Pada waktu yang sama dimana Zarrar, Qayla dan yang lain sedang bertarung bersama Guntular dan Kingwaka, Eira dan yang lain pula sedang menghadapi musuh baru iaitu Rerama. Firdaus dan Akuana menunggu ketibaan Purra dari laut.
“Lama lagi ke Purra ni?” Soal Firdaus.
“Entahlah Fir..” Kata Akuana pula.
Tiba-tiba...
SEPLASH!
Sebuah hempasan ombak berlaku di hadapan mata Firdaus dan Akuana. Laut mula bergelora, seekor udang galah gergasi. Tubuhnya setinggi enam kaki. Dia mempunyai cengkerang berwarna kelabu dan dan merah delima. Kakinya menghentak ke permukaan tanah.
“A-Apa bendanya ni??” Soal Firdaus dengan cuak.
“Macro!!” Jerit Purra yang berada di atas tubuh udang galah gergasi itu.
“Ni ke kawan kau tu Purra?” Soal Akuana pula.
“Ya..” Jawab Purra dengan ringkas.
“Oh... Jax, dapatkan maklumat tentang mergastua ni!” Arah Firdaus kepada Jax.
“Macro. Mergastua udang galah gergasi. Kuasanya boleh mengawal kuasa pengklonan atau memecahkan dirinya kepada kuantiti yang lebih banyak. Dia juga boleh mengawal elemen elektrik.” Jawab Jax.
“Haii!! Kau ke pahlawan Buana Mergastua yang dah jadi bualan penduduk di sini? Aku tak sangka dapat juga berjumpa dengan kau!!” Macro membuka mulutnya. Dengan serta merta Dia memeluk erat tubuh Firdaus dan Akuana.
“Arghhhh!” Jerit Firdaus dan Akuana. Firdaus dan Akuana kelihatan sedang sesak nafas akibat dipeluk oleh Macro. Selepas mendengar mereka menjerit, Macro melepaskan pelukannya.
“Ya.. Aku pahlawan buana mergastua dan ni pasangan mergastuaku, Akuana dan Purra.” Firdaus menjawab soalan Macro.
“Jadi.. macam mana kita nak ke pulau puak laut? Perlu ke Kita bina jambatan dengan kuasa tanah?” Soal Akuana bertubi-tubi.
“Tak. Aku boleh menghasilkan bebola buih untuk Kita berjalan dalam dasar laut.” Jawab Macro.
“Wahh!! Idea yang bernas!” Balas Purra selepas mendengar buah akal Macro yang bernas itu.
“Sekejap.. macam mana kau nak hasilkan buih kalau kau hanya boleh mengawal elemen elektrik?” Soal Firdaus pula.
“Soalan yang bagus... Aku berkebolehan untuk menghasilkan buih yang kebal dari mulut Aku.” Terang Macro.
“Betul ke Jax?” Soal Firdaus kepada Jax.
“Ya..” Jawab Jax.
“Aku tak nak buang masa. Mari bergerak!” Kata Firdaus dengan semangat. Mereka semua mengangguk.
Macro membuka mulutnya yang kecil itu. Muncul sebuah bebola jernih bersaiz lebih besar dari dirinya. Firdaus naik ke atas tubuh Macro, Macro masuk ke dalam buih yang dihasilkan olehnya. Mereka mula masuk ke dasar laut untuk ke pulau puak laut. Akuana dan Purra berenang mengekori Macro dan Firdaus dari belakang.
Didasar lautan. Macro berjalan di dasar laut itu dan Akuana dan Purra berenang dari belakang. Mereka melihat keindahan lautan itu yang amat cantik, terdapat banyak kehidupan yang hidup di dalam lautan yang luas itu.
“Lautan ni ada nama ke?” Tiba-tiba soalan ini muncul dari akal Firdaus. Dengan pantas Dia menyoal kepada Macro.
“Sudah tentulah ada. Selamat datang ke Luatan Guasa!” Balas Macro.
“Wahhh!!!” Firdaus terkesima.
