30

1 1 0
                                    

   Selepas latihan Firdaus dan Eira, kini giliran Zarrar dan Qayla pula berlatih. Mereka semua masih lagi berada di kawasan lapang bersebelahan dengan sungai.

   “Speedy! Libasan akar!” Kata Qayla kepada Speedy.

   “Libasan akar!” Jerit Speedy.

   Speedy menghentak ke bumi. Tanah mula merekah. Akar-akar tebal muncul dari tanah. Speedy mengawal akar-akar itu menggunakan tangannya. Dia melibas akar itu ke tubuh Nekko yang sedang berdiri di hadapan Zarrar.

   “Bakar akar tu!” Arah Zarrar dengan semangat.

   “Bebola api!” Kata Nekko selepas mendengar kata-kata Zarrar.

   Nekko membuka mulutnya. Terserlah taringnya yang tajam. Sebuah bola berapi muncul dari mulut. Dia mengeluarkan bebola itu dari mulutnya. Bola api itu ditujukan ke akar-akar Speedy.

   Akar-akar itu terbakar. Secara tidak sengaja, bebola api itu juga terkena sebuah sarang yang besar.

   “Arghhh!!! Habis rosak sarang Aku!” Satu suara garau mengeluh. Mereka terkejut, mereka menamatkan latihan mereka.

   “S-Siapa tu??” Soal Firdaus yang sedang duduk di atas tikar.

   “Shhh!” Qayla memberi isyarat untuk senyap.

   “Siapa yang berani musnahkan sarang Aku?” Soal suara garau itu.

  Tiba-tiba muncul seekor semut gergasi dari sarang yang sudah hancur itu. Tubuh semut itu berwarna kuning keperangan. Matanya berwarna hitam dan merah.

   “Dia dikawal...” Dengan pantas Eira berkata.

   “Pahlawan lemah...” Kata semut gergasi itu.

   “Enzo, mergastua apa ni?” Soal Zarrar kepada rantai merah miliknya.

   “Sansmut. Mergastua serangga gergasi. Dia boleh mengawal elemen pasir.” Jelas Enzo.

   “Kita tiada pilihan lain selain lawan..” Kata Speedy.

   “Lubang pasir!” Jerit Sansmut. Permukaan tanah mula bergegar. Tiba-tiba, tanah membentuk sebuah lubang yang dalam. Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus dan yang lain di tolak masuk ke dalam lubang itu.

   “Arghhh!” Jerit mereka serentak. Mereka jatuh ke dalam lubang yang dalam itu.

   “Herrlaa! Bebola berapi!” Arah Zarrar kepada burung helang gergasi itu. Herrlaa mengangguk.

   Herrlaa terbang ke langit. Dia membuka sayapnya. Muncul dua bola yang terbakar. Dia menolak bola-bola itu ke Sansmut.

   “Perisai pasir!” Kata Sansmut.

   Pasir-pasir yang ada di sekelilingnya bergerak. Pasir-pasir itu membentuk satu perisai dan melindungi tubuh Sansmut dari terkena serangan Herrlaa. Serangan bebola api Herrlaa terbatas.

   “Erghh! Sayap berapi!” Jerit Herrlaa geram.

   Sayap Herrlaa mula terbakar. Herrlaa terbang dengan laju ke perisai pasir milik Sansmut.

   “Tumbukan pasir!” Jerit Sansmut lagi.

   Pasir-pasir dari perisai itu berubah bentuk menjadi sebuah tangan gergasi. Tangan gergasi itu menumbuk tubuh Herrlaa yang mahu merempuh dirinya.

   “Arghhh!!!” Jerit Herrlaa kesakitan. Herrlaa jatuh ke bumi. Dia tidak boleh bangun buat sementara waktu.

   “Herrlaa!” Jerit Zarrar dengan penuh rasa bimbang.

BeastTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang