45

3 1 0
                                    

   Kesemua serangan mereka tiada kesannya. Kawalan Lynxia terlalu kuat.

   “Tak berkesan lagi??” Kata Zarrar.

   “Jangan mengalah! Kita serang sampai hilang kawalan dia!” Kata Qayla. Zarrar dan yang lain mangangguk tanda setuju dengan kata-kata Qayla.

   “Balingan empat bebola gergasi!” Jerit Sijingga. Sijingga tidak mahu memberi peluang untuk mereka menyerang.

   Matanya mengeluarkan empat biji bebola kecil. Bebola itu membesar dengan cepat. Bebola itu menjadi gergasi. Bebola yang mempunyai unsur elektrik itu dibaling ke arah Speedy. Tepat balingannya. Speedy yang terkena balingan itu jatuh ke bumi.

   “Speedy!!” Jerit Qayla dengan penuh rasa bimbang.

   Tiba-tiba, tubuh Speedy mengeluarkan cahaya perang. Cahaya itu menyinari dan menutupi seluruh tubuh Speedy. Tubuh Speedy yang berada disebalik cahaya itu berubah bentuk. Tubuhnya menjadi lebih tegap dan besar. Cahaya itu mula hilang. Tubuh baharu Speedy mempunyai bulu serba perang muda.

   “Aku, Tangkasa!!” Kata tubuh baharu Speedy itu.

   “Speedy..” Qayla terharu melihat Speedy yang telah berevolusi ke tahap ketiga iaitu Tangkasa.

   “Tumbukan besi!” Jerit Tangkasa.

   Tangkasa menggenggam tangannya. Besi-besi muncul menutupi tangannya. Tangkasa berlari menumbuk muka Whilac, Metan dan Bezzi. Dia mahu menumbuk muka Sijingga tetapi Sijingga sempat mengelak. Warna mata Whilac, Metan dan Bezzi kembali ke warna asal. Mereka sudah bebas dari kawalan Lynxia.

   “Satu tumbukan je??” Bisik Zarrar selepas melihat serangan Tangkasa itu.

   “Serang Sijingga tu, Tangkasa!” Arah Qayla.

   “Meriam besi!” Jerit Tangkasa.

   Muncul sebuah meriam ditangan Tangkasa. Meriam itu mengeluarkan berpuluh-puluh bebola besi. Bebola besi itu ditembak ke arah Sijingga. Sekali lagi Sijingga dapat mengelak serangan itu.

   “Sambaran kilat!” Jerit Sijingga.

   Awan mendung muncul dilangit. Awan itu menyambar kilat ke Tangkasa. Tangkasa dapat mengelak serangan itu tetapi Garlilintar yang terkena sambaran itu.

   “Erghh..” Garlilintar kesakitan. Zarrar berlari ke arah Garlilintar yang telah terlentang ditanah puak bumi.

   “Fieger, Herrlaa! Serang Sijingga! Bantu Tangkasa.” Arah Zarrar kepada Fieger dan Herrlaa itu.

   “Tangkasa! Ramara! Serrpy! Teruskan menyerang!” Kata Qayla pula.

   “Bebola api!” Kata Herrlaa.

   Sebiji bola api muncul dari sayap Herrlaa. Herrlaa membaling bebola api itu ke Sijingga.

   “Renjatan elektrik!” Jerit Serrpy.

   Langit mulai mendung. Serrpy menyambar kilat dari lagi ke arah Sijingga.

   “Tembakan ais!” Jerit Ramara.

   Sayap Ramara dibuka. Sebuah tembakan ditembak dari sayapnya itu. Tembakan itu menuju ke tubuh Sijingga.

   “Cengkaman besi!” Jerit Tangkasa.

   Besi-besi muncul dari tanah. Besi-besi itu mencengkam keempat-empat kaki Sijingga. Sijingga tidak mampu membuat apa-apa. Serangan Fieger, Herrlaa, Tangkasa, Ramara dan Serrpy berjaya melanda Sijingga. Tetapi Sijingga masih lagi dikawal oleh Lynxia. Kawalan itu tidak hilang.

   “Serahkan pada Aku...” Kata Garlilintar. Dia bangun dari baringnya.

   Tubuhnya memancarkan satu cahaya terang. Cahaya itu menutupi suluruh bahagian tubuhnya. Badannya berubah menjadi lebih besar dan tegap. Sayapnya membesar. Begitu juga badannya. Cahaya itu hilang. Kini, saiz tubuhnya sama seperti Herrlaa. Cahaya itu menghilang. Tubuh Garlilintar berubah. Bulunya yang selama ini berwarna kuning dan hitam berubah sepenuhnya ke warna biru tua dan hijau muda. Mukanya nampak sedang marah.

   “Aku... Petuza!” Kata tubuh baharu Garlilintar itu.

   “Huh?!?!?.. baru semalam Dia berevolusi.. cepatnya..” Zarrar terkejut. Qayla dan yang lain juga terkejut melihat evolusi Garlilintar yang pantas itu.

