52

2 1 0
                                    

   Zarrar, Qayla, Eira, Firdaus, Fieger, Hibayu, Tangkasa, Marrina, Herrlaa, Petuza, Browaya, Lavendara, Rerama, Guntular, Chelonirra, Macro dan Sang Urna menuju ke arah Tuan Cihan dan Lynxia.

   “Kau dah tewas, Lynxia..” Kata Sang Urna.

   “To.. Topeng Lynxia dah tanggal??” Soal Qayla. Mereka semua melihat wajah sebenar Lynxia. Mukanya sangat muda jika hendak dibandingkan dengan Tuan Cihan.

   “Ya.. Aku dah tewas.. Aku mengaku kalah..” Kata Lynxia dengan pasrah.

   Mereka semua terdiam mendengar kata-kata Lynxia itu.

   “Kau tunggu apa, Mega? Bunuh sahaja Aku! Aku dah tewas!” Lynxia mendesak Tuan Cihan untuk membunuh dirinya.

   Mereka semua hairan mengapa Lynxia memanggil Tuan Cihan dengan nama Mega.

   “Tidak..” Balas Tuan Cihan pendek. Lynxia membulatkan.

  “Ke.. Kenapa? Aku dah buat silap besar..” Kata Lynxia lagi.

   “Adiratna.. setiap manusia melakukan kesilapan.. Kembalilah ke Hanabira.. Aku, Tagar dan Rawi perlukan kau untuk pasukan kita..” Kata Tuan Cihan.
  
   Tuan Cihan menghalakan tangannya ke arah Lynxia tanda mahu berdamai. Lynxia mengapai tangan Tuan Cihan. Lynxia bangun dari jatuhnya dan memandang ke muka Tuan Cihan. Dia melemparkan senyuman manis kepada Tuan Cihan. Akhirnya, mereka telah pun berdamai.

   Lynxia melirikkan matanya ke arah Sang Urna dan Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua. Dia mahu mengatakan sesuatu.

   “Urna... Pahlawan-Pahlawan.. Aku minta maaf. Aku sedar Aku salah..” Lynxia meminta maaf kepada Sang Urna dan Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua.

   Sang Urna dan Pahlawan-pahlawan Buana Mergastua membalasnya dengan senyuman manis.

   “Tidak mengapa.. Asalkan semuanya selamat..” Balas Sang Urna.

   Mereka semua berdamai.

   “Zarrar, Eira, Qayla, Firdaus.. Sudah tiba masanya untuk kamu semua pulang ke Nahla.. Tugas kamu semua sudah pun selesai..” Kata Tuan Cihan.

   “Yeayy!!” Jerit mereka dengan penuh rasa gembira.

   “Zarrar..” Kata Fieger, Herrlaa dan Petuza dengan penuh rasa sedih.

   “Eira.. Kami tak mahu kehilangan Kau..” Kata Hibayu, Browaya dan Lavendara.

   “Qayla... Jangan tinggalkan kami!” Kata Tangkasa, Rerama dan Guntular sambil memeluk erat tubuh Qayla.

   “Fir.. Kami pasti akan rindukan kau..” Kata Marrina, Chelonirra dan Macro sambil mengalirkan air mata mereka.

   Keadaan mula menjadi sedih. Zarrar mula memeluk erat tubuh Fieger, Herrlaa dan Petuza. Zarrar berasa amat sedih kerana mereka mahu meninggalkan pasangan mergastuanya di dimensi baru itu.

   Eira memeluk erat tubuh Hibayu, Browaya dan Lavendara. Mereka semua mengalirkan air mata kesedihan kerana mereka mahu berpisah buat jangka masa yang sangat lama.

   Firdaus juga memeluk erat tubuh Marrina, Chelonirra dan Macro. Mereka berpelukan dengan penuh rasa kesedihan. Kalau ikutkan, mereka bertiga tidak mahu kehilangan Firdaus tetapi hendak buat macam mana? Firdaus tetap perlu pulang ke dimensi asalnya.

   Qayla mengalirkan air matanya. Dia memeluk tubuh Tangkasa, Rerama dan Guntular. Mereka tidak mahu berpisah tetapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

   “Aku tanak berpisah dengan kau, Zarrar!” Kata Petuza.

   “Aku tak sanggup..” Kata Lavendara kepada Eira.

   “Janganlah pergi, Fir!!” Kata Marrina kepada Firdaus.

   “Qayla...” Rerama mengalir air matanya.

   Firdaus bangun dan melepaskan pelukan Marrina, Chelonirra dan Macro. Dia bergerak menuju ke Tuan Cihan.

   “Tuan Cihan.. Boleh ke kalau kitorang nak bawa balik pasangan Mergastua kitorang ke Nahla??” Soal Firdaus kepada Tuan Cihan.

