Keesokan harinya. Hari dimana Zarrar, Qayla, Nekko, Speedy, Herrlaa, Garlilintar, Ramara, Serrpy dan Garganbuhan meneruskan perjuangan mereka menentang Lynxia di puak bumi. Mereka telah tiba di kawasan Puak Bumi.
“A-Apa dah jadi..” Qayla terkejut melihat tembok batu gergasi yang berfungsi sebagai pertahanan puak bumi telah pun hancur.
Mereka semua melirikkan mata kearah dua ekor naga gergasi. Seekor naga gergasi bersisik perang tua, seekor lagi bersisik merah tua. Kedua-dua ekor naga itu telah pun terkorban akibat diserang oleh mergastua yang dikawal Lynxia.
“Sang Batua!!” Jerit Garganbuhan dengan nada sedih. Garganbuhan berlari menuju ke naga-naga itu.
“S-Sang Bara...” Serrpy mengalirkan air matanya.
Zarrar dan Qayla juga berasa sedih. Walaupun mereka tidak pernah mengenali Sang Batua dan Sang Bara, tetapi mereka tahu bahawa kedua-dua ketua puak ini adalah ketua yang penting bagi puak bumi. Jika mereka berdua sudah tiada, tiada lagilah harapan untuk Zarrar, Qayla dan yang lain untuk menang.
Tiba-tiba..
“Tiada gunanya kau nangis.. bazir air mata je..” Suara lunak Lynxia kedengaran. Suara itu datang dari seekor singa.
Seekor singa berbulu jingga muda. Dia berjalan menuju ke arah Zarrar dan Qayla. Matanya berwarna merah dan hitam bermakna dia telah dikawal oleh Lynxia.
“Sijingga..” Bisik Garganbuhan.
“Max, dapatkan maklumat tentang mergastua ni..” Kata Qayla kepada rantai perang miliknya.
“Sijingga. Mergastua raja rimba. Dia boleh mengawal elemen elektrik dan kayu.” Jelas Max. Qayla mengangguk tanda terima kasih.
“Kenapa kau sanggup korbankan Sang Batua dan Sang Bara??” Soal Zarrar dengan sifat ingin tahu.
“Aku korbankan mereka supaya lebih senang untuk Aku tewaskan kau, kawan-kawan kau dan Aura..” Jawab suara lunak Lynxia yang keluar dari mulut Sijingga.
Zarrar, Qayla dan yang lain terdiam.
“Untuk pengetahuan kau.. Sang Bayu dan Sang Gelora juga telah terkorban sama seperti mereka.. peluang untuk kau menang sangat tipis...” Kata suara lunak Lynxia lagi.
“Kau dah melampau! Nekko! Laser pemusnah berapi!” Jerit Zarrar dengan geram.
“Zarrar..” Bisik Qayla selepas melihat Zarrar marah.
Nekko mengangguk. Mata Nekko berubah warna menjadi warna merah. Matanya mengeluarkan satu tembakan gergasi ke arah Sijingga. Sijingga masih tenang walaupun tembakan itu menuju dirinya.
Tiba-tiba, muncul lagi empat ekor mergastua menghalang tembakan laser pemusnah berapi Nekko. Empat ekor mergastua itu ialah seekor kerbau berbulu kelabu tua dan mempunyai tanduk yang tajam. Seekor lagi ialah seekor harimau bergaris hitam dan kuning tua. Yang ketiga ialah seekor kumbang gergasi berkulit serba hitam. Yang terakhir ialah seekor burung helang bersisik hitam dan putih.
“Raja Rimba...” Kata Herrlaa dengan terkejut.
“S-Siapa mereka ni semua, Max?” Soal Qayla lagi kepada Max.
“Sekumpulan Raja Rimba. Kumpulan ini terdiri daripada Sijingga, Metan, Harimara, Beezi dan Whilac. Biar Aku berikan maklumat satu persatu. Metan, Mergastua kerbau bertanduk besi. Lihat sahaja tanduknya Kita sudah tahu kuasanya adalah kuasa mengawal elemen besi. Kedua, Harimara. Mergastua harimau ganas. Dia boleh mengawal elemen api dan batu. Yang ketiga, Bezzi. Mergastua kumbang tanduk. Dia juga boleh mengawal elemen besi seperti Metan. Akhir sekali, Whilac. Mergastua helang gergasi. Dia boleh mengawal elemen tanah dan batu.” Terang Max panjang.
