13

8 1 0
                                    

    Aku, Herrlaa, Firdaus, Eira, Dovea dan Qayla meneruskan penerbangan kami untuk ke Puak Bumi.

   “Apa kuasa kau Dovea?” Soal Qayla kepada burung kecil itu.

   “Korang tak tahu lagi ke pasal aku?” Tanya Dovea. Kami berempat hanya menggelengkan kepala.

   “Mari sini Aku ajarkan.” Dovea memegang rantai yang dipakai oleh Qayla. Dia menekan bahagian tengah rantai itu.

   “Rantai di aktifkan.” Rantai Qayla mengeluarkan suara. Qayla terkejut.

   “Siapa Dovea?” Soal Dovea kepada rantai itu.

   “Dovea. Seekor burung merpati berbulu putih. Mergastua yang boleh mengawal elemen angin dan elektrik.” Kata rantai itu. Mata kami berempat terbeliak.

   “Jadi, itu fungsi rantai yang Aku pakai ni?” Soal Firdaus.

   “Ya. Ada banyak lagi fungsi Dia, tapi Aku tak tahu.” Jawab Dovea ringkas. Dengan pantas Aku, Eira dan Firdaus menekan butang yang berada di rantai.

   “Rantai di aktifkan.” Suara keluar dari rantai Zarrar, Eira dan Firdaus.

   “Wah. Nampak je macam rantai antik, rupanya gadjet.” Kata Firdaus. Kami teruskan berbual dan Dovea menceritakan banyak perkara tentang Buana Mergastua.

*****

   “Kita dah sampai...” Kata Herrlaa.

   “Ini Puak Bumi?” Soal Qayla.

   “Puak Bumi, Puak di mana kesemua Mergastua-mergastua darat di lahirkan.” Jawab rantai yang dipakai oleh Qayla.

   Bandar puak bumi dipagari dengan dinding batu yang tebal. Bandar puak bumi agak besar. Herrlaa mendarat di hadapan pintu gerbang bandar puak bumi. Seekor monyet menumpukan penglihatannya kepada kami berenam.

   “Pahlawan Buana Mergastua...” Monyet itu berkata sambil menunduk tanda hormat.

   “Eh. Janganlah tunduk, malu pula...” Kata Eira dengan segan.

   “Mergastua apa ni?” Soal Zarrar kepada rantainya.

   “Pohoni. Mergastua yang boleh mengawal elemen tanah dan daun.” Jawab rantai yang dipakai oleh Zarrar.

   “Pohoni?” Soal Firdaus.

   “Ya. Nama Aku Pohoni.” Jawab Pohoni.

   “Boleh Aku tahu kat mana pasangan Mergastua Aku dan Zarrar?” Soal Qayla kepada monyet itu.

   “Ouh yaa. Sila masuk...” Ajak Pohoni. Pintu gerbang Puak Bumi dibuka.

   Reaksi Zarrar, Qayla, Firdaus, Eira, Dovea dan Herrlaa melihat keadaan Puak Bumi adalah sama iaitu pelik. Keadaannya agak tunggang langgang seperti baru sahaja lepas berperang.

   “Macam mana boleh jadi macam ni? Bukankah Puak Bumi adalah puak yang mementingkan kebersihan dan kecantikan?” Soal Herrlaa kepada Pohoni.

   “Puak Langit baru sahaja menyerang puak kami malam tadi. Dia kata ini adalah satu pembalasan dendam kerana kami telah menyerang puaknya. Tetapi, puak kami tidak menyerang puak langit pun. Aku pun tak tahu apa yang dah jadi.” Jelas Pohoni.

   “Bukankah Bettel datang ke Puak Langit dan membuat kacau bilau di sana?. Katanya Dia di hantar atas arahan Sang Batua.” Kata Zarrar.

   “Aikk? Bettel? Dia sudah lama tidak balik ke Puak Bumi. Sejak bila pulak?” Jawab Pohoni.

   “Haa?”. Kami memandang antara satu sama lain sambil mengerutkan dahi.

   “Apa-apa jelah. Dah jom ikut Aku.” Ajak Pohoni.
  
   Pohoni membawa kami berenam ke sebuah gua. Ia mempunyai pintu gerbang. Mereka tiba di gua itu.

   “Letakkan rantai korang berdua kat situ.” Pohoni menyuruh Zarrar dan Qayla meletakan rantainya di pertengahan pintu gerbang itu.

