Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus, Nekko, Layana, Akuana, Herrlaa dan Speedy berjalan menuju ke arah Garganbuhan yang masih lagi pengsan.
“Cuba kau check mata Dia.” Arah Eira kepada Firdaus.
Dengan perlahan-lahan Firdaus menyentuh mata Garganbuhan. Dia membuka matanya. Kawalan Lynxia sudah tamat, matanya tidak lagi berwarna merah dan hitam.
“Lynxia dah bebaskan Dia.” Jawab Firdaus dan menutup kembali mata Garganbuhan.
“Baguslah kalau macam tu. Jom Kita teruskan latihan Kita...” Ajak Zarrar.
Mereka semua menganggukan kepala tanda setuju dengan Zarrar. Mereka berjalan meninggalkan kawasan air terjun itu.
“Nekko!!!” Jerit Zarrar. Kemudiannya Zarrar memeluk erat tubuh kucing berbulu serba hitam itu.
“Kau dah evolusi!” Kata Zarrar lagi.
“Hebat Kan??” Kata Nekko pula. Zarrar mengukir senyuman manis.
“Akuana!” Jerit Firdaus pula. Firdaus dan Akuana berpeluk dengan mesra.
“Layana! Hebatnya kau!” Kata Eira pula. Mereka semua bersama Garganbuhan bergerak ke kawasan yang lain untuk meneruskan latihan mereka. Garganbuhan hanya mengikuti pengembaraan mereka kerana dia merasa bosan hidup berseorangan di hutan tebal itu.
“Kau ikut kitorang Garganbuhan?” Soal Qayla.
“Ya. Boleh Kan? Aku bosanlah duduk dekat situ..” Jelas Garganbuhan.
“Boleh je..” Balas Qayla.
Selepas beberapa jam berjalan. Mereka sampai ke sebuah perkampungan yang kosong, tidak berpenghuni. Keadaannya sangat baik. Terdapat banyak bunga hidup di kawasan itu tetapi tiada langsung mergastua yang hidup di situ. Kampung itu hanya dipenuhi dengan bunga-bunga yang harum dan cantik sahaja.
“Kampung apa ni? Kenapa tiada Mergastua yang hidup dekat sini?” Soal Zarrar.
“Wahh!! Cantiknya kampung ni! Banyak bunga!” Kata Eira sambil menghidu bau yang harum dari bunga-bunga berwarna ungu cair itu.
“Betul lah.. kampung ni nampak cantik.. tapi tiada mergastua yang hidup di sini.” Kata Firdaus pula. Garganbuhan dan mergastua yang lain hanya tersenyum mendengar kata-kata Zarrar, Eira dan Firdaus itu.
“Hahaha.. Ni perkampungan Lavendana..” Garganbuhan gelak kecil.
“Lavendana??” Soal Qayla kepada rantai perang miliknya, Max.
“Lavendana. Mergastua bunga harum. Lavendana mempunyai kuasa pengawalan bau dan mengawal elemen bunga. Dia boleh menyebarkan bau yang harum. Tetapi Dia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan apabila berdepan dengan musuh.” Jelas Max dengan panjang lebar.
“Lavendana!” Garganbuhan memanggil mergastua tumbuhan itu.
“Garganbuhan!” Suara yang kecil menjawab panggilan Garganbuhan. Bunga-bunga yang berada di persekitaran kampung itu bergerak perlahan-lahan. Bunga-bunga berwarna ungu cair itu bergerak menuju ke Garganbuhan.
“Aaarghhhh!” Jerit Qayla dan Eira serentak. Mereka berdua amat terkejut kerana mereka langsung tidak menyangkakan bunga yang mereka hidu baunya sebentar tadi adalah seekor mergastua. Zarrar dan Firdaus juga terkejut.
“Dah lama kau tak datang sini!” Kata salah satu dari bunga ungu cair itu.
”P-Pahlawan Buana Mergastua??” Seekor Lavendana lagi bersuara.
