Dengan sekelip mata, mereka tiba di taman berhadapan dengan gunung Istana Sang Aura. Mereka menikmati keindahan permandangan disitu. Mereka melihat Firdaus dan mergastua yang lain berada di taman itu juga.
“Fir!!” Jerit Zarrar dengan gembira selepas melihat susuk tubuh Firdaus itu.
“Eh?!? Korang semua dah evolusi?” Firdaus melihat kesemua mergastua Zarrar dan Qayla sudah berubah bentuk.
“Ya.. Aku Tangkasa evolusi dari Speedy!” Kata Tangkasa.
“Ni pulak Rerama dan Guntular..” Kata Tangkasa sambil menunjuk kedua-dua ekor mergastua itu.
“Wahh!!!” Firdaus terkesima melihat Mergastua-mergastua yang telah pun berevolusi itu.
Mereka semua berbual dan menceritakan satu-persatu perkara yang terjadi pada diri masing-masing. Mereka juga menceritakan bagaimana mereka berjumpa dengan mergastua baru dan bagaimana mergastua mereka berevolusi. Mereka melabuhkan punggung mereka diatas rumput taman berhadapan dengan gunung Istana Sang Aura itu. Mereka bergelak tawa bersama-sama. Kegembiraan yang hilang selama sehari itu kembali semula apabila mereka bersatu.
Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki tua mendekati mereka. Mereka bangun berdiri dihadapan lelaki tua itu. Seekor naga gergasi bersisik putih berterbangan di langit.
“Pahlawan Buana Mergastua telah pun bersatu semula..” Lelaki tua itu membuka mulutnya. Dia mendekati Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus dan yang lain.
“Oh ya.. lupa pula nak perkenalkan..” Balas Eira. Percakapannya terputus selepas lelaki tua itu mengangkat tangannya suruh Eira berhenti.
“Tidak mengapa biar Aku sahaja yang memperkenalkan diri.. Aku Cihan.. Boleh panggil Tuan Cihan.. Aku waris atau anak kepada Haania iaitu Pahlawan Dimensi..” Kata lelaki tua itu.
Kesemua mergastua yang berada di situ terkejut. Naga gergasi bersisik putih mendarat ke taman berhadapan dengan gunung itu. Dia Sang Aura.
“Sang Aura.. Kami minta maaf.. Kami lambat menyelamatkan ketua puak mergastua. Sekarang, mereka sudah terkorban..” Kata Firdaus selepas melihat Sang Aura itu. Zarrar, Qayla, Eira dan Tuan Cihan menunjukkan ekspresi muka yang sedih.
“Tidak mengapa.. yang sudah itu sudahlah.. Ya. Aku pun sedih kehilangan mereka. Mereka adalah sahabat Aku..” Kata Sang Aura dengan penuh sayu.
“Jadi? Apa tindakan Kita seterusnya? Sang Bayu, Sang Gelora, Sang Batua dan Sang Bara sudah terkorban. Peluang untuk Kita menang tipis..” Zarrar menyampuk.
“Betul.. tetapi itu bukan alasannya untuk kita mengalah.. Kita perlu fikirkan cara untuk menyelamatkan Buana Mergastua dari ditakluk oleh Lynxia..” Balas Tuan Cihan.
Mereka semua berfikir cara lain untuk menyelamatkan Buana Mergastua.
“Aku ada idea...” Kata Qayla sambil tersenyum sinis.
“Apa ideanya?” Soal Sang Aura.
“Dimensi ada banyak, kan Tuan Cihan?” Soal Qayla kepada lelaki tua berpakaian serba kuning cair itu.
“Ya..” Tuan Cihan balas sambil mengangguk.
“Kita boleh pindahkan kesemua mergastua ke dimensi lain dan bina kehidupan baru disana..” Cadang Qayla. Mereka yang lain terdiam mendengar cadangan itu.
“Apa?? Kau biar betul? Terlampau banyak jenis mergastua kat sini. Macam mana kita nak pindahkan?” Soal Zarrar kebingungan.
“Kita buat satu pengisytiharaan di Istana Sang Aura. Bawa mereka berkumpul di padang ni dan beritahu yang mereka akan berpindah ke dunia baru..” Cadang Qayla lagi.
“Tetapi dimensi mana? Macam mana kita nak buka portal dimensi tu?” Soal Zarrar lagi kepada Tuan Cihan.
