Tuan Cihan, Adiratna, Zarrar, Eira, Qayla dan Firdaus masuk ke dalam pintu gerbang itu. Dengan sekelip mata mereka berada didalam gua gunung Ancala. Gua yang mempunyai lukisan dan tulisan yang sukar untuk difahami di dindingnya. Juga terdapat sebuah batu kristal berwarna perang. Mereka akhirnya pulang semula ke tempat asal mereka.
“Terima kasih, Tuan Cihan..” Kata Eira kepada Tuan Cihan. Zarrar, Qayla dan Firdaus hanya melemparkan senyuman manis.
“Sama-sama. Sebelum tu, berikan Aku phone number korang. Aku perlukannya..” Balas Tuan Cihan. Zarrar, Qayla, Eira dan Firdaus kebingungan.
“Untuk apa??” Soal Zarrar dengan penuh tanda tanya.
“Aku ingin memasukkan kamu ke sebuah pasukan besar yang bertugas sebagai penjaga negara Sahmura.. Lebih senang untuk Aku komunikasi jika adanya number korang semua..” Jawab Tuan Cihan. Sekali lagi mereka berempat menggaru kepada mereka yang tidak gatal.
“Pasukan? Pasukan apa?” Soal Firdaus pula.
“Kamu semua akan tahu bila tiba masanya nanti.. sudah, berikan segera phone number korang!” Tuan Cihan berahsia. Zarrar, Qayla, Eira dan Firdaus memberikan nombor telefon mereka kepada Tuan Cihan.
“Baiklah. Terima kasih, Pahlawan Buana Mergastua. Semoga kita berjumpa lagi..” Kata Tuan Cihan lagi.
“Selamat pulang. Zarrar, Eira, Qayla dan Fir..” Adiratna mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berempat.
“Selamat pulang! Hati-hati ya!!” Balas mereka berempat serentak. Tuan Cihan dan Adiratna hanya mengangguk. Mereka berdua masuk ke dalam pintu gerbang untuk ke Kota Abyad. Pintu gerbang ke Kota Abyad itu ditutup.
Selepas Tuan Cihan dan Adiratna pergi, Zarrar melirikkan matanya ke arah tiga sahabatnya itu. Dia melemparkan senyuman yang paling manis.
“Semuanya dah tamat..” Kata Zarrar.
“Ya.. syukur sangat kita tidak tercedera..” Balas Eira.
“Aku tak sangka percutian kita ni jadi macam ni.. Pengalaman yang sangat seronoklah bagi Aku..” Kata Firdaus pula.
“Ya... Dah jomlah, Kita sambung hiking! Kita tak sempat nak sampai kemuncak haritu!” Balas Qayla.
“Jom!” Kata Zarrar, Eira dan Firdaus serentak.
“Sekejap.. Baju perisai dengan pedang ni macam mana?” Soal Eira.
“Kami boleh simpankan!” Axel bersuara secara tiba-tiba.
“Baiklah!!” Balas Eira.
Zarrar, Firdaus, Qayla dan Eira menganggalkan baju perisainya. Mereka hanya mengenakan baju t-shirt dan seluar yang sama sejak mereka mendaki gunung Ancala.
“Enzo.. simpan baju perisai dan pedang ni!” Arah Zarrar kepada rantai merah miliknya.
“Baik!” Jawab Enzo. Enzo memancarkan sebuah cahaya kepada baju perisai dan pedang itu. Baju perisai dan pedang itu dimasukkan ke dalam dirinya.
“Jax! Simpan baju perisai ni!” Kata Firdaus kepada rantai biru miliknya. Jax mengeluarkan satu cahaya. Cahaya itu menyinari baju perisai dan pedang. Baju perisai dan pedang itu dimasukkan ke dalam dirinya.
“Simpan baju dan pedang ni baik-baik..” Kata Eira kepada rantai putih miliknya. Axel memasukkan baju perisai dan pedang itu ke dalam dirinya.
