Herrlaa membawa Aku, Zarrar, Firdaus dan Qayla ke Puak Langit. Kami berempat sudah selesa dengan Herrlaa, tiada apa pun yang nak di takutkan apabila melihat mukanya yang garang itu. Kami mula menjadi kawan.
“Jauh lagi ke?” Zarrar melontarkan soalan kepada Herrlaa.
“Dalam satu jam lagi sampai.” Jawab burung helang gergasi itu.
“Besar bentuk kawasan puak langit?” Soal Firdaus pula.
“Puak Langit berada di atas gunung pencakar langit. Aku menetas di situ, Aku pernah terserampak dengan pasangan Mergastua kau, Eira.” Jawab Herrlaa.
“Bagaimana bentuk Dia? Dia burung ke Mergastua lain?” Soal Aku.
“Aku taktahu. Sebab masa tu Dia belum menetas, Dia masih di dalam telur.” Jawab Herrlaa.
”Kalau telur, ada kemungkinan Dia seekor burung atau naga.” Kata Aku.
“Tak. Kesemua Mergastua yang berada di dimensi ini menetas dari telur.” Jelas Herrlaa.
“Walaupun singa?” Soal Zarrar.
“Yaa.” Jawab Herrlaa.
Selepas satu jam, mereka berlima sampai ke sebuah gunung pencakar langit. Gunung dimana berkumpulnya mergastua puak langit. Aku, Zarrar, Firdaus dan Qayla turun dari tubuh burung helang gergasi itu. Seekor naga menolehkan pandangannya kearah kami, matanya terbeliak.
“Pahlawan Buana Mergastua??!!” Soal naga itu.
“Uhmp Yaa. Merekalah pahlawan Buana Mergastua yang kita tunggu.” Jawab Herrlaa.
“Kau Herrlaa? Wehh! Dah lama tak jumpa!” Kata naga itu sambil memeluk erat tubuh Herrlaa.
“Derra? Kan? Dah lain lah kau sekarang, tak perasan. Maaf.” Jawab Herrlaa kepada Derra.
“Kami datang kesini untuk mencari pasangan Mergastua kami.” Aku berterus terang.
Derra melihat rantai yang dipakai oleh Eira. Dia melihat rantai yang berwarna putih dan usang itu. Sekali lagi Dia matanya terbeliak.
“Okay. Ma.. Mari ikut Aku....” Ajak Derra dengan gagap. Kami berlima ikut jejak naga itu.
Derra membawa kami berlima melawat bandar puak langit. Aku melihat kesekeliling bandar puak langit, nampak usang dan antik. Kami dibawa ke sebuah bangunan besar berbentuk bulat. Kami dibawa ke hadapan pintu gerbang, Derra mencari kunci dan membuka pintu gerbang itu. Pintu gerbang terbuka, cahaya muncul dan cahaya itu menyinari mataku. Kami berlima bersama Derra masuk ke dalam kawasan lapang itu.
Aku memandang struktur kawasan itu, amat cantik, kawasannya lapang, bahagian atas ditutupi dengan kaca. Kepala Aku menoleh kearah sebiji telur yang dijaga dengan rapi dan diletakkan di atas bantal yang empuk. Pada sebelah kanan telur itu berada, terdapat sebilah pedang dan sarungnya, pedangnya nampak usang sama seperti rantai yang Aku pakai. Secara tiba-tiba.Krack Krack Krack..
Kulit telur itu meretak, cahaya putih terpancar dari dalam telur itu dan telur menetas. Seekor burung kecil menetas dari telur itu, bulunya berwarna putih.
“Pergi Eira...” Kata Herrlaa. Zarrar, Firdaus, Qayla dan Derra hanya berdiri di sebelah pintu gerbang.
Aku menganggukan kepala. Aku mendekatkan diriku dengan burung kecil itu, Aku perlahan-lahan menyentuh bulunya dan mengusap. Matanya perlahan-lahan dibuka, Dia memandang kearah Aku. Mata kami bertentangan, senyuman terukir di muka burung kecil itu.
“Eiraaa!!” Jerit burung kecil itu. Dia kenal Aku? Dia terbang ke tanganku, Dia masih kekok untuk terbang. Jadi Aku menangkatnya menggunakan tangan kanan Aku.