   “Mestilah boleh!” Balas Tuan Cihan. Kesemua pasangan mergastua Zarrar, Eira, Qayla dan Firdaus terkejut dan menjerit kegembiraan.

   “Yeayyyy!!!!” Jerit mereka semua dengan penuh rasa gembira.

   “Tetapi... Tubuh mereka perlu diubah ke bentuk yang bersesuaian dengan dimensi kita..” Kata Tuan Cihan lagi.

   “Macam mana?” Soal Qayla.

   “Begini..” Kata Sang Urna.

   Sang Urna mengeluarkan sebuah kuasa di tangannya. Kuasa-kuasa itu berubah menjadi serbuk-serbuk berwarna putih ditangan Sang Urna. Dia menaburkan serbuk-serbuk itu ke tubuh Fieger, Herrlaa, Petuza, Hibayu, Browaya, Lavendara, Tangkasa, Rerama, Guntular, Marrina, Chelonirra, dan Macro.

   Tubuh mereka semua berubah menjadi lebih kecil. Fieger berubah menjadi kecil dan bulunya berubah kewarna serba hitam. Tubuh Herrlaa menjadi lebih kecil. Saiznya sama seperti helang biasa. Petuza juga begitu, bulunya berubah kewarna serba biru tua. Tubuh Hibayu mengecil sama saiz seperti Herrlaa dan Petuza. Bulunya berubah menjadi warna serba putih. Tubuh Browaya kembali menyiarap dan menjadi lebih kecil. Tubuh Lavendara mengecil sahaja tiada perubahan yang berlaku. Tubuh Tangkasa berubah menjadi seperti arnab biasa. Rerama berubah menjadi rama-rama yang lebih kecil. Guntular berubah saiz, juga menjadi lebih kecil. Tubuh Marrina, Chelonirra dan Macro menjadi lebih kecil. Tiada perubahan warna terjadi ke Chelonirra dan Macro. Tetapi Marrina berubah warna. Bulunya menjadi serba perang.

   “Dengan bentuk ini.. mereka akan kelihatan seperti haiwan biasa di dimensi kita..” Kata Tuan Cihan.

   “Bagaimana nak tukarkan mereka ke tubuh asal mereka?” Soal Zarrar kepada Sang Urna.

   “Sebut sahaja Pahlawan Buana Mergastua.. mereka akan berubah ke tubuh mereka yang asal.. untuk keselamatan, simpan mereka di dalam rantai kamu. Enzo, Max, Jax, Axel. Jaga Pahlawan Buana Mergastua baik-baik..” Kata Sang Urna kepada rantai-rantai robot itu.

   “Baik!!” Balas Enzo, Axel, Max dan Jax.

   “Oh begitu..” Kata Zarrar, Eira, Qayla dan Firdaus serentak.

   “Fieger, Herrlaa, Petuza. Masuk ke dalam Enzo, sekarang!” Kata Zarrar. Enzo memasukkan ketiga-tiga mergastua kecil itu ke dalam dirinya.

   “Axel! Masukkan mereka!” Kata Eira. Hibayu, Browaya dan Lavendara sempat melemparkan senyuman manis kepada Eira sebelum mereka dimasukkan ke dalam Axel.

   “Jax! Masukkan Marrina, Chelonirra dan Macro!” Kata Firdaus kepada Jax. Jax hanya akur dengan arahan itu. Mereka bertiga dimasukkan ke dalam diri Jax.

   “Max! Masukkan mereka!” Arah Qayla kepada Max. Max memasukkan Tangkasa, Rerama dan Guntular ke dalam dirinya.

   Tuan Cihan melirikan matanya ke arah Zarrar, Eira, Firdaus dan Qayla yang sedang bergembira kerana mereka tidak perlu berpisah dengan pasangan mergastuanya.

   “Zarrar, Eira, Qayla, Fir, Ratna. Kamu semua dah sedia?” Soal Tuan Cihan kepada mereka berlima sambil melemparkan senyuman manis.

   “Sudah!” Kata Zarrar, Eira, Qayla dan Firdaus serentak. Adiratna hanya menganggukkan kepalanya.

   “Baiklah.. Dimensi 0811E! Kuasa Pembukaan Pintu Gerbang!” Kata Tuan Cihan.

   Sebuah pintu gerbang terbuka dihadapan mata mereka berenam.

   “Selamat tinggal!!” Kata mereka berenam sambil melambai tangan mereka kepada Sang Urna dan mergastua yang lain.

   “Semoga kita bertemu lagi, Cihan, Ratna dan Pahlawan Buana Mergastua!” Balas Sang Urna sambil melemparkan senyuman kepada mereka berenam.

   Mereka berenam menganggukkan kepada dan membalas senyuman Sang Urna. Tuan Cihan, Adiratna, Zarrar, Eira, Qayla dan Firdaus masuk ke dalam pintu gerbang itu.

BeastWhere stories live. Discover now