Aku, Qayla, Eira, Zarrar, Firdaus, Dovea, Kidden, Bea, Herrlaa dan Ramara selamat sampai ke lokasi yang dituju iaitu Hutan Tebal Heejawa.
Herrlaa mendarat di kawasan yang berpokok. Mereka semua turun dari baju perisai Herrlaa.
“Akhirnyaaa.. sampai jugakk...” Kata Kidden sambil menyelesakan tubuhnya.
“Jadi... Kita nak pergi mana??” Soal Kidden kepada Zarrar.
“Kita perlu hantar Ramara ke rumah Dia..” Jawab Zarrar.
“Tidak mengapa.. Aku boleh pulang sendiri.” Kata Ramara yang masih lagi cedera.
“Kitorang hantar kau.. lagi pun sebab kitoranglah kau jadi macam ni..” Kata Dovea.
“Betul tu...” Eira bersetuju dengan pasangan Mergastuanya itu.
“Hurmm... Baiklah..” Ramara bersetuju.
“Jadi... Rumah kau kat mana?” Soal Bea.
“Tidak jauh dari sini. Kita hampir dekat.” Kata Ramara.
Kami meneruskan perjalanan sehinggalah...
Kami tiba di kampung Ramara tapi...
Kampung itu kosong, tidak berpenghuni. Keadaannya juga tunggang langgang. Seperti di serang oleh sesuatu. Ramara yang berdiri di sebelah Qayla itu terkejut.
“A-Apa dah... j-jadi?” Soal Zarrar.
“Aku tak tahu...” Jawab Ramara yang masih lagi terkejut.
“Ramara...” Seekor Mergastua ulat kecil menegur Ramara. Dia kelihatan sakit.
“Kenapa ni Belrama????” Soal Ramara dengan rasa ingin tahu yang tinggi.
“Kampung kita di serang oleh Tentera Kupuhaba.” Jelas ulat kecil itu.
“K-Kupuhaba? Apa yang dorang nak?” Soal Ramara lagi.
“Belrama?Kupuhaba?” Soal Firdaus kepada Jax.
“Belrama. Mergastua ulat beluncas. Dia boleh mengawal elemen ais. Dia adalah tahap pertama dari evolusi Ramara. Kupuhaba pula ialah Mergastua kupu-kupu. Dia boleh mengawal elemen api.” Jawab rantai biru milik Firdaus itu.
“Jadi kat mana Ramara dan Belrama yang lain??” Soal Ramara.
“Kebanyakkan Ramara dewasa sudah terkorban. Belrama yang lain pula menyembunyikan diri.” Jawab Belrama.
“Apa... Termasuk keluarga Aku?....” Soal Ramara dengan sayu.
“Ya... Aku mintak maaf. Aku tak mampu nak bantu Ramara yang lain.” Belrama memohon maaf.
Ramara melutut ke bumi. Air matanya keguguran sedikit demi sedikit. Dia menangis kesedihan. Dia memandang ke arah kampung yang hancur itu. Dia ternampak seekor rama-rama tua sudah terbaring. Dia lari ke arahnya.
“Mak!!!” Jerit Ramara.
“Mak... Maafkan Ramara Mak. Kenapa Mak pergi dulu? Patutnya Saya yang mati dulu sebelum Mak... Kalau Ramara tak lari tadi, mesti tak jadi macam ni...” Kata Ramara dengan rama-rama tua yang sudah mati itu.
Air mata Ramara jatuh sedikit demi sedikit. Dia memeluk erat tubuh ibunya itu. Air matanya tidak berhenti keluar. Dia amat sedih.
“Korang ni Pahlawan Buana Mergastua bukan?” Soal Belrama.
“Ya...” Jawab Zarrar.
“Bagaimana kamu boleh berjumpa dengan Ramara?” Belrama melontarkan soalan kepada kami.
“Begini ceritanya... ” Eira mencerita keseluruhnya apa yang telah berlaku kepada mereka dan Ramara.
