Zarrar, Eira dan Firdaus menaiki kereta api elektrik untuk ke Kota Nahla. Mereka duduk bersebelahan. Macam-macam perkara yang mereka lakukan semasa di dalam kereta api. Eira membaca novel di telefon bimbitnya, Firdaus pula menonton filem. Aku? Dengar lagulah apa lagi.
Aku mendengar lagu sambil melihat keluar tingkap. Melihat keindahan alam. Tidak lama kemudian, Aku terlelap.
3 Jam Kemudian...
“Zarrar... Zarrar... Zarrar bangun!”
Firdaus mengejut Aku dari tidur. Aku membuka mata dengan perlahan-lahan. Aik? Dah sampai?
“Dah sampai ke Fir?”. Aku bertanya.
“Dah... Tula tidur je, mimpi apa tadi? Hahah”. Usik Firdaus.
Aku memandang keluar tingkap, melihat bangunan-bangunan pencakar langit di luar. Ini Kota Nahla? Sudah lain persekitarannya daripada pertama kali Aku datang ke sini.
“Zarrar, Fir. Jom pergi”. Eira mengajak Aku dan Firdaus. Aku masih mengantuk.
Aku, Firdaus dan Eira keluar dari pintu kereta api tersebut. Aku agak terkejut melihat persekitaran kota ini. Tidak seperti Kota Jawhara.. Jauh beza. Bangunannya lebih banyak daripada Kota Jawhara. Suasananya agak bising, kalau di Jawhara, suasananya tenang walaupun di bandar besar.
“Jauh lagi ke rumah nenek kau Eira?”. Firdaus bertanya.
“Tak jauh mana. Naik basikal boleh sampai. Jom sewa basikal!”. Eira mengajak. Aku dan Firdaus hanya menganggukan kepala.
“Betul ke selamat ni? Bukan Kota Nahla ni banyak kes-kes pelik ke?”. Tanya Firdaus kepada Eira. Kami bergerak ke kedai untuk menyewa basikal.
“Pelik? Apa yang Kau nak pelik kan? Dah terpampang kat berita kata kota ni selalu kena serang dengan makhluk dimensi lain. Kau tak percaya ke?”. Kata Eira.
“Entahlah, susah nak percaya. Kau percaya ke Zarrar?”. Tanya Firdaus kepada Aku. Aku hanya mengangkat bahu. Haha entahlah, Aku pun tak tahu nak percaya ke tak.
Kami bertiga pergi ke arah kedai basikal yang berdekatan. Eira menyewa 3 buah basikal untuk kami bertiga.
Boommm!
Dalam Aku sedang sibuk mengayuh basikal, suara letupan kedengaran. Aku menoleh ke arah kanan dimana bunyi itu datang. Ke semua orang yang berada di kawasan itu berlari ke tempat yang lebih selamat.
“Hahahah!”. Suara gelakkan terdengar dengan kuat. Suara itu menghampiri kami.
Muncul susuk tubuh yang sasa, kulitnya berwarna kuning cair keperang-perangan, badannya penuh dengan logam. Siapa ni? Makhluk dimensi lain ke? Aduhh.
Dia mengacukan meriam yang berada di bahunya ke kanan Aku. Aku menoleh ke kanan dengan perasaan yang bercampur baur. Takut? Risau? Teruja? Semua bercampur. Eira dan Firdaus? Mereka berlari dengan laju untuk ke kawasan yang lebih selamat.Aku menoleh ke kanan, lima orang yang berpakaian serba hitam sedang menujukan matanya ke arah makhluk dimensi itu.
“Kau buat apa kat sini? Haa?”. Tanya ketua daripada sekumpulan manusia berpakaian hitam tersebut.
“Hahah! Pakaian serba hitam? Kau fikir Aku takut?”. Soal makhluk itu.
Seorang wanita daripada sekumpulan manusia yang berpakaian hitam itu mula mengerakkan tangannya. Mengangkat tangannya ke atas, sebuah letusan air keluar dari tanah menuju ke makhluk itu.
Seorang lelaki yang bertubuh sasa daripada sekumpulan manusia berpakaian hitam itu menumbuk permukaan tanah menggunakan kedua-dua belah tangannya. Keluar batu-batu kecil yang membentuk sebuah tali mengikat kaki makhluk itu.
