Jawhara High School iaitu sekolah dimana Zarrar, Firdaus dan Eira menuntut ilmu. Tahun ini adalah tahun terakhir mereka digelar pelajar di sini. Mereka juga gementar dengan peperiksaan yang akan mereka duduki.
Zarrar baru sahaja sampai di pintu pagar sekolah. Dia tergesa-gesa kerana dia sudah lambat untuk masuk ke kelas.
“Ehemm! Kenapa kau lambat?”. Seorang pengawas lelaki yang berbadan kurus dan tinggi lampai menegur Zaraar.
“Sorry.. Aku lambat sebab stesen kereta api tadi ramai orang”. Dia menerangkan kepada pengawas lelaki.
“Okay faham. Tapi Aku masih kena tulis nama kau masuk rekod disiplin sebab kau datang lambat”. Pengawas lelaki mengeluarkan buku nota kecil dan pen hitam yang berada di dalam poketnya.
“What? Dah bagi alasan pun kena tulis juga?”. Dahi Zarrar mula berkerut.
“Yes. Bagi nama penuh”. Dengan tegasnya pengawas lelaki itu meminta nama penuh Zarrar.
“Zarrar Danial Bin Dini”. Dia menyebut nama panjangnya.
“Okay thanks”. Pengawas lelaki itu sambung menjalankan tugasnya di depan pagar untuk merekod nama pelajar yang lambat hadir.
“Okay...”. Zarrar menghiraukan pengawas lelaki itu dan terus jalan menuju ke dalam bangunan sekolah.
Dia dengan pantas menuju ke kawasan loker pelajar yang terletak di koridor bersebelahan dengan makmal sains untuk menyimpan beg dan barang-barang berharga.
Dia gerak menuju ke kelas 11 Pintar di mana Firdaus dan Eira sedang menunggunya. Dia melihat Eira dan Firdaus sedang mengulang kaji pelajaran.
“Wei korang!”. Zarrar menyapa Firdaus dan Eira. Dia melemparkan senyuman kepada dua sahabatnya itu.
“Wei!”. Serentak Firdaus dan Eira menjawab.
“Kenapa lambat? Jaranglah kau lambat”. Eira melontarkan soalan kepada Zarrar.
“Stesen ramai orang”. Pendek Zarrar menjawab.
“Ouh. Biasalah tu. Kena tahan dengan pengawas yang jaga kat pagar ke?”. Firdaus melontarkan soalan yang kedua.
“Mestilah. Tak fasal je masuk rekod disipilin”. Zarrar tergelak menceritakan kepada Firdaus dan Eira.
“Bila perhimpunan nak mula?”. Zarrar melontarkan soalan kepada Firdaus.
“Aku pun tak tahu. Tunggu pengumuman cikgu jela”. Firdaus membalas sambil mengangkat bahunya. Eira hanya diam dan menyelak buku teks sains miliknya. Mereka berbual kosong sehinggalah guru masuk ke dalam kelas.
“Good morning teacher!”. Ketua kelas 11 Pintar memberi isyarat kepada rakan sekelas dengan bangun dari kerusi dan memberi ucapan selamat pagi kepada guru Bahasa Cina itu. Mereka sekelas belajar sehingga loceng berbunyi.
Kringgggg!
“Assalamualaikum dan selamat pagi, kepada semua pelajar gred 11 boleh bergerak ke dewan sekarang kerana perhimpunan khas akan bermula sebentar sahaja lagi”. Pengendali alat pembesar suara sekolah bersuara.
Bergegas semua pelajar gred 11 menuju ke dewan yang bernama Dewan Kastelia. Dewannya besar. Zarrar dan Firdaus duduk di kerusi yang telah disediakan, kerusi mereka berada di bahagian tengah. Eira pula duduk di tempat duduk perempuan, Eira masih boleh melihat Zarrar dan Firdaus dari jauh.
Dewan Kastelia dipenuhi dengan pelajar gred 11 Jawhara High School. Keadaan dewan amat bising dengan murid-murid berbual, ada yang ketawa dengan kuat, ada yang berbual dengan khusyuk dan ada juga yang memgumpat. Biasalah..
Firdaus yang berjawatan ketua pengawas pun bising? Apa lagi rakan pengawasnya yang lain?
“Di minta semua pelajar yang berada di dalam dewan untuk senyap, perhimpunan akan bermula dalam lima minit lagi”. Pengacara majlis memberi arahan untuk senyap kepada semua pelajar.
