5

12 1 0
                                    

   Selepas 2 jam menunggu dalam kereta api elektrik, akhirnya Zarrar sampai juga di rumah. Dia membuka pagar rumah dan berjalan menuju ke  pintu utama rumahnya. Dia membuka ikatan tali kasut dan mengetuk pintu rumah banglo milik Mama kesayangannya itu

   “Assalamualaikum Mama...”. Zarrar memberi salam.

   “Waalaikumussalam. Sampai jugak anak Mama ni..”. Puan Zahra menjawab salam.
  
   Puan Zahra mengusap rambut anak bongsunya itu, Zarrar memeluk erat tubuh Mama kesayangannya. Zarrar melemparkan senyuman manis.

   “Macam mana first paper BM tadi? Okay tak?”. Puan Zahra melontarkan soalan kepada Zarrar yang masih lagi memeluk tubuhnya.

   “Alhamdulilah... Semuanya okay je. Nasib senang soalan tadi!”. Zarrar menjawab pertanyaan Mamanya.

   “Alhamdulilah... Mama tahu anak Mama ni memang pandai. Dah, dah, pergi mandi”.

   “Okayy!”. Zarrar menganggukan kepalanya. Segera menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.

   Setelah selesai membersihkan diri, Zarrar turun untuk makan tengah hari. Walaupun Dia kelihatan gembira, Dia masih rasa gementar dengan kertas peperiksaan yang akan dijawab pada esok hari.

******

   Sembilan hari telah berlalu, bermaksud mereka telah selesai menjawab sembilan kertas soalan peperiksaan akhir. Hanya tinggal satu sahaja kertas soalan yang mereka perlu jawab iaitu kertas soalan Sejarah. Subjek yang mereka perlu lulus untuk mendapatkan sijil.

   Zarrar sampai di stesen kereta api elektrik Kota Jawhara. Dia menunggu selama 30 minit, akhirnya kereta api telah tiba. Dia tidak nampak dua kawan baiknya.

   “Parents diorang hantar kot..”. Bisik Zarrar di dalam hati. Dia kemudiannya mengeluarkan kad pengguna pelajar dan memberikan kepada sebuah mesin untuk pengesahan. Selepas pengesahan di terima, Dia masuk, duduk di tempat biasa Dia duduk. Zarrar termenung dan memikir sesuatu.

   “Best jugak kalau habis exam ni pergi vacation dengan Fir, Eira untuk hilangkan stres. Tapi nak pergi mana? Takpalah, tu nanti boleh fikir. Sekarang ni Aku kena fokus and jawab betul-betul, tinggal lagi 1 paper je pastu? Pastu merdekalah apa lagi. Hahaha”. Kata Zarrar pada hati sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

   Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya kereta api elektrik tiba di destinasi yang ditujui.
  
   “Anda telah tiba di destinasi yang anda tuju”. Suara rakaman kereta api elektrik bersuara bermakna Zarrar sudah tiba di stesen kereta api elektrik yang berdekatan dengan sekolahnya. Dia keluar dari kereta api,  Dia menuju ke arah pintu keluar stesen dan berjalan kaki untuk ke sekolahnya. Begitulah rutin Dia ke sekolah. Tetapi Dia agak sedih kerana hari ini merupakan hari terakhir Dia bersekolah di Jawhara High School, Dia juga gembira kerana peperiksaan yang di tunggu-tunggu sejak umur 13 tahun hampir berakhir.

   Dia memulakan langkahnya, dari stesen itu sudah jelas kelihatan sekolahnya. Dia berjalan dengan santai sambil menikmati suasana pagi yang tenang, sangat tenang kerana tiada banyak kenderaan pada waktu pagi. Zarrar juga memikir tentang kemana arah tujunya selepas ini, sudah tentu Dia akan ke universiti.

    Selepas sepuluh minit berjalan kaki, Zarrar akhirnya tiba di depan pagar sekolah. Dia masuk dan terus ke lokernya untuk menyimpan barang-barang berharga. Dia masih menunggu kehadiran sahabat baiknya iaitu Firdaus dan Eira.

    “Weii Zarrar!!!”. Suara yang garau menjerit nama Zarrar. Firdaus rupanya. Firdaus yang memakai kemeja berwarna hijau tua itu menyapa dan duduk bersebelahan dengan Zarrar.

   “Tak reti bagi salam ke?”. Zarrar menjawab dengan nada mengusik.

