Aku, Tokky, Eira, Dovea, Zarrar, Kidden dan Herrlaa berehat di persisiran pantai sementara menunggu Firdaus. Aku berbual bersama Tokky. Aku masih tidak mengenalinya dengan lebih dalam lagi.
“Tokky. Kau jantan ke betina?” Aku melontarkan soalan kepada arnab berbulu perang itu.
“Kau tak tahu lagi ke Qayla?” Soal Tokky pula. Aku menggelengkan kepala.
“Aku jantan.” Jawab Tokky.
“Ouh.” Jawab Aku pendek. Aku masih belum selesa dengan Tokky.
“It’s okay Qayla. Kau anggap je Dia macam pet Kau, cuma Dia boleh bercakap je.” Kata Aku dalam hati. Aku memeluk arnab itu, Tokky pula membalas pelukanku.
“Comel juga kau ni Tokky.” Pujiku.
“Dah lama tahu Hahaha.” Tawa Tokky dengan gembira.
“Dah lama tahu? Bukan ke kau baru je menetas tadi? Hahaha.” Balasku.
“Hmm. Betul jugak Hahaha.” Kami berdua tertawa bersama-sama.
Dalam ketenangan berehat di tepi pantai, menikmati keindahan Buana Mergastua. Tiba-tiba...
DOOMPHH!
Panahan petir kedengaran. Langit berubah mendung, cuaca yang baik bertukar menjadi amat suram. Aku dan Tokky bangun dari kedudukan kami, begitu juga mereka yang lain.
“Petir? Bukan tadi terang menderang jeke?” Soal Eira.
“Itu bukan petir biasa, itu mungkin..” Tidak sempat Herrlaa menyambung ayatnya, bunyi petir itu menyambar lagi.
Seiring dengan bunyi petir itu, muncul seekor naga dari langit. Bentuk tubuh badannya agak besar dan sisiknya berwarna hijau cair.
“Itu... Itu Nagareen.” Kata seekor Mergastua yang berada berhampiran dengan kami.
“Nagareen?” Soalku kepada rantai.
“Nagareen. Seekor naga bersisik hijau cair. Dia boleh mengawal elemen angin.” Jawab rantaiku.
“Nagareen?? Apa kau buat disini.” Kata Herrlaa sambil terbang ke arah naga itu.
“Serahkan puak laut kepadaku sekarang!!!” Jawab Nagareen.
“Puak laut? Kenapa dengan puak ni? Apa yang kau mahukan dengan puak ni?” Soal Herrlaa bertubi-tubi.
“Aku kata serahkan. Serahkan sahajalah!!” Jerit Nagareen. Biji matanya yang berwarna merah hitam kelihatan amat marah.
“Jangan harap. Semburan api!!” Herrlaa membuka paruhnya dan menyembur api kepada Nagareen. Api yang banyak dan membara itu menuju ke mukanya.
Nagareen tetap tenang dan membuka mulutnya. Dia menyedut semburan api Herrlaa.
“Ambil balik.” Kata Nagareen. Dia menyembur kembali api itu kepada Herrlaa, tetapi apinya bertukar menjadi api berwarna hijau. Semburan itu tepat terkena muka Herrlaa, Dia jatuh ke bumi akibat serangannya sendiri.
“Herrlaa!!” Zarrar jerit dengan kuat. Dia mahu ke arah Herrlaa tetapi dihalang oleh Kidden.
“Jangan. Nagareen berbahaya. Herrlaa pun tak mampu menang apa lagi Kau?” Kata Kidden kepada Zarrar.
“Tapi... Kita mesti cuba...” Kata Zarrar lagi.
“Baiklah.” Jawab Kidden.
Nagareen turun ke bumi untuk melihat kawasan puak laut. Dia menolehkan pandangannya kearah kami.
“Kidden! Cakaran bara!!” Kata Zarrar.
Kidden mendekati Nagareen. Kukunya yang tajam mengeluarkan api membara. Dia mencakar muka Nagareen. Nagareen jatuh ke bumi.
