku. Aku tidak dapat melepaskan diri.
“Tumbukan tanah!!” Giliran Pohoni pula menumbuk, Dia mengerakkan tangannya. Tiba sahaja tangannya kemuka Aku, tangannya berhenti. Pohoni tidak sanggup hendak membunuh sahabatnya itu.
“Aa.. Aku tak tahu Pohoni. Tubuhku seperti dikawal.” Kata Aku kepada Pohoni.
“Dikawal??” Soalnya sambil memeriksa keseluruhan tubuh badanku untuk mencari puncanya.
“Tidak ada apa-apa yang... Eh, jap. Kenapa biji mata kau berwarna hitam merah?” Soal Pohoni dengan tegas.
“Aku tak tahu....” Jawab Aku.
“Kau bukan Bettel!!!” Jeritnya. Dia menarik badanku dan membawaku ke penjara.
Aku dimasukkan ke dalam penjara, tanganku digari. Aku memandang ke arah Pohoni, Dia meninggalkan Aku dan keluar dari kawasan itu. Aku berasa sangat lemah. Aku pengsan.
*****
“Puak Laut? Ada dalam laut ke? Jadi Kita kena berenang?” Soalku bertubi-tubi.
“Taklah. Tempat tinggal puak laut kat pulau.” Jawab Dovea.
“Ohh.”
Aku, Zarrar, Kidden, Eira, Dovea, Qayla dan Tokky berbual dan masih lagi dalam sesi berkenalan.
1 jam kemudian.
“Kita sudah tiba.” Kata Herrlaa.
Terdapat sebuah pulau besar dan kelihatan sangat indah kerana dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang segar. Pulau di mana berkampungnya puak laut.
Herrlaa mendarat ke bumi pulau itu. Kami bertujuh turun dari tubuh badan Herrlaa. Kehadiran kami disambut oleh dua ekor mergastua. Mergastua yang pertama adalah seekor kura-kura bercengkerang ungu dan lagi satu adalah seekor buaya bersisik biru gelap.
“Mergastua apa ni?” Tanya Aku kepada rantai.
“Purra. Seekor kura-kura bercengkerang ungu. Dia boleh mengawal elemen air. Seterusnya, Navua. Seekor buaya yang boleh mengawal elemen tanah dan air.” Terang rantai yang dipakai oleh Firdaus.
“Nama kau Purra dan Navua?” Tanya Zarrar kepada mereka berdua. Mereka menganggukan kepala.
“Ya. Itu nama kami.” Jawab Purra dan Navua serentak.
“Fir? Tanyalah.” Kata Eira kepada Aku.
“Oh, ya. Boleh Aku tahu kat mana pasangan Mergastua Aku berada?” Soal Aku kepada kedua-dua Mergastua itu.
“Pasangan Mergastua kamu? Oh. Mari ikut kami.” Ajak Purra.
“Baik.” Jawabku. Aku mengikut Purra dan Navua manakala Zarrar, Eira, Qayla, Herrla dan lain-lain menungguku di persisiran pantai pulau itu.
Aku mengikut jejak mereka. Mereka membawaku ke kawasan air terjun. Aku memandang ke arah Purra dan Navua.
“Jadi, kat mana Mergastuaku berada?” Soal Aku kepada mereka berdua.
“Di balik air terjun itu.” Jawab Purra.
“Hah??” Aku kebingungan. Navua dan Purra memandang satu sama lain.
“Okay ikut Aku masuk.” Kata Navua. Dia dan Purra meredah air terjun itu, Aku hanya mengikut jejak mereka dari belakang.
Badanku sudah lecun akibat meredah air terjun itu. Aku membuka mataku dengan perlahan-lahan, Aku melihat sekeliling. Terdapat ruang yang amat luas dibalik air terjun itu, Aku juga ternampak sebiji telur dan sebilah pedang yang berwarna biru. Aku mendekati telur dan pedang itu.
Aku menyentuh telur itu, ia bergerak, Aku terkejut. Telur itu menetas dan cahaya keluar menyinari mataku. Aku melihat keluarnya seekor memerang berbulu kelabu. Dia memandang kedua-dua biji mataku.
“Firdaus?? Firdaus!!!” Jerit memerang itu dan melompat ke atas tubuh badanku yang basah dek kerana air terjun tadi.
“Nama kau?” Soal Aku kepada memerang itu.
“Nama Aku Bea.” Jawab memerang berbulu kelabu itu. Aku menghulurkan tanganku kepada Bea, Bea memeluk tanganku itu.
Aku memegang pedang yang usang itu. Cahaya menyinari pedang, rantai dan tubuh badanku. Aku dipakaikan dengan sebuah baju perisai dibahuku juga dipinggang. Rantai dan pedang yang usang kini sudah berubah menjadi baru. Aku meletakan pedang di pinggangku.
“Dah jom.” Ajak Aku.
“Jomm!” Kata Purra dan Navua serentak.
Kami keluar dari air terjun itu. Sekali lagi, airnya membasahi tubuh badanku. Begitu juga Bea. Kami teruskan perjalanan untuk berjumpa semula dengan mereka bertujuh.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...