“Ya. Kami Pahlawan Buana Mergastua.” Balas Akuana.
Dengan serta-merta sekumpulan Lavendana itu menunduk tanda hormat. Mereka sekali lagi terkejut.
“Eh! Janganlah tunduk-tunduk. Malulah..” Kata Qayla dengan penuh rasa segan.
“Oh.. Baiklah..” Balas Lavendana dengan sopan.
“Boleh kalau kami nak berhenti rehat di sini??” Soal Eira kepada Lavendana.
“Boleh!!” Balas Lavendana dengan gembira.
Mereka semua berhenti rehat di perkampungan bunga ungu cair itu. Mereka berasa sangat tenang apabila menghidu haruman Lavendana.
“Jom berlatih!” Ajak Qayla.
“Jom!” Zarrar, Eira, Firdaus, Nekko, Akuana, Layana, Speedy bersetuju dengan Qayla.
“Zarrar! Kau lawan Aku!” Kata Qayla dengan semangat. Zarrar hanya mengukir senyuman manis dan mengangguk tanda setuju.
Seperti biasa, Zarrar dan Qayla ke tempat yang lebih luas untuk bertarung. Yang lain pula menonton perlawanan itu dari tepi. Zarrar dan Qayla sudah berada di posisi yang tepat. Mereka berdua kelihatan bersedia.
“Enzo! Bebaskan Iric!” Arah Zarrar kepada rantai merah miliknya itu.
Rantai itu mengeluarkan satu cahaya. Cahaya itu menyinari pandangan Zarrar. Muncullah seekor burung kecil berbulu serba kuning.
“Iric? Belrama! Aku perlukan kau!” Kata Qayla pula.
Rantai perang milik Qayla memancarkan satu cahaya yang terang. Muncul seekor ulat beluncas berkulit perang cair. Ulat beluncas itu memandang Qayla dengan yakin.
“Korang mulakan dulu..” Kata Zarrar kepada Qayla dan Belrama. Qayla mengangguk.
“Belrama! Semburan ais!” Arah Qayla kepada ulat beluncas itu.
Belrama membuka mulut kecilnya. Dia menyembur angin-angin dingin ke Iric. Semburan itu terkena bulu Iric. Iric gigil kesejukkan.
“Iric! Libasan tali guruh!” Jerit Zarrar.
Iric terbang ke langit. Dia membuka kedua-dua belah sayapnya. Muncul sepasang tali di sayapnya. Terdapat arus elektrik mengalir di tali itu. Iric melibas tali itu ke tubuh Belrama.
“Arghhh!” Jerit Belrama dengan penuh kesakitan.
“Belrama!!!” Jerit Qayla risau.
“Jangan risau.. Aku tidak apa-apa.. Rasakan ni...” Balas Belrama.
Belrama sekali lagi membuka mulutnya. Keluar serpihan ais dari mulut kecilnya. Serpihan ais itu berterbangan ke udara dan membentuk sebuah bulatan yang menutupi keseluruh tubuh Belrama.
“Perisai pembeku!” Kata Belrama dengan penuh keyakinan.
“Wahhhh..” Qayla sangat kagum.
“Whoaa... Boleh tahan.” Balas Zarrar pula. Iric yang melihat perisai Belrama itu rasa tidak takut langsung.
“Ikat Belrama, Iric!” Arah Zarrar. Iric menganggukan kepalanya.
“Ikatan tali guruh!” Jerit Iric.
Tali yang masih lagi berada di sayap Iric di gerakkan ke arah Belrama. Tali itu mengikat perisai Belrama. Tiba-tiba tali Iric mula membeku.
“Huh?!??” Iric dan Zarrar terkejut.
“Tembakan ais pemusnah!!” Jerit Belrama.
Sebuah tembakan di tembak ke arah Iric. Tali Iric yang membeku itu musnah akibat serangan Belrama. Iric akhirnya jatuh ke bumi.
“Tembakan guruh!” Balas Iric.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...