“Dovea! Bebola angin!!” Kata Eira.
Dovea terbang ke langit, sayapnya mengeluarkan sebuah bola angin. Dia menolak bola itu ke Nagareen. Tubuh badan Nagareen berputar akibat terkena serangan Dovea.
“Tokky! Tendangan tanah!!” Kataku.
Tokky melompat ke langit, kakinya membentuk sebuah batu. Dia menedang bahagian badan Nagareen. Nagareen sekali lagi jatuh ke bumi akibat serangan itu. Dia bangun dengan gagah semula.
“Itu sahaja? Kau fikir serangan Mergastua tahap satu mampu mengalahkanku? Silap besar kalau kau fikir begitu.” Kata Nagareen dengan riak.
“Belum tamat Nagareen.” Herrlaa bangun dari jatuhnya. Dia membuka sayapnya. Api membara membakar sayap besarnya. Dia terbang ke arah Nagareen.
“Sayap berapi!!!” Jerit Herrlaa. Sayapnya menumbuk-numbuk muka Nagareen berkali-kali. Nagareen kelihatan sakit akibat serangan itu.
Nagareen membalas serangan itu dengan melibas sayap naganya ke muka Herrlaa. Herrlaa terpelanting. Nagareen terbang mendekati Herrlaa. Dengan pantas Herrlaa menendang Nagareen.
“Arghhhhh” Jerit Nagareen apabila ditendang oleh Herrlaa. Herrlaa sekali lagi terbang ke langit, sayapnya mengeluarkan sebuah bola api yang membara.
“Bebola api!!” Kata Herrlaa. Bertubi-tubi bebola api menyerang tubuh Nagareen. Nagareen sekali lagi jatuh ke bumi.
Nagareen bangun, terbang ke arah Herrlaa dan menepis serangan Herrlaa. Dia mencengkam sayap besar milik Herrlaa. Nagareen menghempas tubuh Herrlaa dengan kuat.
“Ombak lautan!” Jerit seekor memerang berbulu kelabu. Ombak itu menyelamatkan tubuh Herrlaa dari dihempas jatuh ke bumi.
“Korang okay takk?” Firdaus lari ke arah kami bersama memerang berbulu kelabu.
“Okayy. Herrlaa yang tak okay...” Jawab Eira.
“Nama Aku Bea. Mari kita bantu Herrlaa!” Memerang berbulu kelabu itu memperkenalkan dirinya secara ringkas dan pantas.
“Baik!!” Kata Kami dengan serentak.
Kami lari ke arah Herrlaa.
“Dovea! Bebola angin!!!” Kata Eira.
“Tokky! Tendangan tanah!!!” Kataku.
“Kidden! Cakaran bara!!!” Kata Zarrar pula.
“Bea!! Letusan air!!!” Kata Firdaus.
Aku, Eira, Fir dan Zarrar membantu Herrlaa dan membawanya ke tempat yang lebih selamat. Purra dan Navua juga membantu Kidden, Dovea, Bea dan Tokky dalam perlawanan mengalahkan Nagareen.
“Cengkaman tanah!!” Jerit Navua. Tanah mencengkam kaki Nagareen.
”Bea, Kita gabung tenaga...” Kata Purra.
“Baikk.” Jawab Bea.
“Tembakan ombakk!!!!” Jerit Purra.
“Letusan air!!!!” Jerit Bea pula. Kedua-dua serangan itu bergabung menjadi satu. Tembakan itu menembak ke tubuh badan Nagareen.
Dovea sekali lagi menyerang dengan serangan bola angin, Kidden pula menyerang dengan serangan cakaran bara dan Tokky menendang Nagareen dengan tendangan tanah. Nagareen pengsan dan terbaring di atas bumi.Dovea, Kidden, Bea, Tokky, Purra dan Navua menuju ke arah kami. Mereka kelihatan sangat penat, Herrlaa pula cedera teruk, jadi kami membuat keputusan untuk bermalam di pulau puak laut.
![](https://img.wattpad.com/cover/324281990-288-k736153.jpg)
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...