   “Tumbukan elektrik berganda!!” Jerit Petuza.

   Petuza mendekati Sijingga yang telah terjerat dengan besi-besi Tangkasa. Petuza menggenggam tangannya. Genggaman itu mewujudkan sebuah tenaga elektrik yang kuat. Dengan pantas Dia menumbuk muka Sijingga. Akhirnya, mata Sijingga kembali semula kewarna asal bermakna kawalan Lynxia telah hilang.

   “Akhirnya...” Kata Zarrar dan Qayla serentak. Zarrar dan Qayla tidak menjangkakan yang mereka akan berkata-kata secara serentak. Mereka menolehkan pandangan ke muka masing-masing. Mata mereka bertentangan.

   “Hahahahaha!!” Gelak mereka bersama-sama. Fieger, Herrlaa, Petuza, Tangkasa, Ramara, Serrpy melihat mereka berdua. Senyuman terukir diwajah mergastua-mergastua itu.

   “Fieger! Herrlaa! Petuza!” Zarrar berlari ke arah mergastuanya. Dia memeluk erat tubuh mereka bertiga. Fieger, Herrla dan Petuza membalas pelukan pasangannya itu dan mengukir senyuman yang sangat manis.

   “Tangkasa! Ramara! Serrpy! Kita berjaya!” Kata Qayla sambil memeluk pasangan Mergastuanya itu. Dia memeluk erat ketiga-tiga tubuh mergastua itu. Tangkasa, Ramara dan Serrpy membalas pelukan itu. Senyuman terukir dimuka kesemua mereka.

   Akibat pelukan hangat Qayla kepada Ramara dan Serrpy itu, cahaya muncul menutupi seluruh tubuh Ramara dan Serrpy. Sudah terang lagi bersuluh, mereka mahu berevolusi. Tubuh Ramara dan tubuh Serrpy berubah bentuk. Cahaya itu hilang. Sayap Ramara berubah menjadi warna biru muda dan putih. Kulit Serrpy berubah menjadi warna ungu dan hitam.

   “Aku.. Rerama!” Kata tubuh baharu Ramara itu.

   “Aku pula.. Guntular!” Kata tubuh baharu Serrpy itu.

   “Wahhh!!!” Qayla terkesima melihat evolusi kedua-dua pasangan Mergastuanya itu.

   “Oh.. yaa.. Enzo, Aku nak tahu tentang Petuza, Tangkasa dan Rerama.” Kata Zarrar kepada rantai merah miliknya.

   “Petuza. Mergastua lagenda burung kilat. Dia boleh mengawal elemen elektrik dan api. Tangkasa. Mergastua arnab tangkas. Dia boleh mengawal elemen besi dan daun. Yang terakhir, Rerama. Mergastua rama-rama bayu ais. Dia boleh mengawal elemen angin dan ais.” Jelas Enzo kepada Zarrar.

   “Berjaya, berjaya jugak... Tapi puak bumi dah hancur...” Merantina bersuara.

   “Hurmm... Betul jugak...” Balas Garganbuhan. Muka mereka yang gembira berubah menjadi sedih.

   Tiba-tiba, sebuah pintu gerbang muncul dihadapan Zarrar, Qayla, Fieger, Herrlaa, Petuza, Tangkasa, Rerama dan Guntular. Susuk tubuh seorang perempuan yang mereka kenali keluar dari pintu gerbang itu.

   “Eira??” Zarrar kebingungan.

   “Eira!!!” Jerit Qayla. Dia berlari ke arah perempuan itu dan terus memeluk erat. Perempuan itu membalas pelukan Qayla.

   “Korang macam mana? Okay??” Soal perempuan itu kepada Zarrar dan yang lain.

   “Ehh?? Mergastua korang semua dah evolusi?!?! Wahh!!” Eira terkesima.

   “Ya.” Balas Petuza sambil melemparkan senyuman manis kepada Eira.

   “Kami berjaya halang mergastua kawalan Lynxia.. tapi Sang Batua dan Sang Bara telah pun terkorban..” Garganbuhan menyampuk. Keadaan menjadi sedih seketika.

   “Aku tahu.. Sang Bayu dan Sang Gelora juga telah terkorban...” Balas Eira kepada mereka.

   “Huh?!?!?! Seriuslah??” Zarrar, Qayla dan yang lain terkejut. Susah untuk mereka mempercayainya.

   “Ya.. peluang kita untuk tewaskan Lynxia tipis..” Kata Eira lagi.

   “Sudah.. Mari ikut Aku..” Ajak Eira.

   “Pergi mana?” Soal Qayla.

   “Bila sudah tiba, Aku ceritakan. Cepat!” Ajak Eira lagi.

   Zarrar, Qayla, Fieger, Herrlaa, Petuza, Tangkasa, Rerama, Guntular, Garganbuhan, Merantina, Cengali, Keriungga, Timbarlak dan Nyatuk masuk ke dalam pintu gerbang itu.

BeastWhere stories live. Discover now