Aku bangun dari katil setelah mendengar bunyi jam loceng yang berada di sebelah katil. Hari ini lah harinya. Hari yang aku tunggu-tunggu selama sebelas tahun menuntut ilmu di Jawhara High School. Aku mengambil berus gigi dan ubat gigi. Aku mengosok gigi, mandi, dan memilih baju yang sesuai untuk menduduki peperiksaan nanti. Baju apa yang sesuai? Aku menyoal pada hati.
Aku membuka rak baju dan memilih baju. Pengetua kata baju bebas macam biasa, Aku pakai baggy beige blazer dengan seluar bootcut hitamlah! Pergh! Macam nak masuk office, padahal nak amik exam hahah.
Selepas memakai baju, Aku mengayakan rambutku. Aku mengikat rambut hitam kebiru-biruanku dengan rapi. Aku mengambil roti coklat sebagai sarapan.
“Wahh lawanya anak Ibu!”. Seorang wanita berusia empat dekad memuji anak daranya yang kelihatan amat bergaya. Ini ibu kesayangan Aku! Dia lah yang besarkan Aku dengan adik-beradik Aku yang lain. Namanya Puan Emma, mempunyai tiga orang cahaya mata, dua orang perempuan dan seorang lelaki. Aku anak yang kedua. Yang sulung lelaki, Emir namanya. Yang bongsu pula Eyka.
“Ibu ni! Mana ada. Hehe. Eira nervous ni.”. Aku meluahkan perasaan Aku sambil memeluk ibuku.
“Ibu yakin Eira boleh buat yang terbaik. Lagi pun Eira dah study hard kan? Ibu sentiasa doakan Eira”. Puan Emma membalas.
“Good luck budak busuk!”. Seorang jejaka yang berbadan sasa dan tinggi lampai menyampuk. Eh! Emir!
“Terima kasih abang ku yang kacak”. Aku membalas. Tapi serius abang Aku ni hensem, tapi still single. Hahah!
“Dahlah Ibu, abang, Eira nak gerak dulu ni, Kang lambat pulak”. Aku menyalam, mencium tangan ibuku dan memeluk erat tubuhnya.
“Maafkan Eira kalau Eira selalu susahkan Ibu”. Bisik hatiku.
Aku juga menyalam tangan abang ku yang berurat itu. Aku terus keluar dari pagar rumah dah terus menuju ke stesen kereta api elektrik Kota Jawhara.
Selepas sampai di pagar sekolah, Aku terus berjalan ke arah Zarrar dan Firdaus yang sedang menunggu kehadiran ku. Sorry Zarrar, Fir aku lambat.
“Zarrar! Fir!”. Aku menjerit sehingga kepala mereka berdua tertoleh ke arah ku. Zarrar yang mengayakan kemeja hijau cair terang dan berseluar hitam. Firdaus pula memakai hoodie biru pekat. Kacak!
“Eira! Sampai pun! Cepat dah nak masuk dewan dah ni!”. Fir menjawab.
“Sorry lambat... Train lambat amik Aku tadi”. Aku menerangkan kepada Zarrar dan Firdaus. Nasib dorang ni faham hahaha.
“All the best korang!”. Zarrar mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabatnya. Zarrar kelihatan amat gementar begitu juga semua pelajar gred 11 yang berada di luar dewan.
“Kau jugak! All the best!”. Fir juga memberi ucapan selamat maju jaya kepada Aku dan Zarrar.
“Terima kasih! Good luck tau korang...”. Aku membalas.
Keadaan luar Dewan Kastelia amat sesak dan bising. Tetapi, pengawas peperiksaan mengendalikan mereka dengan tenang.
“Kepada semua pelajar gred 11 yang berada di luar dewan, sila masuk ke dalam dan mengambil angka giliran meja di depan pintu dewan”. Pengawas peperiksaan memberi arahan kepada semua pelajar gred 11.
Kesemua pelajar gred 11 beratur dan mengambil angka giliran meja. Aku beratur dan menunggu sehingga giliran Aku. Selepas beberapa minit menunggu, Aku mengambil angka giliran meja.
“Nama panjang?”. Pengawas peperiksaan melontarkan soalan.
“Eira Anayra Binti Imran..”. Aku menyebut nama panjang Aku.
“Angka giliran meja kamu nombor 78..”. Pengawas peperiksaan memberi angka giliran dan Aku terus menuju ke meja 78.