“Sekali lagi Aku tanya, siapa kau? Apa yang kau buat disini?!!!”. Kata ketua daripada sekumpulan manusia berpakaian hitam itu dengan nada tegas, suaranya bergema.
“Nama Aku Bara, serahkan Cihan kepada Aku!”. Jawab makhluk itu.
“Cihan? Maaf, Dia bukan bahan mainan untuk Aku serahkan kepada kau dengan mudah!!!”. Kata seorang lelaki iaitu ketua kumpulan itu. Dia terbang ke arah Bara.
Dengan pantas tangan Bara mencekik leher lelaki itu.
“Serahkan Cihan kalau tidak mahu kota ini dimusnahkan”. Kata Bara.
Kaki lelaki itu menedang muka Bara dengan pantas. Bara melepaskan lelaki itu dan Bara jatuh ke bumi. Lelaki itu menuju ke arah Bara.
“Serangggg!”. Jerit lelaki itu.
Empat lagi ahli kumpulan menyerang Bara yang sedang terbaring kesakitan setelah di tendang. Wanita berpakaian hitam mengenggam tangannya dengan kuat, kakinya dihentak ke bumi. Langit menjadi mendung selepas tindakan wanita itu. Sebuah bongkah ais yang besar muncul dari langit.
“Rasakan ni...”. Kata wanita itu sambil mengerakkan tangannya kearah Bara. Bongkah ais itu menghentam Bara dengan kuat.
BOOOMMMMMM!
Aku membuka mata Aku dengan perasaan yang takut. Uishh mantap do! Macam tengok movie Hahah!
Dengan sekelip mata, kumpulan berpakaian serba hitam dan Bara hilang.
*****
Setelah 2 jam berbasikal dari Kota Nahla, Aku, Zarrar dan Eira tiba di destinasi yang dituju iaitu rumah banglo nenek Eira. Rumahnya agak besar, mempunyai 3 tingkat, taman dan kolam kecil yang cantik.
Kami menuju ke pintu. Eira mengetuk pintu rumah neneknya.
“Assalamualaikum..”. Eira memberi salam.
“Waalaikumussalam. Eira!! Kejapp”. Suara yang lunak menjawab.
Seorang remaja perempuan yang rambut berwarna perang, sederhana kurus dan tinggi lampai memulas tombol pintu.
“Qaylaaa!!”. Dengan pantas Eira memeluk erat tubuh Qayla. Sudah lama mereka tidak bersua. Aku dan Zarrar hanya diam melihat Eira dan Qayla.
“Rindu kau... Dah lama weh tak jumpaa”. Kata Qayla.
“tulahhh...”. Jawab Eira. Senyum terukir di pipinya, manis sungguh.
“Mana nenek?”. Tanya Eira.
“Ada kat dalam”. Jawab Qayla sambil menujukan matanya kepada Aku dan Zarrar.
“Ouh yaa. Ni Zarrar and ni pulak Firdaus”. Terang Eira.
“Haiii Zarrar, Firdaus”. Sapa Qayla dengan mesra.
“Haii... Panggil Fir je..”. Jawab Aku dengan janggal. Tak biasalah aduhh.
“Haiii”. Jawab Zarrar.
“Eh ni apa lama-lama kat luar ni?”. Tanya Puan Emilia.
“Nenekk! Rindu nenekk”. Eira memeluk erat tubuh neneknya.
“Ouh. Ni lah kawan yang Eira cakapkan tu? Kacak orangnya”. Puji Puan Emilia.
“Eh aunty ni, mana ada hahah”. Zarrar ketawa kecil.
“Aunty? Hahaha kelakarlah kawan cucu nenek ni. Panggil nenek je”. Pesan Puan Emilia.
“Ni apa namanya?”. Tanya Puan Emilia.
“Nama saya Zarrar”. Jelas Zarrar.
“Saya pulak Firdaus”. Jawab Aku.
“Ouh dah-dah. Mari masuk, nenek dah masak masakan favourite cucu nenek ni.” Ajak Puan Emilia.
Nilakandi here!
Aikkk siapa pulak kumpulan yang pakai semua hitam ni? Cihan? Bara? Korang nak tahu ke? Coming soon!!!
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...