“Assalamualaikum dan selamat pagi, saya Fazlina pengacara majlis pada hari ini..” pengacara majlis memperkenalkan dirinya.
“Sebelum memulakan perhimpunan khas pada pagi ini, marilah kita menyanyikan lagu kebangsaan Sahmura dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Umar dari kelas 11 Bijaksana”. Pengacara majlis beredar dan lagu kebangsaan Sahmura berkumandang, pelajar yang berada di dalam dewan menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat. Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, Seorang remaja lelaki berkulit hitam manis menuju ke arah mikrofon dan memimpin bacaan doa. Setelah selesai membaca doa, pengacara majlis kembali semula ke posisinya.
“Seperti para pelajar sedia maklum, pada tanggal 15 November 5055 ini akan berlangsungnya Peperiksaan Akhir Pelajar Gred 11 iaitu pada hari isnin ini. Hanya berbaki 3 hari sahaja lagi untuk semua pelajar gred 11 menduduki peperiksaan ini. Tidak membuang masa lagi, saya menjemput Pengetua Jawhara High School iaitu Dr. Puan Laila untuk memberikan sepatah dua kata...”. pengacara majlis beredar dari posisi. Pelajar memberi tepukan yang gemuruh kepada Pengetua yang amat bergaya itu.
Seorang wanita yang berumur lingkungan 30an itu menuju ke posisi mikrofon. Dia mengayakan blazer putih dan berseluar putih, rambutnya yang berwarna jingga itu diikat rapi. Dia menyabut spek hitam yang dipakainya dan mendekatkan bibirnya kepada mikrofon.
“Assalamualaikum and selamat pagi kepada semua student gred 11, guru-guru, dan pengacara majlis. Pertama sekali, saya mahu mengucapkan tahniah kepada kamu semua yang dapat hadir pada perhimpunan khas hari ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kamu semua yang bakal menduduki exam pada isnin ini iaitu Peperiksaan Akhir Pelajar Gred 11. Keduanya, kamu semua perlu tahu betapa pentingnya exam ini buat kamu semua. Exam ni akan menolong kamu jika kamu mahu menyambung pembelajaran ke universiti ataupun kamu mahu berkerja, jika kamu tidak mempunyai sijil exam ini, kamu tidak akan kemana-mana. Jadi, bagaimana nak dapatkan sijil exam ni? Kamu semua perlu lulus dalam subjek-subjek berikut iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Jika kamu tidak lulus kedua-dua subjek yang saya sebutkan, kamu tidak akan mendapat sijil exam ini. Saya yakin kamu semua sudah belajar bersungguh-sungguh, jadi saya tidak rasa yang Jawhara High School akan mendapat peratusan terendah keputusan Peperiksaan Akhir Pelajar Gred 11. Yang ketiganya....”. Dr. Puan Laila memberi ucapan selama satu jam. Kebanyakkan pelajar sudah mula mengantuk dan ada juga yang terlelap.
“Saya menutup ucapan saya dengan ucapan selamat maju jaya sekali lagi kepada semua pelajar. Selamat maju jaya kepada semua pelajar gred 11 Jawhara High School, kamu semua boleh!”. Puan Laila memberikan senyuman termanis kepada pelajar dan beredar dari posisi mikrofon. Dia duduk di tempat duduknya. Semua pelajar yang berada di dalam dewan memberikan tepukan yang amat gemuruh kepada Puan Laila.
“Baiklah, terima kasih kepada Dr. Puan Laila atas kata-kata semangat yang diberi tadi. Seterusnya, Kita akan memulakan sesi permohonan maaf dan restu kepada guru-guru Jawhara High School. Diminta semua pelajar bangun dan beratur, guru-guru juga diminta untuk beratur di sebelah kanan dewan. Selepas selesai sesi ini, pelajar semua boleh bergerak masuk kelas. Sekian, terima kasih”. Pengacara majlis memberi arahan kepada pelajar dan guru.
Semua pelajar meminta maaf dan memohon restu kepada semua guru yang pernah mereka menuntut ilmu. Berlaku juga drama air mata di antara guru dan pelajar. Usai sesi tersebut, jam menunjukkan jam pukul 12 tengah hari, ada lagi satu jam untuk pulang ke rumah. Mereka menuju ke kelas dan. mengulang kaji pelajaran.
Zarrar, Firdaus dan Eira menuju ke kelas bersama-sama. Mereka mengusap air mata yang menitis dari mata mereka. Dalam kesedihan, mereka juga amat gemuruh untuk menduduki peperiksaan pada Heari isnin ini.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...