“Max! Jaga baju dan perisai ni elok-elok, tau!” Pesan Qayla kepada rantai perang miliknya. Max memasukkan baju perisai dan pedang milik Qayla ke dalam dirinya.
“Okay, jom!” Ajak Qayla dengan penuh semangat. Mereka menyambung semula pendakian mereka untuk kemuncak gunung Ancala.
Mereka berempat berjalan keluar dari gua itu. Mereka melihat kawasan-kawasan Kota Nahla. Mereka berasa sangat gembira kerana dapat juga pulang ke tempat tinggal mereka yang asal. Zarrar, Qayla, Eira dan Firdaus mendaki gunung Ancala. Selepas beberapa jam mendaki, akhirnya mereka sampai juga di puncak gunung Ancala. Mereka menikmati permandangan disitu. Menghirup udara yang segar, mereka berasa sangat tenang.
*****
Selepas tiga bulan berlalu percutian mereka di Kota Nahla itu, mereka semua kembali semula ke kehidupan mereka yang asal. Memandangkan mereka masih sedang menunggu keputusan peperiksaan, Mereka berkerja untuk mendapatkan sedikit pengalaman. Firdaus berkerja di sebuah Kafe di Kota Jawhara. Zarrar pula berkerja sebagai juruwang di salah-satu kedai membeli-belah baju di Jawhara Mall. Eira dan Qayla pula menolong neneknya menguruskan perniagaan butik neneknya.
Di Kafe, Kota Jawhara.
Dengan pantas Firdaus berdiri selepas melihat pelanggan baru hadir ke kaunter.
“Ya? Apa yang boleh saya bantu?” Soal Firdaus kepada pelanggan barunya.
“Saya nak order chocolate waffle satu!” Balas pelanggan itu.
“That's all??” Balas Firdaus. Pelanggan hanya menganggukkan kepalanya.
“Okay. Sila tunggu ya..” Kata Firdaus lagi. Dengan pantas dia ke dapur kafe untuk menyiapkan pesanan pelanggan itu.
Firdaus mula membakar adunan tepung. Dia termenung memikirkan sesuatu.
“Esok results keluar, takutnya. Kalau Aku gagal macam mana? Mesti mama dengan papa kecewa..” Bisik Firdaus dalam hati.
“Haish.. Apa kau ni? Tak baik fikir macam tu, kau sepatutnya fikir positive!” Bisik Firdaus dalam hati lagi. Bisikannya kali ini mahu menenangkan hatinya yang sedang takut untuk menerima keputusannya esok.
Dia sambung menyiapkan pesanan pelanggan barunya itu.
Jawhara Mall, Kota Jawhara.
Zarrar berkerja di sebuah kedai membeli-belah baju di dalam Jawhara Mall. Zarrar sedang mengemas-gemas kedainya kerana sudah sampai masa untuk menutup kedai. Dia sedang mengemas baju-baju yang berselerak. Tiba-tiba...
Ring! Ring! Ring!
Telefon bimbit Zarrar berbunyi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia melihat nama Firdaus tertera di skrin telefonnya. Dengan pantas dia menjawab panggilan itu.
“Hello! Zarrar!” Suara Firdaus terdengar dari telefon bimbit Zarrar.
“Hello? Ya? Kenapa, Fir?” Balas Zarrar.
“Eira kata dia dah sampai Kota Jawhara. Jom Kita ajak dia lepak kat restoran!” Kata Firdaus.
“Oh haahlah. Esok results dah keluar, mestilah dia balik. Haa okaylah! Jom!” Balas Zarrar.
“Kafe kau dah nak tutup ke?” Soal Zarrar.
“Dah, kau?” Balas Firdaus.
“Dah, tangah kemas-kemas ni..” Jawab Zarrar.
“Haa okaylah. Nanti jumpa kat restoran!” Balas Firdaus.
“Okay!” Balas Zarrar pendek. Zarrar menamatkan panggilan telefonnya dan sambung mengemas. Usai mengemas, Dia terus menutup kedainya dan menuju ke restoran yang dikatakan oleh Firdaus.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...