31

1 1 0
                                    

   Langit mulai cerah. Mereka semua bangun dari tidur. Mereka membasuh muka sambil menikmati udara nyaman di pagi hari. Mereka bersarapan seperti biasa. Mergastua-mergastua diberikan buah-buahan sebagai bersarapan. Tiba-tiba...

BIP!! BIP!! BIP!!

   Keempat-empat mereka rantai berbunyi.

   “Huh?? Kenapa ni??” Soal Zarrar kepada Enzo, Axel, Max dan Jax.

   “Puak Laut, Puak Langit dan Puak Bumi di serang!!” Kata mereka berempat dengan serentak.

   “Lihat video yang dihantar oleh Sang Bayu ni.” Axel menayangkan sebuah video dari Sang Bayu.

   “Wahai pahlawan Buana Mergastua.. Aku perlukan bantuan kamu semua. Puak Langit di serang oleh Mergastua Lagenda serentak dengan puak yang lain! Aku berharap kamu semua segera datang ke sini. Kami perlukan bantuan kamu semua!!” Jelas Sang Bayu yang kepenatan dek kerana di serang Mergastua Lagenda.

   “Sang Bayu pun tak larat nak lawan, apa lagi kita?” Kata Akuana dengan cemas.

   “Ketiga-tiga puak sedang diserang, Kita kena buat sesuatu..” Kata Qayla pula.

   “Korang ada idea ke? Takkanlah Kita nak pergi serentak bersama, puak yang lain macam mana??” Soal Speedy pula.

   “Kita perlu berpecah... Aku ke Puak Langit. Zarrar dan Qayla ke Puak Bumi dan Fir ke Puak Laut.” Cadang Eira.
  
   “Berpecah?? Kau yakin ke Eira? kita boleh tewaskan Mergastua Lagenda tu??” Soal Layana pula.

   “Jangan risau tentang itu. Kita boleh dapatkan bantuan dari Ramara.” Kata Eira dengan yakin.

   “Zarrar, Qayla. Korang boleh cuba terangkan kepada Garganbuhan dan dapatkan bantuan dari Dia.” Kata Eira lagi.

   “Kau pula Fir. Akuana, kau boleh mengawal elemen tanah bukan?? Cuba gunakan jurus angkatan tanah untuk bina jambatan dari hutan ni ke pulau Pulau Puak Laut.” Terang Eira lagi.

   “Humphh... Kau yakin ke nak berpecah ni Eira?” Soal Qayla.

   “Ya..Takkan lah Kita nak biarkan puak-puak Mergastua hancur di tangan Lynxia?? Ni je cara yang kita ada!” Kata Eira dengan tegas.

   Muka mereka dari ekpresi bimbang berubah ke ekpresi yang penuh dengan keyakinan.

   “Boleh? Kalau semuanya sudah reda, Aku akan hantar mesej kepada korang semua.” Janji Eira.

   Mereka semua mengangguk tanda setuju. Mereka mula mengatur langkah masing-masing. Eira dan Layana ke sebelah kanan untuk mendapatkan bantuan Ramara. Zarrar, Qayla, Herrlaa, Nekko dan Speedy cuba untuk mendapatkan bantuan Garganbuhan. Firdaus dan Akuana pula ke sebelah kiri untuk menuju ke persisiran pantai.

*****

   Pada pagi yang sangat tenang, Eira dan Layana memulakan perjalanannya untuk ke Puak Langit.

   “Axel, keluarkan Browaya dan Lavendana!” Arah Eira.

   “Baikk!!”. Balas Axel. Axel memancarkan sebuah cahaya, keluar seekor buaya yang sasa dan sekuntum bunga berwarna ungu cair.

   “Ya? Ada apa-apa yang Aku boleh bantu Eira??” Soal Browaya.

   “Teman kitorang..” Balas Layana.

   “Oh... Jap. Mana yang lain?” Soal Browaya lagi.

   “Macam ni...” Layana menceritakan apa yang telah berlaku.

   “Oh...” Balas Browaya dan Lavendana serentak.

   “Jauh lagi ke perkampungan Ramara tu Axel?” Soal Eira kepada rantai putih miliknya.

   “Tidak jauh lagi. Lagi lima minit kita akan sampai.” Jawab Axel. Eira, Layana dan Browaya hanya mengangguk kepala.

*****

   Zarrar, Qayla, Nekko, Herrlaa dan Speedy cuba mengejut Garganbuhan dari tidurnya. Mereka sudah cuba macam-macam cara untuk membangunkan pokok itu.

   “Aku tahu! Enzo, Aku perlukan bantuan Iric!” Kata Zarrar.

   “Baik! Iric keluar!” Balas Enzo. Enzo mengeluarkan cahaya merah. Muncul seekor burung berbulu serba kuning itu.

   “Oh. Betul jugak! Max! Aku perlukan Belrama!” Qayla mengarahkan Max untuk mengeluarkan Belrama.

   “Baik!” Balas Max. Dia mengeluarkan sebuah tembakan cahaya. Muncul seekor ulat beluncas.

   “Ya? Kenapa kau panggil Aku Zarrar?” Soal Iric.

   “Kejutkan Garganbuhan dengan sambaran petir!” Arah Zarrar.

   “Baik! Sambaran petir!!” Jerit burung kecil itu.

   Langit mulai mendung. Petir menyambar Garganbuhan yang masih dibuai mimpi itu.

ZUUZZZ!!

   “Arghhhh!!!” Jerit Garganbuhan.

   Suara yang kuat itu menyebabkan Mergastua liar yang berada di kawasan itu lari ketakutan. Akhirnya Garganbuhan sedar dari tidurnya.

   “I-Iric?? Pahlawan Buana Mergastua?? Apa yang korang semua buat disini?? Iric?kenapa kau sambar petir kat Aku?” Soalan bertubi-tubi ditanyakan. Dia kelihatan tidak tentu arah dan ketakutan.

   “Macam ni ceritanya..” Qayla menceritakan perkara yang telah berlaku pada Puak-puak Mergastua. Garganbuhan agak sedih mendengar cerita itu.

   “Jadi.. boleh kitorang dapatkan bantuan dari kau?” Soal Herrlaa pula.

   “Sudah tentulah boleh. Aku akan hantarkan kawan-kawan Aku sekali untuk membantu kita dalam hal ni.” Garganbuhan setuju.

   “Yeayy!! Jom gerak ke Puak Bumi!!” Kata Zarrar, Eira, Herrlaa, Nekko, Speedy, Iric dan Belrama dengan teruja.

   Mereka meneruskan perjalanan untuk ke Puak Bumi.

BeastWhere stories live. Discover now