Iric mengangkat kedua-dua sayapnya. Dia membentuk sebuah bola elektrik. Sebuah tembakan ditembak melalui bola itu. Tembakan itu dituju ke Belrama.
“Elak!” Arah Qayla. Dengan pantas Belrama mengelak serangan Iric.
“Whoaaa!!! Laju juga si Belrama ni.” Kata Speedy yang berada di tepi pertarungan itu.
“Tembak sampai kena!” Arah Zarrar dengan penuh keyakinan. Iric hanya angguk setuju.
“Tembakan guruh! Berkali-kali!” Jerit Iric.
Tidak sempat Belrama mengelak, tembakan itu berjaya menembak tubuh Belrama. Belrama jatuh ke bumi.
“Arghhhh!!!” Jerit Belrama kesakitan.
“Okay.. sudah.. Kau menang kali ni Zarrar..” Kata Qayla dengan penuh pasrah. Dia berlari ke arah Belrama untuk melihat keadaannya. Zarrar dan Iric hanya menganggukan kepala.
“Kau okay tak Belrama?” Soal Qayla kepada ulat beluncas berkulit perang cair itu.
“Aku cuma letih sahaja.. Aku perlukan air..” Balas Belrama dengan penuh keletihan.
“Dah.. Jom rehat..” Kata Qayla lagi.
Malam menjelma. Mereka bermalam di perkampungan bunga ungu cair itu. Mereka juga menyediakan makanan sebagai makan malam.
“Korang semua makan buah-buahan ni..” Kata Eira. Eira menghidangkan buah-buahan segar yang baru sahaja dipetik kepada Layana, Browaya, Nekko, Iric, Herrlaa, Speedy, Belrama, Akuana dan Purra.
“Kau masak apa malam ni, Qayla?” Soal Firdaus kepada sahabatnya itu.
“Aku masak sup sayur je..” Balas Qayla.
Qayla menghidang empat buah mangkuk berisi sup berserta sayur kepada Zarrar, Firdaus dan Eira. Mereka menikmati masakan air tangan Qayla sambil berbual tentang cerita masing-masing.
“Aku rasa tenang bila kat sini.. bukan macam kat Nahla, setiap hari Aku stres..” Kata Qayla sambil menghirup kuah sup sayur air tangannya.
“Haah.. Walaupun Kita sesat kat sini, Aku still enjoy bila ada kat sini.” Kata Firdaus pula.
“Aku lupakan fasal final year exam kita tu bila ada dekat sini. Memang tenang rasa kat sini..” Kata Zarrar.
“Betull! Aku setuju dengan Zarrar. Aku memang dah lupa yang sebenarnya Kita ni pergi vacation..” Kata Eira sambil mengukir senyuman.
“Tak sangka.. Dah 4 hari Kita kat sini..” Kata Eira lagi. Qayla, Firdaus dan Zarrar hanya tersenyum. Ada juga perasaan rindu akan keluarganya di Jawhara dan Nahla.
Mereka menghabiskan makanan mereka dan mengambil angin di persekitaran kampung Lavendana sebelum tidur. Mereka menghidu aroma harum dari Lavendana.
“Hai Lavendana...” Eira menegur bunga ungu cair yang sedang berehat di hadapan khemahnya.
“Hai, Pahlawan..” Balas Lavendana dengan sopan.
“Janganlah panggil Aku macam tu.. panggil Eira je..” Kata Eira dengan segan.
“Baik.. Kenapa Eira? Kau tak boleh tidur ke?” Soal Lavendana.
“Taklah.. Aku sengaja nak nikmati suasana malam di sini..” Balas Eira. Lavendana mengangguk.
“Lavendana.. Kau berada di tahap ke berapa?”. Soal Eira.
“Aku di tahap kedua.. Tahap pertama ialah Haruma, tahap ketiga pula Lavendara.” Jelas Lavendana.
“Oh.. Wanginya bau kau ni.. menenangkan sangat!” Puji Eira.
“Terima kasih..” Lavendana berterima kasih.
“Sama-sama” Balas Eira.
Eira masih lagi menikmati keindahan malam di perkampungan bunga ungu cair manakala Qayla pula sudah nyenyak tidur di dalam khemah. Eira melihat ke arah Zarrar dan Firdaus yang juga sudah nyenyak tidur berlapikkan tikar. Dia juga menolehkan pandangannya kepada Mergastua-mergastua, mereka juga sudah nyenyak dibuai mimpi.
Keesokan harinya.
Langit mulai cerah. Pagi hari di perkampungan bunga ungu cair sangat menenangkan. Haruman Lavendana menjadikan suasana di pagi hari sangat menggembirakan.
Firdaus bangun dari tidurnya. Dia mengosok matanya. Dia bangun dan berjalan ke arah Lavendana. Dia menghidu bau bunga itu, senyuman manis terukir.
“Selamat pagi Lavendana, boleh Aku bertanya?” Soal Firdaus kepada Lavendana.
“Selamat pagi Firdaus! Ya? Ada apa?” Kata Lavendana pula.
“Kat kampung ni ada tak kolam, tasik ataupun sungai?” Soal Firdaus lagi.
“Kat kampung hujung kampung ni ada tasik yang sangat indah..” Jawab Lavendana.
“Boleh kau tunjukkan jalan untuk ke tasik tu?” Soal Firdaus lagi.
“Semestinya boleh.” Balas Lavendana. Lavendana membawa Firdaus ke sebuah tasik di hujung kampung Lavendana.
Selepas beberapa minit berjalan, Firdaus dan Lavendana tiba di sebuah tasik yang sangat besar. Tasik itu dipenuhi dengan teratai dan banyak lagi tumbuhan yang cantik. Terdapat juga mergastua yang hidup disitu. Lavendana kembali semula ke kampungnya. Akuana mengikut jejak Firdaus, Dia juga sampai di tasik yang indah itu.
“Eh? Akuana? Kau dah bangun??” Soal Firdaus yang sedar kehadiran memerang berbulu kelabu muda itu.
“Kau ni.. pergi sini tak ajak..” Kata Akuana sambil bermasam muka.
Firdaus mendukung Akuana. Dia mengusap lembut bahagian atas kepala Akuana.
“Mana ada. Aku nak kau rehat cukup-cukup sebelum latihan kita nanti.. Aku ke sini pun nak mandi dan segarkan badan..” Pujuk Firdaus.
“Hurmmm.. Kau yakin nak mandi kat sini? Tak rasa bahaya ke? Kalau ada mergastua ganas ke dalam ni..” Akuana menakut-nakutkan Firdaus.
“Betul jugak.. Cuba kau check kan ada mergastua ganas tak hidup dalam tasik ni..” Firdaus meminta pertolongan kepada Akuana.
“Yelah..” Balas Akuana. Dia masuk ke dalam tasik dan mula berenang.
Selepas beberapa minit berenang, Akuana muncul semula ke darat. Dia melihat Firdaus sedang duduk dihadapan tasik menikmati pagi hari.
“Macam mana? Okay tak?” Soal Firdaus setelah melihat Akuana muncul dihadapannya.
“Semuanya baik je.. Tiada mergastua ganas yang hidup di dalam tasik ni.” Balas Akuana.
“Oh okayy!” Balas Firdaus.
Firdaus mula membuka baju t-shirt yang dipakainya. Dia hanya mengenakan seluarnya. Dia terjun ke dalam tasik dan bermandi. Akuana juga bermandi bersama-sama dengannya Firdaus.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...