23

1 1 0
                                    

   Selepas pertarungan yang sengit itu, Zarrar, Eira, Firdaus, Qayla, Kidden, Dovea, Speedy, Bea dan Herrlaa membuat keputusan untuk berehat di kawasan air terjun. Kawasannya agak luas, air terjun terletak di tengah-tengah dan di belah kanan dan dirinya terdapat sebuah taman yang luas. Tamannya di penuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan, ada juga Mergastua yang hidup di kawasan itu.

   “A-Aku.. Aku dekat mana ni??” Iric membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia bangun dari baring.

   “Eh?? Jangan bangun.. Kau masih lagi cedera. Rehat dulu...” Pesan Eira. Eira mengusap lembut bahagian kepalanya.

   “Mana Zarrar??” Soal Iric sampai menyentuh sayap belah kiranya yang luka itu.

   “Dia pergi cari buah dengan yang lain..” Jawab Eira. Zarrar, Qayla, Speedy dan Kidden berjalan untuk mencari buah-buahan yang boleh dimakan. Yang lain pula duduk di taman air terjun itu.

   “Aku kalah ke??” Soal Iric lagi. Kali ini, mukanya agak sedih.

   “Uhmpphh.. Yaa.” Jawab Eira ringkas.

   “Kenapa? Kau tanak ke jadi pasangan Zarrar?” Eira melontarkan soalan kepada Iric.

   Iric termenung. Muka Iric yang sedih itu tiba-tiba berubah menjadi teruja.

   “Mestilah nak!!! Pahlawan Buana Mergastua kutt!!” Kata Iric dengan teruja.

   “Betul ke ni???” Tiba-tiba Zarrar muncul dari belakang.

   “Yaa. Mestilah!!” Kata Iric lagi.

   “Hahaha!!! Kalah juga kau! Tula siapa suruh berlagak dengan Aku!” Kata Kidden yang berada di sebelah kanan Zarrar.

   “Heheh.. Alaaa Kidden.. Aku mintak maaflah sebab berlagak tadi.” Iric menghulurkan sayap kecilnya kepada Kidden.

   “Hahaha. Yela Aku maafkan.” Kidden menyambut sayap Iric tanda Dia memaafkan Iric.

   “Enzo. Aku nak jadikan Iric sebagai pasanganku.” Kata Zarrar kepada rantai merah miliknya.

   “Baik.” Balas Enzo dengan pendek.

   Sebuah cahaya keluar dari rantai itu, cahayanya di pancarkan ke Iric. Cahaya itu menyelubungi keseluruh tubuh Iric. Iric di masukkan kedalam rantai itu.

   “Akhirnya!! Aku dapat Iric!!” Kata Zarrar lagi.

   “Dah-dah.. Jom makan!” Ajak Qayla sambil membawa sebuah pinggan yang penuh dengan buah-buahan.

   Mereka mengisi perut dan berehat bersama-sama.  Selepas berehat, mereka memulakan latihan. Bea dan Speedy akan berlatih bersama-sama. Yang lain hanya duduk di atas tanah yang berlapikkan tikar.

   Firdaus, Qayla, Speedy dan Bea ke kawasan yang lebih lapang berdekatan dengan air terjun. Firdaus, Bea berada di sebelah kanan manakala Qayla dan Speedy pula berada di sebelah kiri.

   “Whoaa!! Tak sabar nak tengok dorang berlawan!” Kata Eira sambil memeluk erat tubuh Dovea.

   “Kau mulakan Qayla..” Firdaus memberi pendahuluan kepada Qayla dan Speedy.

   “Baik.. Speedy! Tembakan tanah!” Arah Qayla.

   Speedy menghentak bumi dengan kuat. Muncul sebuah ketulan tanah yang besar.  Sebuah tembakan di lancarkan dari ketulan tanah itu. Tembakan itu di tujukan kepada Bea.

   “Bea! Pelindung air!” Kata Firdaus.

   Bea mengangkat kedua belah tangannya. Air dari air terjun itu mengalir ke tangannya. Air itu membentuk sebuah perisai dan melindungi tubuh Bea dari serangan Speedy. Speedy menendang perisai Bea. Speedy jatuh ke bumi akibat tidak dapat menghancurkan perisai Bea.

   “Letusan air!!” Arah Firdaus. Bea menganggukan kepala.

   Sekali lagi Bea mengalirkan air ke tangannya. Dia membentuk sebuah bebola air. Bebola air tu berubah menjadi sebuah letusan air. Letusan itu di tembak ke Speedy yang masih lagi jatuh.

BOOOMMM!!!

   Tubuh Speedy lecun akibat serangan Bea. Speedy memusing tubuhnya untuk mengeringkan air yang ada.

   “Ikatan akar!!” Arah Qayla. Speedy menganggukan kepala.

   “Ikatan Akarr!!!” Kata Speedy.

   Speedy menyentuh permukaan tanah. Empat buah akar keluar dari tanah dan mengikat tangan dan kaki Bea.

   “Tendangan tanah!!!” Jerit Speedy dan Qayla serentak.

   Speedy melompat dari posisinya. Kakinya mengeluarkan kuasa. Dia menendang Bea dengan kuat. Bea jatuh ke bumi. Tiba-tiba..

   “Pahlawan Lemah??? Apa yang kamu semua lakukan di hutan ni?? Buat bising sahaja di sini.” Tiba-tiba muncul suara yang garau.

   Mereka  berkumpul ke suatu kawasan. Mereka semua melihat sekeliling kawasan itu. Tiada sesiapa. Hanyalah suara yang keluar.

   “Kenapa? Kau cari Aku?” Soal suara garau itu.

   “Siapa kau? Apa yang kau nak?” Soal Qayla dengan berani.

   “Kamu semua bodoh!! Sungguh menghampakan, pahlawan Buana Mergastua yang dikatakan bijak dan kuat tidak boleh melihat Aku.” Kata suara itu dengan angkuh.

   “Axel! Dari mana suara tu datang?” Soal Eira kepada rantai miliknya.

   “Dari belakang.” Jawab Axel.

   Mereka semua menoleh ke belakang. Masih tiada apa-apa. Hanya pohon dan tumbuhan.

   “Pokok itu yang berbicara.” Kata Axel.

   “Pokok??” Kata Zarrar dengan penuh tanda tanya.

   “Ya. Namanya Garganbuhan. Mergastua jenis tumbuhan. Kuasanya ialah daun dan tanah.” Terang Axel.

   “Hahahah!! Pandai juga kau mencari aku.” Tawa suara itu.

   Sebuah pokok gergasi yang berada di hadapan mereka bergerak. Muncul dua pasangan mata. Matanya berwarna merah dan hitam.

GASPPP

   Mereka semua terkejut melihat tumbuhan itu.

   “Huh?? Tumbuhan pun Mergastua ke??” Soal Firdaus kepada Jax.

   “Ya” Jawab Jax.

   “Ohh... Jap. Cuba korang tengok mata Dia, warna merah dan hitam...” Kata Firdaus lagi. Mereka tidak lagi terkejut apabila Firdaus mengatakan itu.

   “Lynxia yang hantar kau kan Garganbuhan?” Soal Eira.

   “Heh.” Suara Lynxia yang lunak muncul.

   “Sudahlah Lynxia. Kau tak penat ke buat semua ni?” Soal Zarrar dengan tegas.

   “Aku mengalah? Lambat lagi!!” Kata Lynxia.

   Sebuah akar tebal muncul dari tanah. Akar yang tebal itu membentuk sebuah perangkap dan memerangkap mereka semua.

  

BeastWhere stories live. Discover now