Langit mula mendung, angin bertiup dengan kencang. Aku, Zarrar, Eira dan Qayla memanjat batu yang tinggi dan curam di pertengahan Gunung Ancala.
“Pengang kuat-kuatt!” Kata Firdaus. Aku berjaya panjat tetapi mereka bertiga masih berada di bawah. Zarrar hampir sampai, Aku menghulurkan tangan untuk membantu. Dia sampai ke atas bersama Aku. Eira dan Qayla masih di bawah.
“Pegang tali tu kuat-kuat. Pastu cuba panjat, kitorang tolong.” Kata Zarrar.
“Tak bolehlahhh...” Rungut Qayla.
“Kau boleh.. percayalah cakap Aku.” Kata Zarrar kepada Qayla. Pipi Qayla mengukir senyuman. Eira memanjat dengan pantas dan diikuti dengan Qayla. Aku dan Zarrar menghulurkan tangan kepada mereka berdua. Tangan Aku disambut oleh Eira, Aku menarik dengan kuat. Tangan Zarrar pula disambut oleh Qayla. Zarrar menarik tangan Qayla dengan kuat.
Selepas Kami berempat berjaya memanjat batu yang tinggi dan curam itu, hujan mula turun dan membasahi bumi. Angin bertiup dengan kencang sehinggakan pokok-pokok berdekatan bergoyang dengan kuat. Aku sudah tidak tahu mahu buat apa...
Aku menoleh ke kanan, ada sebuah gua. Rehat dululah kat dalam gua ni kata Aku di dalam hati.
“Weh tengok tu. Ada gua, jom masuk dalam tu sebelum tunggu hujan reda”. Kata Firdaus dengan kuat.
“Jomm!” Kata Zarrar, Qayla dan Eira dengan serentak. Kami berempat masuk ke dalam gua tersebut. Qayla membuka lampu suluh untuk menyuluh ke dalam gua. Qayla menyuluh ke arah dalam, guanya kecil sahaja tetapi yang mengejutkan terdapat sebuah bongkah kristal berwarna perang yang mengilat. Kami berempat terpeguh melihat kecantikan kristal itu.
Zarrar cuba menghidupkan api. Kami duduk di tepi pintu gua itu. Aku menyuluh ke dinding gua, terdapat lukisan dan tulisan yang sukar di fahami.
“Weh korang. Cuba tengok ni.”. Kata Firdaus.
“Apa maksudnya?” Soal Qayla.
“Cuba korang tengok lukisan, Ada empat orang kat sini lepas tu ada empat ekor haiwan? What??”. Kata Eira.
“Bu.. Bua... Buana.... Mer...Mergastua. amenda tu?”. Soal Zarrar. Zarrar menyentuh tulisan “Buana Mergastua” itu dan tulisan itu mengeluarkan cahaya berwarna perang sama seperti kristal itu.
“Apa kau buat Zarrar?”. Soal Firdaus.
“Aku tak tahu...” Kata Zarrar. Guruh menyambar dengan kuat. Kristal perang itu bercahaya dengan terang. Cahaya itu menyinari pandang Aku, Zarrar, Eira dan Qayla.
Cahaya itu berhenti. Kami merasakan sesuatu yang tidak kena. Hujan lebat, angin kencang berhenti dengan serta merta dan langit kembali cerah. Kami keluar dari gua.....Kawasan bandar bertukar menjadi hutan yang Indah, dipenuhi dengan pelbagai jenis haiwan. Aku memandang ke arah langit....
AUUUURGHHH!
Tiba-tiba. Seekor burung helang gergasi mencengkam Aku, Zarrar, Eira dan Qayla.
“AAAAAAAAAA!!!!!” Jerit Qayla dan Eira dengan kuat. Perasaan Aku? Cuaklah gilaaa!!!
“Selamat datang anak muda.” Suara yang garau kedengaran. Aikk? Siapa tu?
“Suara siapa pulak tu?” Soal Eira sambil kegigilan.
“Akulah yang tengah bawa korang terbang.” Jawab burung helang gergasi itu. Kami mendongakan kepala ke atas.
“AAAAAAAAAAA!!!!!”. Lebih kuat Qayla menjerit.
“Siapa kau?” Soal Zarrar.
“Nama Aku Herrlaa.” Jawab burung helang gergasi yang mencengkam mereka berempat itu.
“Kitorang kat mana sebenarnya ni? Kenapa Pekan Ancala jadi hutan tiba-tiba?” Soal Firdaus. Cuaklah gilaaa!
“Pekan Ancala? Ouh, Sekarang Aku faham. Selamat datang ke Buana Mergastua.” Kata Herrlaa.
“Buana Mergastua?” Aku, Zarrar, Eira dan Qayla memandang satu sama lain dengan muka terkejut.
“Dimensi dimana kesemua hidupan mempunyai kemampuan untuk mengawal kuasa.” Terang Herrlaa.
“KITORANG DEKAT DIMENSI LAINN!!????”. Jerit Aku, Zarrar, Eira dan Qayla dengan serentak.
“Hei, Hei dengar ni. Memang susah nak percaya, tapi inilah hakikatnya.” Kata Herrlaa.
Tiba-tiba. Seekor burung gagak mengibas sayapnya dengan kuat. Muncul sebuah pusaran taufan. Burung gagak itu menolak taufan itu kearah Herrlaa.
“Pegang kuat-kuatt!!” Pesan Herrlaa.
Herrlaa membalas serangan itu dengan libasan ekornya. Dia menghayun ekornya ke arah burung gagak itu, api yang membara muncul di hujung ekornya. Dengan kuat Dia melibas ekornya kearah burung gagak itu.
KABOOOMMMM!!!
Burung gagak itu masih bergerak walaupun sudah dilibas dengan ekor Herrlaa. Dia mencengkam tanah dengan kuat, keluar batu-batu berapi dari bawah tanah. Dia melemparkan batu-batu kecil itu ke Herrlaa.
Dengan pantas Herrlaa mengelak. Dia mendarat ke bumi untuk menurunkan empat orang remaja itu. Dia kembali ke udara, Dia menggenggam kakinya dan mengeluarkan sebuah tali berapi. Dia melibaskan tali tersebut ke burung gagak itu. Tali itu mengikat sayap burung gagak itu dan Dia terjatuh ke bumi.“Apa kau nak lagi Garbua??” Soal Herrlaa dengan tegas. Suaranya bergema membuatkan kesemua haiwan-haiwan yang berada di kawasan itu lari ketakutan.
“Aaa.. Aku...” Tidak sempat Garbua mahu berkata-kata, Herrlaa melempar Dia ke arah hutan tebal.
“Ses.. Siapa tu?” Soal Qayla dengan perasaan yang bercampur baur. Herrlaa menoleh ke arah Qayla.
“Musuh ketat Aku.” Jawab burung helang gergasi itu dengan pendek. Firdaus, Zarrar, Qayla dan Eira masih terkejut menyaksikan perlawanan antara Herrlaa dan Garbua tadi.“Sudah, mari ikut Aku ke istana Sang Aura. Sudah lama dia tunggu ketibaan kamu berempat.” Kata Herrlaa lagi. Dengan pantas Dia mengangkat kami berempat dan mengibas sayapnya.
“Siapa Sang Aura? Kenapa kitorang kena jumpa dengan Dia?” Tanya Zarrar.
“Dah lama Dia tunggu kitorang? Aikk? Kitorang sesat kot kat sini.” Kata Eira.
“Sang Aura akan ceritakan apabila kita sudah sampai.” Kata Herrlaa lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/324281990-288-k736153.jpg)
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...