Kota Abyad, Hanabira.
Di sebuah gua, terdapat kediaman yang luas dan indah. Seorang lelaki tua sedang termenung memikirkan sesuatu. Fikirannya menggambarkan empat orang remaja sudah pun masuk ke dalam dimensi asing. Matanya terbeliak seperti terkejut akan kejadian itu.
“Pahlawan-pahlawan sudah masuk ke dalam Buana Mergastua. Peperangan itu hampir tiba, Aku perlu membantu mereka.” Kata lelaki tua itu.
*****
Pulau puak laut, Buana Mergastua.
Aku, Fir, Eira, Qayla, Kidden, Dovea, Bea dan Tokky dibawa ke sebuah tempat penginapan. Purra dan Navua pula membawa Herrlaa ke pusat rawatan untuk memulihkan semula luka teruk yang berada di badan Herrlaa.
“Whoaaa. Cantiknya bilik ni!” Kata Qayla. Eira, Dovea, Qayla dan Tokky menginap di satu bilik yang sama.
“Kann! Aku suka warna and corak Dia.” Jawab Eira.
“Haihhh... Penatnya lawan naga gila siang tadi...” Rungut Tokky.
“Elehhh... Bukan kau guna kuasa kau sangat pun. Nasib ada Herrlaa, kalau tak mesti lagi teruk.” Jawab Dovea.
“Tulah.. kesian pula Aku dengan Dia tu...” Kata Tokky lagi.
“Alaa jangan risaulah. Esok mesti Dia okay.” Kata Eira sambil mengusap lembut bahagian atas kepala Dovea dan Tokky.
Mereka mengisi perut dan berehat di bilik itu sebelum menempuh cabaran pada hari esok.
Sementara itu, di bilik Zarrar dan Firdaus.
“Wei Fir. Kau dah bagi makan dekat Bea?” Tanya Aku.
“Navua dengan Purra dah bagi diorang makan tadi.” Jawab Firdaus sambil membelai bahagian kepala Bea dengan lembut.
“Oh Okay.” Kata Aku lagi. Aku bangun dari bangku dan baring di atas katil yang empuk.
“Tak sangka kan Fir? Kita dah habis exam final year? Aku hampir lupa fasal exam last year dan vacation kita.” Kata Aku sambil merehatkan tubuhku.
“Weiii! Haahlahh. Aku pun lupa, Aku tak sangka pulak yang kita boleh tersesat kat sini and jumpa dengan semua ni” Jawab Firdaus yang masih duduk di bangku sambil memeluk Bea.
“Tulah...” Kata Aku.
Keesokan harinya. Aku, Fir, Kidden dan Bea keluar dari kamar penginapan kami. Aku melihat ke arah pondok kecil yang terletak di hadapan kamar, terdapat Eira, Qayla, Tokky dan Dovea sedang bersarapan. Kami menuju ke arah mereka.
“Good morning korang!” Kata Qayla sambil melemparkan senyuman manisnya kepada kami.
“Good morning!!” Jawab Aku.
“Aikk??? Banyaknya makanan. Korang berdua makan semua ni ke?” Soal Firdaus kepada dua sahabat perempuannya itu.
“Eh taklah mana ada. Makanan untuk korang berdua jugak. Dah, jom makan.” Jelas Eira kepada Aku dan Fir.
“Ouh...” Kata Firdaus. Kami bersarapan bersama-sama. Kidden, Tokky, Dovea dan Bea pula memakan buah yang telah di sediakan oleh Purra dan Navua.
Selepas menjamu selera, kami bersiar-siar di kawasan puak laut. Kami pergi ke pantai untuk menenangkan fikiran. Tiba-tiba...
Seekor burung gergasi terbang ke arah kami. Herrlaa rupanya.
“Wahh korang. Lepak tak ajak Aku.” Kata Herrlaa.
“Ehh? Herrlaa? Kau dah sembuh sepenuhnya ke?” Soal Dovea.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...