“Serang mereka, Wahai Raja-Raja Rimba!” Arah suara lunak Lynxia. Kelima-lima mergastua yang telah dikawal itu akur akan arahan Lynxia.
“Tukulan Kayu!” Jerit Sijingga.
Tanah puak bumi mula merekah. Muncul sebuah pemegang kayu dari rekahan itu. Pemegang itu dikawal oleh Sijingga. Terdapat sebuah tukul kayu gergasi dikepala pemegang kayu itu. Sijingga menyerang mereka semua menggunakan tukul itu.
“Perisai kayu!” Muncul lagi lima ekor mergastua mempertahankan Zarrar, Qayla dan yang lain dari dipukul oleh Sijingga.
“Serahkan Sijingga pada Aku dan Merantina.. Nyatuk dan Keriungga lawan Metan. Garganbuhan, Cengali korang pula lawan Bezzi. Pahlawan Buana Mergastua! Korang semua lawan Whilac dan Harimara!” Kata mergastua yang datang membantu mereka itu.
Kelima-lima ekor mergastua itu adalah lima buah pokok gergasi sama seperti Garganbuhan. Inilah rakan-rakan Garganbuhan yang dikatakan olehnya. Mereka terdiri daripada Timbarlak, Merantina, Nyatuk, Cengali dan Keriungga. Mereka menolong Zarrar, Qayla dan yang lain.
“Baik!” Balas Zarrar dan Qayla serentak.
Zarrar, Nekko, Herrlaa dan Garlilintar berlari menuju ke Harimara. Qayla, Speedy, Ramara dan Serrpy pula ke arah Whilac. Timbarlak dan Merantina menentang Sijingga. Nyatuk dan Keriungga pula menentang Metan. Cengali dan Garganbuhan menentang Bezzi. Mereka berlawan.
Timbarlak dan Merantina bergabung kuasa. Mereka menghentak kebumi. Muncul dua bilah pedang kayu dari tanah. Mereka memegang pedang itu.
“Pedang balak!” Jerit Timbarlak dan Merantina serentak.
Mereka menetak kedua-dua bilah pedang itu ke tubuh Sijingga.
“Arghhh!!” Jerit Sijingga kesakitan.
Selepas terkena tetakan pedang balak Timbarlak dan Merantina, kaki Sijingga mengeluarkan satu renjatan elektrik. Renjatan itu dituju ke Timbarlak dan Merantina.
“Rasakan...” Kata Sijingga dengan angkuh.
Nyatuk dan Keriungga bersemuka dengan Metan. Metan kelihatan marah. Tanduk Metan bercahaya. Dia menanduk ke arah Nyatuk dan Keriungga.
“Tandukan besi!” Jerit Metan.
“Libasan akar!” Jerit Nyatuk.
Tanah merekah. Muncul akar-akar pokok dari rekahan itu. Nyatuk mengapai akar itu dan melibas ke arah tandukan Metan.
“Meriam kayu!” Kata Keriungga.
Keriungga mengacukan meriam kayu yang berada di tangannya. Meriam itu mengeluarkan kayu-kayu yang tebal. Kayu-kayu itu ditembak ke tanduk Metan. Tandukkan Metan terhalang akibat libasan dan tembakan kayu-kayu tebal itu.
Cengali dan Garganbuhan pula lawan Bezzi. Kumbang gergasi itu menggunakan kuasa besinya.
“Perangkap logam!” Jerit Bezzi.
Sebuah logam muncul dari kanan, kiri, depan dan belakang Cangali dan Garganbuhan. Kini mereka telah terperangkap di dalam logam itu.
“Heh.. mudah..” Kata Bezzi lagi.
“Hentakan kayu!” Jerit Garganbuhan dan Cengali serentak.
Perangkap besi itu musnah akibat dihentak dengan sebuah potongan kayu dari Garganbuhan dan Cengali.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...