   Zarrar dan Qayla meletakan rantai mereka di pertengahan pintu gerbang gua itu. Pintu itu membenarkan tindakan mereka berdua. Pintu gerbang terbuka, cahaya menyinari pandangan mereka bertujuh. Zarrar dan Qayla masuk ke dalam gua yang gelap gelita itu, Eira, Firdaus, Dovea, Herrla dan Pohoni hanya duduk di luar pintu gerbang. Mereka memulakan langkah pertama, tiba-tiba... Gua itu di terangi dengan lampu. Zarrar dan Qayla terkejut.
Mereka meneruskan langkah sehinggalah...

   Sebuah cahaya kecil menyinari mata Zarrar dan Qayla, Mereka memandang kearah cahaya itu. Terdapat dua biji telur dan dua bilah pedang. Kedua-dua telur dan pedang itu berasingan, telur dan pedang yang berwarna merah berada di sebelah kanan manakala telur dan pedang berwarna perang pula berada di sebelah kiri.

   Biji mata Zarrar tertumpu kepada sebiji telur dan sebilah pedang yang berada di sebelah kanan. Dia membuka langkah ke arah telur dan pedang tersebut. Telur menunjukkan tanda yang ia mahu menetas, telur itu menetas dan keluarlah seekor kucing yang berbulu hitam dan merah. Kucing itu membuka kedua-dua belah matanya dan menujukan pandangannya kepada Zarrar.

   “Zarrar??” Kucing itu membuka mulutnya.

   “Ya. Aku Zarrar.” Jawab Zarrar. Qayla hanya melihat apa yang sedang berlaku.

   “Zarrar!! Lamanya kau nak sampai, lama Aku tunggu.” Kata kucing itu sambil naik ke atas tubuh badan Zarrar.

   “Nama Kau?” Soal Zarrar.

   “Kidden.” Jawab kucing yang berbulu hitam dan merah itu.

   Zarrar memeluk Kidden dengan erat. Dia menyentuh sebilah pedang yang berada di sebelahnya. Cahaya muncul menutupi seluruh tubuh badannya. Sebuah baju perisai dipakai oleh Zarrar, rantai dan pedang yang usang juga bertukar menjadi sebuah rantai dan pedang yang baru. Zarrar memandang ke arah Qayla.

   Qayla menyentuh telur yang berada di hadapan matanya itu. Telur itu mula bergerak, Qayla terkejut. Telur itu menetas, keluar seekor arnab berbulu perang. Qayla mengusap lembut bahagian atas kepalanya. Arnab itu membuka kedua-dua belah matanya.

   “Qayla!!!” Jerit arnab itu dengan gembira.

   “Qayla!! Akhirnyaaa. Lama Aku tunggu Kau kat sini tau.” Kata arnab itu. Qayla masih terkejut.

   “Siapa nama Kau?” Soal Qayla kepada arnab itu.

   “Nama Aku? Nama Aku Tokky. Selamat berkenalan.” Jawab arnab itu sambil memeluk jari telunjuk Qayla.

   Qayla memandang ke arah pedang dan cuba untuk mengangkatnya. Dia berjaya mengangkat, sama juga seperti Zarrar. Sebaik sahaja Qayla mengangkat pedang itu, cahaya muncul menutupi seluruh bahagian tubuhnya. Muncul baju perisai di badannya dan juga kain berwarna putih menutupi bahagian kakinya.

   “Tokky??” Soal Kidden.

   “Ya. Nama Aku Tokky. Selamat berkenalan.” Tokky menghulurkan tangannya kepada Kidden tanda berkenalan. Kidden menyambut huluran itu.

   “Aku Kidden.” Kidden memperkenalkan dirinya.

   “Kidden, Tokky?”. Kata Qayla sambil menyentuh rantainya.

   “Kidden. Seekor anak kucing yang boleh mengawal elemen api. Tokky. Seekor arnab kecil yang boleh mengawal elemen tanah.” Suara keluar dari rantai yang dipakai oleh Qayla.

   “Arnab kecil Dia panggil Aku?” Tokky tidak berpuas hati.

   “Dah. Jom gerak.” Ajak Zarrar. Zarrar dan Qayla meletakan pedang di bahagian pinggangnya.

   Zarrar, Kidden, Qayla dan Tokky keluar dari gua dan menuju ke arah kawan-kawannya dan Pohoni.

  

  
  
  

BeastWhere stories live. Discover now