“Mata hitam merah? Sama warna seperti tentera-tentera Kupuhaba. Jadinyaa...” Kata Belrama.
“Tentera-tentera itu pun kena kawal dengan Lynxia!!” Jerit Kami serentak.
Kami semua berlari ke arah Ramara yang masih lagi menangis.
“Makk... ” Ramara bersuara.
Tiba-tiba...
Muncul bayang-bayang seekor kupu-kupu gergasi di hadapan Kami. Kami menumpukan mata kepadanya. Kupu-kupu gergasi itu juga menumpukan penglihatannya kepada kami. Sayapnya berwarna merah dan putih, saiz tubuhnya sama seperti Ramara.
“Ku-Kupuhaba.” Kata Belrama.
“Mana tentera dia?” Soal Qayla.
“Kenapa kau tanya fasal tenteraku? Kau nak terima nasib yang sama seperti kampung Ramara?” Soal Kupuhaba.
“Apa yang kau mahukan lagi Lynxia?” Soal Zarrar dengan tegas.
“Apa yang Aku mahukan? Aku mahukan kesemua Mergastua yang berada di Buana ni berpecah belah. Tidak akan bersatu semula.” Kata Lynxia yang mengawal Kupubaha itu.
“Kau dah melampau Lynxia..” Kata Ramara. Ramara bangun dari jatuhnya, Dia mengelap air mata yang keluar. Dia memberanikan diri walaupun Dia sudah kehilangan semangat selepas mengetahui ibunya sudah tiada.
“Heh... Mergastua lemah..” Kata Kupuhaba.
Ramara cuba terbang ke arah Kupuhaba tetapi sayapnya masih cedera. Dia membuat keputusan untuk menyerang dari jarak jauh.
Ramara membuka sayapnya. Muncul sebuah pusaran angin.
“Beliung pembeku!!” Jerit Ramara.
Puting beliung memutar dengan sangat kuat. Kesemua bahan yang berada di sekeliling kampung itu berterbangan. Begitu juga Ramara, Dia dapat menerbangkan dirinya menggunakan puting beliung itu.
“Boleh tahan..” Kata Kupuhaba dengan sinis.
“Tiupan bara.” Kupuhaba meniup sedikit kepada puting beliung itu. Beliung itu berubah menjadi puting beliung berapi.
Ramara yang berada di dalam puting beliung itu terkejut. Sayapnya menjadi lebih teruk apabila terkena api itu. Dia jatuh ke bumi. Puting beliung yang dasyat itu tamat.
“Kau memang melampau! Tokky! tendangan tanah!!” Jerit Qayla.
“Baik.”
Aku melompat ke arah Kupuhaba. Aku menghentak tanah dengan kuat. Aku menendang sayap Kupuhaba dengan kuat.
TUSHH..TUSHH..
Tendangan itu bertukar menjadi lebih laju. Kupuhaba mencuba sedaya upaya untuk menghalang serangan itu. Tetapi tendangan itu sangat kuat. Kupuhaba jatuh ke bumi.
“Tumbukan tanah!!” Jerit Qayla.
Aku menumbuk bumi. Tanah mencengkam tanganku. Tanganku ditutupi oleh sebuah sarung tangan batu.
“Tumbukan batu!!” Aku menumbuk Kupuhaba dengan kuat.
“Serangan baru... ” Kata Qayla.
“Laser mambara!!” Jerit Kupuhaba.
Sayapnya melancarkan sebuah tembakan berapi ke arahku. Aku terbang ke langit akibat serangan itu. Serangan itu tamat. Tiba-tiba...
Cahaya perang menutupi tubuhku. Badanku berubah daripada menyiarap kepada berdiri. Saiz tubuhku juga lebih besar tetapi tidak sama besar seperti Kupuhaba. Warna buluku juga berubah dari warna perang ke warna kelabu.
“Tokky berevolusi?” Soal Qayla.
“Aku Speedy!!” Jeritku.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...