   “Eh lupa. Assalamualaikum”. Firdaus menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   “Waalaikumussalam. Wahh cantik do baju kau!”. Zarrar memuji kemeja yang dipakai oleh Firdaus itu.

    “Aku thrift je kemeja ni”. Firdaus menjawab.

    “Kat mana thrift store nya? Aku nak pergi do. Dah lama tak pergi thrifting.”. Zarrar melontarkan soalan.

    “Kat pekan Daisi. Nanti Aku tunjuk jalan”. Firdaus dan Zarrar berbual. Mereka melupakan sementara tentang kertas peperiksaan subjek sejarah yang akan mereka duduki sebentar sahaja lagi.

   Selepas 15 minit mereka berbual, Eira pun tiba di sekolah. Dia memakai blazer hitam pada hari ini. Seperti biasa, Dia ke loker untuk menyimpan barang-barang berharganya. Dia menuju ke meja dimana Zarrar dan Firdaus sedang berada di situ. Mereka bertiga berbual sehinggalah pengawas peperiksaan memberi arahan kepada semua calon untuk masuk ke dalam dewan.

   “Kesemua calon diminta untuk masuk ke dalam dewan Kastelia dengan segera kerana peperiksaan akan bermula sebentar sahaja lagi..”. Pengawas peperiksaan memberi arahan dengan menggunakan alat pembesar suara.

   “Good luck korang!”. Eira mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua sahabatnya. Zarrar dan Firdaus hanya memberikan senyuman manis kepada Eira. Mereka bertiga masuk ke dalam dewan.

   Selepas 2 jam, mereka telah pun selesai menjawab kertas peperiksaan subjek sejarah. Ini bermakna mereka sudah selesai menjawab peperiksaan akhir gred 11. Peperiksaan yang ditunggu-tunggu akhirnya telah berakhir dan sekarang mereka telah bebas daripada dunia persekolahan. Ia agak sedih tetapi dalam masa yang sama ia juga amat menggembirakan. Mereka sudah tidak perlu bangun awal pagi untuk ke sekolah lagi.

   “Yeayyyyy dah habis sekolah!!!!”. Eira menjerit sekuat hati apabila sudah keluar dari pintu dewan peperiksaan. Ke semua calon tersenyum melihat perbuatan Eira itu seperti mereka setuju dengan tindakan itu.

   “Weh! Macam mana soalan sejarah tadi? Bagi Aku senang je. Hahah”. Firdaus tergelak kecil.

   “Haah. Senang gila lagi-lagi soalan bahagian B.”. Zarrar menjawab.

   “Senang! Dahlah weh, jom lepak cafe. Aku belanja!”. Eira mengajak Zarrar dan Firdaus ke kafe.

   “Jomm!”. Zarrar dan Firdaus setuju.


******


   Mereka bertiga memilih untuk ke kafe yang mereka selalu pergi. Mereka duduk bersama-sama di satu meja. Seorang pelayan datang untuk mendapatkan pesanan.

   “Ya. Ada apa yang boleh saya bantu? Ini menunya”. Pelayan itu memberikan buku menu kepada mereka bertiga.

   “Saya nak and waffle blueberry dengan air coklat ais”. Zarrar memberikan pesanan.

   “Saya pula nak 1 set takoyaki dengan teh ais”. Eira memberikan pesanan nya.

   “Saya nak kek red velvet dengan susu sejuk”. Giliran Firdaus pula membuat pesanan.

   “Baiklah. Tu sahaja kan?”. Pelayan melontarkan soalan kepada mereka bertiga.

   “Yupp”. Eira menjawab.

   “Korang ada apa-apa plan ke cuti ni?”. Firdaus membuka topik dengan menanyakan soalan kepada Zarrar.

   “Aku ada. Memandangkan kita tak tahu nak buat apa cuti ni, apa kata kita pergi vacation untuk realease tension?”. Zarrar memberi idea kepada mereka berdua.

   “Wahh! Best jugak. Tapi kat mana nak pergi vacation?”. Eira melontarkan soalan kepada Zarrar. Firdaus hanya mendengar apa yang sedang dibincangkan oleh mereka berdua.

   “Itu Aku belum decide lagi. Tula yang Aku bagitahu korang, mana tahu korang ada idea ke nak pergi mana”. Zarrar menjawab.

   “Macam mana kalau Kota Nahla? Hiking kat gunung Ancala?”. Eira memberi idea lokasi yang akan menjadi lokasi percutian mereka bertiga.

  

BeastWhere stories live. Discover now