BOOMM!!!
Serangan dasyat Derrtia membakar keseluruhan bandar puak langit. Derrtia mendekati Bettel.
“Kenapa kau datang ke sini?” Soal Derrtia dengan tegas.
“Sang Batua yang menghantar Aku ke sini.” Jawab Bettel sambil menahan kesakitan.
Langit mulai mendung, angin bertiup dengan sangat kencang. Seekor naga gergasi muncul di balik awan mendung. Sisiknya berwarna biru muda dan mukanya nampak tua. Aku, Eira, Dovea, Firdaus, Qayla, Herrla dan Derrtia terkejut melihat susuk tubuh naga itu.
“Sss.. Sang Bayu..” Kata Herrlaa.
“Ss.. Siapa Sang Bayu?” Bisik Firdaus.
“Ketua puak langit.” Jawab Herrlaa.
Sang Bayu menolehkan pandangannya kepada Eira dan Dovea.
“Pahlawan Buana Mergastua sudah tiba, begitu juga pasangan Mergastuanya sudah menetas. Aku harap, kamu berenam dapat memulihkan keamanan Buana Mergastua semula.” Kata Sang Bayu kepada kami berenam.
“Dan kau...” Sang Bayu sekali lagi menolehkan pandangannya kearah Bettel yang sudah baring kesakitan.
“Mengapa kau datang ke sini? Siapa yang hantar kau?” Soal Sang Bayu dengan muka tegas.
“Sang Batua.” Jawab Bettel dengan keadaan takut akan Sang Bayu.
“Apa lagi yang Dia mahukan daripada Aku?” Soal Sang Bayu lagi.
“Dia mahukan puak langit. Serahkan puak langit kepada Dia kalau tidak mahu malapetaka melanda puak ini.” Jelas Bettel.
“Jadi? Mengapa tidak Dia sahaja yang datang ke sini dan bersemuka dengan Aku? Kan lebih senang daripada Dia membawa kau ke sini.” Kata Sang Bayu pula. Kali ini, Bettel mendiamkan diri.
Sang Bayu hanya diam melihat Bettel yang membisu. Dia terbang kembali ke langit dan meninggalkan puak langit. Walaupun Dia adalah ketua puak langit, Dia tidak mahu tinggal di gunung itu. Dia menghilang berserta juga dengan angin kencang yang melanda puak langit tadi.
“Selamat maju jaya! Semoga kamu berenam dapat memulihkan keamanan di sini, kami semua bergantung harap kepada kamu berenam wahai Pahlawan Buana Mergastua.” Ucap Derrtia.
“Terima kasih.” Kata Herrlaa.
“Oh ya. Sebelum Aku terlupa, sudah lama Aku siapkan baju Kau, Herrlaa. Baju perisai ataupun tempat duduk untuk mereka berlima.” Kata Derrtia lagi.
Burung helang gergasi itu hanya menganggukkan kepala. Mergastua lain yang berada di bandar puak langit itu menolong Derrtia untuk memasang baju perisai Herrlaa.
Aku naik ke atas badan Herrlaa. Aku melihat Eira, Dovea, Firdaus dan Qayla sudah berada di atas baju perisai Herrlaa.
“Semoga jumpa lagi sahabatku...” Kata Derrtia sambil melambai kami berenam.
“Ya. Jumpa lagi!!” Jerit Kami sambil membalas lambaian Derrtia. Herrlaa membuka sayap dan terbang meninggalkan gunung puak langit.
*****
Aku dan Dovea tidak lepas dari pelukan. Dovea sangat manja, Aku amat menyayanginya. Aku mengusap bahagian kepalanya dengan lembut, bulunya gebu.
“Aku nak tanya soalan sikit boleh Dovea?” Soal Firdaus.
“Ya? Boleh..” Jawab Dovea.
“Macam mana kau boleh tahu kehadiran kami semua?”. Firdaus melontarkan soalan kepada burung kecil itu.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...