“Apa nama mergastua tu Jax?” Soal Firdaus apabila melihat seekor ikan paus bersisik biru gelap itu.
“Purbaus. Mergastua lagenda paus. Dia mampu mengawal elemen air dan ais.” Jawab Jax.
“Wahh!! Menariknya Buana Mergastua ni!!” Kata Firdaus dengan sangat teruja. Tiba-tiba...
Paus itu menolehkan pandangannya kepada mereka. Dia berenang dengan tangkas ke arah mereka. Mereka terkejut apabila melihat tindakan Purbaus itu.
“Aaaaa!! Kenapa Dia kejar kita??” Soal Macro sambil membuat satu pecutan yang amat pantas. Akuana dan Purra pula mengekori dari belakang.
“Cuba kau lihat matanya dengan teliti..” Arah Akuana.
“Nampak pelik. Matanya yang asli lain warnanya. Kenapa matanya boleh jadi merah dan hitam?” Soal Macro lagi.
“Dia dikawal oleh Lynxia.” Jawab Purra.
“Lynxia?? Oh.. jadi begitu caranya untuk mengesan mergastua yang dikawal oleh Lynxia. Tapi kenapa Purbaus?? Aku tidak mampu untuk menentangnya.” Kata Macro.
“Jangan risau... Kau selamat dengan kami.” Firdaus menenangkan keadaan Macro yang sangat bimbang.
“Purbaus! Tembakan ais!” Suara Lynxia muncul. Lynxia mangarah Purbaus.
Sebuah bebola ais ditembak ke arah mereka. Mereka berenang dengan laju.
“Macam mana kita nak lawan ni? Susah kalau dalam air..” Soal Akuana.
“Kita mesti juga buat medan perang di tengah-tengah lautan ni!” Balas Purra.
“Tapi macam mana??” Soal Firdaus pula.
“Haa!! Aku ada idea! Aku gunakan kuasa Aku untuk mengklonkan Akuana menjadi lebih banyak, jadi Dia boleh lah mengangkat tanah dasar laut ni jadi medan perang.” Macro mendapat buah fikiran.
“Lebih banyak kuantitinya, lebih cepatlah kerja yang nak dilakukan.” Balas Purra pula.
“Kalau macam tu.. Cepat! Kita kesuntukan masa” Kata Firdaus.
“Kuasa pengklonan!!” Jerit Macro.
Tangan macro mengeluarkan sebuah kuasa, Dia menyentuh tubuh Akuana. Tiba-tiba.. Bilangan Akuana menjadi lebih banyak. Dari satu, menjadi sepuluh tubuh Akuana muncul akibat sentuhan Macro.
“Wahhh!!” Firdaus dan Purra terkesima.
“Sekarang Akuana!” Arah Firdaus. Kesepuluh tubuh Akuana itu mengangguk.
“Angkatan tanah!!” Kata kesepuluh Akuana itu dengan serentak.
Sebuah tapak tanah yang berbentuk segi empat tepat diangkat ke atas. Akuana mengangkatnya dengan kuat. Akhirnya tanah itu berjaya diangkat. Mereka berenang ke atas dan naik ke medan perang.
“Kembalikan Aku ke bentuk asal...” Arah Akuana.
“Baik!!!” Balas Macro. Tangannya menyentuh tubuh salah satu dari sepuluh Akuana. Klon-klon yang lain hilang dan hanya terdapat seekor Akuana yang asli.
“Mana Purbaus tu??” Soal Purra.
“Mestilah dah lari!” Kata Macro dengan berlagak.
“Siapa kata??” Suara Purbaus kedengaran. Mereka semua membulatkan mata.
“Ombak pembeku!” Jerit suara Purbaus. Ombak muncul dari arah kanan mereka. Dengan serentak mereka menolehkan pandangan mereka ke arah itu.
“Purra! Letusan air!” Arah Firdaus. Purra mengangguk.
Purra menghentak tanah. Air naik dan berkumpul di cengkerang ungu miliknya. Sebuah air ditembak ke ombak pembeku itu. Tembakan itu membeku sejurus sahaja terkena ombak.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...