“Ka..Kau kenal Aku?” Soal Aku kepada burung kecil yang sedang berdiri di atas tampak tanganku. Perasaan Aku? Mestilah takut, walaupun saiz Dia lagi kecil nak di bandingkan dengan Herrlaa.
“Mestilah. Dah lama Aku tunggu Kau..” Jawab burung kecil itu.
“Serius? Siapa nama kau wahai burung kecil yang comel?” Soal Aku. Aku mula selesa dengan burung kecil itu.
“Nama Aku Dovea. Pasangan Mergastua kau.” Burung kecil itu menghulurkan sayap kecilnya. Aku menyambut dengan tangan Aku. Hahaha Comel.
Rantai yang diberi oleh Sang Aura merekah. Aik? Kenapa pulak ni? Aku menyentuh rantai itu. Secara tiba-tiba, rantai itu bertukar daripada bentuk usang menjadi bentuk yang baru.
Pedang yang berada bersebelahan dengan Dovea juga berubah bentuk menjadi pedang baru. Aku mengapai pedang itu, pedang dan rantai itu mengeluarkan satu cahaya putih yang amat terang, cahaya itu menutupi suluruh tubuh badanku. Mata Zarrar, Qayla, Firdaus, Herrlaa dan Derra terbeliak. Sebuah baju perisai muncul dan dipakaikan ke tubuhku. Bajunya mempunyai tempat letak pedang di sebelah pinggang, bajunya bermaterial besi dan terdapat juga kain berwarna hitam menutupi bahagian kakiku.“Ringannya baju ni? Besi kot?...” Bisik Aku dalam hati.
Aku membuka ikatan rambut hitam kebiru-biruanku dan mengemaskannya. Aku memakaikan sarung kepada pedang itu dan meletakan di pinggangku. Aku membawa Dovea bersamaku. Tiba-tiba...
BOOMMM!
Sebuah letupan kedengaran dari kawasan luar. Kami berenam keluar dari pintu gerbang untuk melihat apa yang telah berlaku.
“Apa pulak ni??” Kata Derra. Aku dan Dovea hanya memandang satu sama lain.
Dengan pantas kami berenam menuju ke tempat dimana bunyi itu muncul. Kami tiba di bandar puak langit. Seekor kumbang gergasi sedang mengganas, kulitnya berwarna kuning, kukunya agak tajam.
“It.. Itu Bettel..” Kata Dovea.
“Puak bumi... Ini kali keempat mereka serang puak langit.” Jelas Derra. Derra mengenggamkan tangannya dengan kuat. Dia terbang ke langit.
Cahaya muncul menutupi seluruh tubuh badan Derra. Bentuk cahaya itu berubah menjadi lebih besar, cahaya itu hilang. Derra berubah menjadi seekor naga bersisik perang yang besar.“Aku Derrtia!!” Jerit naga bersisik perang itu.
“A.. Apa yang telah berlaku?”. Tanya Aku kepada Herrlaa.
“Derra berevolusi menjadi Derrtia. Ini dinamakan sebagai evolusi mergastua.” Terang Herrlaa kepada Eira.
“Ada berapa tahap yang Mergastua boleh berevolusi?” Soal Aku lagi.
“3.. Tetapi, jikalau Mergastua itu mempunyai kuasa yang melampaui batas, mereka akan berevolusi ke tahap yang lebih kuat.” Jelas Herrlaa lagi.
Derrtia terbang ke arah Bettel.
“Rasakan ni.... Tumbukan batu!” Kata Derrtia. Dia menggenggam tangannya, batu-batu berkumpul di genggaman itu, tangannya menuju ke muka Bettel.
“Panahan kilat!” Jerit Bettel. Langit menjadi mendung, panahan kilat menuju ke arah Derrtia. Derrtia menujukan tumbukan batunya kepada panahan kilat itu. Kesemua Mergastua yang berada di bandar puak langit itu berlari mencari tempat yang selamat.
BOOM!!!!
Panahan kilat mematahkan serangan Derrtia. Derrtia bangun. Dia menumbuk permukaan tanah dengan kuat, muncul sebuah gumpulan batu berbentuk tangan gergasi. Tangan batu gergasi itu menggenggam sayap Bettel, Bettel jatuh ke bumi.
“Semburan berapi!” Derrtia melancarkan serangan terkuatnya kepada Bettel. Dia menyembur menggunakan mulut naganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/324281990-288-k736153.jpg)
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...