“Aku ada kuasa yang boleh membuka pintu gerbang kemana-mana sahaja yang Aku mahu. Termasuklah ke dimensi lain..” Jawab Tuan Cihan.
“Ohh..” Balas Zarrar, Qayla, Eira dan Firdaus serentak.
“Bernas!!” Tuan Cihan memuji.
“Macam mana sekarang ni? Perlu ke kami pergi ke semua kawasan dimensi ni dan panggil mereka??” Soal Eira.
“Tidak.. Kerana Sang Aura tahu caranya..” Balas Tuan Cihan. Sang Aura tersenyum.
“Macam mana?” Soal Qayla.
“Begini!” Kata Sang Aura.
Mata Sang Aura mengeluarkan satu cahaya berwarna putih. Dia mula berkata-kata.
“Sila hadirkan diri ke taman berhadapan dengan gunung Istana Sang Aura.. Ini adalah satu perintah! Perintah ini untuk kesemua mergastua yang hidup di dimensi ini!” Perintah Sang Aura.
Cahaya dari mata Sang Aura hilang.
“Selesai.. Sekarang, tunggu kehadiran mereka semua..” Kata Sang Aura lagi.
“Huh?!?! Apa dah jadi??” Soal Zarrar.
“Itu adalah cara Sang Aura memberikan perintah kepada mergastua-mergastua. Dengan menggunakan cara itu, perintah itu akan muncul di fikiran mergastua-mergastua. Mereka juga tahu itu adalah perintah Sang Aura.” Jelas Petuza. Zarrar, Qayla, Eira dan Firdaus mengangguk tanda faham.
“Sementara menunggu, kita boleh buat persiapan untuk pemindahan mergastua-mergastua ke dimensi yang baru.” Kata Tuan Cihan.
“Tuan Cihan sudah jumpa dimensi yang sesuai untuk mereka??” Soal Qayla.
“Sudah.. Aku membuat keputusan untuk memindahkan mereka ke dimensi yang serupa seperti dimensi kita. Iaitu dimensi 2045U. Dimensi yang sangat serupa dengan kita cuma manusia di situ vegetarian. Jadi, mereka tidak akan menjadikan mergastua-mergastua sebagai makanan mereka..” Jelas Tuan Cihan.
“Wahh.. pilihan yang bijak!” Puji Sang Aura.
*****
Di suatu kawasan yang jauh dari pengetahuan mergastua-mergastua. Di dalam sebuah gua, gua itu ditutupi dengan akar-akar pokok yang banyak menjadikan gua itu sukar untuk dimasuki oleh mergastua-mergastua liar.
Di dalam gua itu terdapat seorang perempuan bersusuk tubuh yang sangat cantik. Pakaiannya serba hitam. Dia memakai topeng berbentuk harimau. Dia ialah Lynxia.
“Akhirnya... Sudah lama kau menghilang.. Hahaha!” Gelak perempuan itu.
“Berkerjalah untuk Aku, Garuara!” Jerit Lynxia dengan kejam.
Diluar gua. Terdapat sebuah tempat yang tertutup. Didalam itu terdapat seekor burung garuda gergasi berbulu serba merah dan jingga. Kuasanya yang sangat kuat menjadikan dirinya penuh dengan api. Sayap dan kakinya dijerat dengan rantai besi.
“Arghh!!” Jerit burung garuda bernama Garuara itu. Dia cuba untuk melepaskan dirinya dari terjerat dengan rantai besi itu.
“Tuangkan cecair tu, Phoenza! ” Arah Lynxia kepada seekor lagi burung gergasi yang telah pun berada diluar sama seperti Garuara.
“Baik!” Burung gergasi bernama Phoenza akur dengan arahan Lynxia itu.
Phoenza menuang sebaldi cecair berwarna hitam ke tubuh Garuara. Garuara meronta kesakitan. Apabila terkena cecair itu, matanya berubah serta-merta kewarna hitam dan merah.
“Hahahahaha!!” Tawa Lynxia dengan kejam.
“Bergerak ke istana Sang Aura dan musnahkan naga tu!” Arah Lynxia.
Lynxia keluar dari gua itu dan naik ke atas tubuh Phoenza. Phoenza membuka sayapnya dan mulakan penerbangannya ke pergunungan Istana Sang Aura. Garuara yang sudah dikawal oleh Lynxia itu mengikut jejak Lynxia dan Phoenza dari belakang.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...