24

1 1 0
                                    

   Zarrar, Eira, Firdaus, Qayla, Herrlaa, Kidden, Dovea, Bea dan Speedy terperangkap di dalam sebuah ikatan akar yang membentuk perangkap.

   “Kidden! Bakar perangkap ni!” Arah Zarrar.

   “Baikk!” Balas Kidden.

   Kidden menyembur api ke akar. Keseluruhan perangkap akar itu hangus terbakar. Mereka bebas dari perangkap itu.

   “Bea! Letusan air!!” Arah Firdaus.

   “Letusan air!!” Bea menganggukan kepala.

   Air dari air terjun mengalir dan ditembak ke Garganbuhan. Tubuh Garganbuhan lecun.

   “Heh?? Itu sahaja??” Soal Garganbuhan sinis.

   “Serang mereka Garganbuhan!!” Arah suara Lynxia. Garganbuhan hanya menurut perintah tuannya itu.

   “Akar pengikat!” Kata Garganbuhan.

   Sekali lagi akar-akar gergasi muncul dari bumi. Akar-akar itu menuju ke Bea dan akhirnya Bea terjerat dengan akar itu.

   “Le-lepaskan Aku..” Ronta Bea.

   “Dovea! Sambarkan petir pada akar tu!” Arah Eira pula.

   “Baik. Sambaran petir!!” Jerit Dovea.

   Langit mulai mendung. Kilat menyambar akar-akar gergasi yang mengikat Bea. Kilat itu cuba untuk memutuskan akar tetapi tidak berjaya.

   “Tak boleh.. akar ni tebal sangat..” Jelas Dovea.

   “Hahaha. Akar pengikat!!” Kata Garganbuhan lagi.

   Akar-akar gergasi mengikat tubuh Kidden, Dovea, Speedy, Herrlaa, Zarrar, Eira,Fir dan Qayla pula.

   Tiba-tiba...

   Air dari kolam air terjun bersinar. Air itu mengalir ke tubuh Bea. Air berkumpul dan menutupi keseluruh tubuh Bea yang terjerat dengan akar gergasi.

   Tubuh Bea mengeluarkan cahaya biru. Tubuhnya berubah bentuk, dari tubuh yang kecil kepada lebih besar. Cahaya itu mulai hilang.

   “E-Evolusi??” Bisik Firdaus.

   Bea berubah. Bulunya yang berwarna kelabu kini berubah kepada warna kelabu muda. Tubuhnya tidaklah besar dan tidaklah kecil hanya sederhana sahaja. Tubuhnya sama saiz seperti Speedy.

   “Aku Akuana!!” Kata memerang berbulu kelabu muda itu.

   “Pusaran air!!” Jerit Akuana.

   Akuana berputar. Putaran yang kuat itu memutuskan akar Garganbuhan.

   “Dovea! Kidden! Aku perlukan bantuan kau!” Kata Akuana lagi. Akuana mendekati Dovea, Kidden dan berbisik padanya.

   “Ohh.. hahaha. Baiklah!” Tawa Kidden dengan semangat.

   “Heheh.. Sambaran kilat!!” Jerit Eira.

   “Cakaran bara!!” Jerit Kidden pula.

   “Sabarlah! Aku pun nak tolong jugak!” Speedy menyampuk.

   “Tendangan tanah!!” Jerit Speedy.

   “Rasakan ni Garganbuhan.. Laser air!!” Kata Akuana.

   Mereka berempat menyerang Garganbuhan dengan serentak.

   “Pelindung kayu!” Balas Garganbuhan.

   Serangan mereka berempat terbatas.

   “Heh.. lemah! Akar pengikat!!” Jerit Garganbuhan.

   Garganbuhan mengikat Zarrar, Eira, Qayla, Herrlaa dan Firdaus. Garganbuhan mengetatkan lagi ikatannya.

   “Arghh sakitt!!!” Jerit Zarrar, Eira, Qayla dah Firdaus serentak.

   “Zarrar!!!” Jerit Kidden dengan bimbang.

   “Eira!!” Jerit Dovea.

   “Fir!!” Jerit Akuana.

   “Qayla!!” Jerit Speedy.

   Tiba-tiba..

   Cahaya muncul dan menutupi seluruh tubuh Kidden. Tubuh Kidden berubah menjadi lebih besar. Bulunya yang selama ini berwarna hitam dan merah berubah menjadi keseluruhannya hitam. Saiz tubuhnya sama seperti Akuana. Tidak terlalu sasa dan tidak terlalu kecil. Masih sederhana.

   Cahaya muncul. Cahaya putih itu menutupi tubuh Dovea. Sayap Dovea berubah lebih besar. Tubuhnya juga berubah. Saiznya sama seperti Speedy dan Akuana. Masih lagi sederhana, tidak sebesar Herrlaa. Bulunya kekal berwarna putih.

   “Evolusi secara serentak???” Kata Eira dan Zarrar serentak.

   “Aku Nekko!!” Kucing berbulu hitam itu bersuara.

   “Aku Layana!!” Dovea bersuara.

   “Mergastua tahap 2?? Masih lemah!!” Kata Garganbuhan dengan angkuh.

   “Bayu beliung!!” Kata Layana.

   Bayu melanda Garganbuhan. Tidak tentu arah dibuatnya.

   “Bebola api gergasi!!” Jerit Nekko dengan kuat.

   Sebuah bola gergasi keluar dari mulut Nekko. Bebola gergasi itu mengandungi elemen api yang banyak menjadikan kawasan itu bahang. Dengan pantas Nekko menghempas bebola api gergasi itu kepada Garganbuhan.

   “Tembakan ombak!!” Jerit Akuana pula.

   Air mengalir ke tangan Akuana. Air itu membentuk sebuah bebola air. Bebola air itu mengeluarkan sebuah tembakan air yang sangat dasyat. Akuana menembak ke Garganbuhan yang sudah kepanasan akibat serangan Nekko.

   “libasan akar!!” Kata Speedy.

   Speedy menarik akar dari tanah. Akar itu muncul dan hinggap di tangan Speedy. Speedy melibas akar itu. Garganbuhan jatuh ke bumi dan pengsan akibat serangan mereka berempat.

   “Nekko! Tolong kitorang!” Arah Zarrar yang masih lagi terjerat.

   “baik!” Balas Nekko. Dia mencakar akar-akar yang diikat oleh Garganbuhan. Mereka berlima akhirnya bebas dari akar.

   “Whoaa.. korang semua dah berevolusi ke tahap 2!” Kata Herrlaa dengan bangga.

   “Betul tu.” Kata Zarrar pula sambil mengusap lembut bahagian kepala Nekko.

   “Layana!!” Eira bersuara. Dia memeluk Layana dengan penuh kasih sayang.

   “Akuana!!” Jerit Firdaus. Akuana berlari dan memeluk sahabatnya itu.

   “Speedy!! Aku sayang kau!” Qayla memeluk erat tubuh Speedy.

   “Akuana? Nekko? Layana?” Soal Eira kepada Axel untuk mendapatkan maklumat tentang evolusi mereka yang baharu.

   “Akuana. Mergastua memerang. Boleh mengawal elemen air dan tanah. Nekko pula. Mergastua kucing berapi. Boleh mengawal elemen api. Layana, Mergastua burung bayu. Boleh mengawal elemen angin dan elektrik.” Jelas Axel.

   “Ohh macam tu...” Balas Eira.

BeastWhere stories live. Discover now