Selepas kesemua pelajar mendapat angka giliran, Pengawas peperiksaan masuk ke dalam dewan. Ada lagi 10 minit sebelum peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 bermula. Ya Allah.. macam ni ke rasa nervous nak amik final year exam..
Semua pelajar sedang berdoa agar mereka dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Kesemua pelajar kelihatan sangat-sangat gementar
“Baiklah.. kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 akan di edarkan sebentar lagi... Jangan buka kertas sehingga saya membenarkan...”. Pengawas peperiksaan memberi arahan.
Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 sudah berada di atas meja Aku. Uishh nervous gilaa! Macam manalah soalannya.
“Sila buka kertas soalan kamu, pastikan setiap helaian bercetak, mempunyai 10 muka surat. Sila isi jawapan objektif di dalam tablet yang disediakan di tepi meja kamu semua”. Pengawas peperiksaan memberi arahan. Aku menyelak satu demi satu muka surat kertas soalan itu.
“Masa diberi 1 jam 30 minit. Dengan lafaz Bismillah, Aku semua boleh mula menjawab sekarang..”. Pengawas peperiksaan meletakan mikrofonnya. Aku pula dengan pantas menulis nama dan angka giliran meja di kertas soalan.
“Bismillahirrahmanirrahim..”. Aku menyelak kertas soalan itu.
“Bahagian A, soalan objektif, bulatkan jawapan yang betul..”. Aku membaca soalan di dalam hati. Aku menjawab soalan dengan tekun dan menggunakan segala apa yang telah Aku belajar dari gred 1 hingga gred 11. Habis 20 minit pertama untuk 20 soalan objektif. Dengan pantas Aku memindahkan jawapan objektif ke dalam tablet yang disediakan.
“Bahagian B, Baca petikan di atas dengan teliti dan jawab soalan berikut...”. Aku membaca soalan. Habis 30 minit untuk 25 soalan subjektif.
“Bahagian C, Sila berikan maklumat tentang perwatakan, jalan cerita, pengajaran daripada novel yang anda telah kaji..”. Uishh risau betul Aku dengan soalan kajian novel ni. Alhamdulilah... Aku dapat jawab dengan baik, Aku harap jawapan Aku betul. Habis 20 minit untuk menjawab soalan ini.
“Bahagian D, peta minda di bawah menujukan gaya-gaya hidup sihat. Tulis sebuah ulasan tentang gaya hidup sihat dalam 50-80 patah perkataan...”. Ulasan ni kacang je! Habis 20 minit Aku menulis ulasan. Cukup-cukup masa yang Aku perlukan.
“Fuhh! Siap pun”. Aku berbisik dengan perlahan. Aik? Semua orang dah siap? Awalnya? Maybe sebab senang kot.
“Masa menjawab telah tamat. Sila semak buat kali terakhir dan meletakan kertas kamu di sebelah kanan meja..”. Pengawas peperiksaan memberi arahan. Ayoo! Pengawas peperiksaan ni garang wei! Sikit-sikit nak marah, budak mintak pergi tandas pun nak emo. Geram je Aku.
Pengawas peperiksaan mula mengutip kertas soalan. Setelah kertas soalan Aku di kutip, Aku menoleh kepala Aku ke tepi dan melihat Zarrar dan Firdaus. Aku memberi senyuman kepada mereka. Mereka membalas dengan senyuman yang amat manis. Alololo.. kacaknya.. untung siapa dapat korang berdua ni. Dahlah baik, hensem, caring, apa lagi kau nak?
“Kamu semua boleh keluar dari Dewan Dan pulang ke rumah, jumpa esok untuk kertas Bahasa Melayu Kertas 2...”. Semua pelajar keluar dengan teratur dan pulang kerumah.
Aku terus berjumpa dengan Zarrar dan Firdaus selepas keluar dari Dewan Kastelia. Aku menegur mereka dengan perasaan gembira.
“Weh! Nasib senang do soalan BM kertas 1 tadi!”. Aku menepuk belakang badan Zarrar dan Firdaus. Mereka tersenyum.
“Ye do! Lagi-lagi ulasan. Perghh! Senang gila!”. Firdaus menjawab.
“Yess! Kertas 2 esok! Nervous!”. Zarrar pula menjawab. Kami bergerak ke stesen kereta api elektrik untuk pulang ke rumah. Kami bertiga hanya berbual tentang peperiksaan tadi sambil menunggu kereta api elektrik sampai.
Nilakandi here!
Baru first paper dah rasa merdeka erk diorang Hahaha!
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...