10

18 1 0
                                    

   Herrlaa membawa Aku, Zarrar, Firdaus dan Qayla ke sebuah istana yang terletak di sebuah gunung. Aku terpegun melihat kecantikan Istana itu. Cantiknya! Warna putih je semua, ada berlian jugak! Tapi Dia juga takut, entah apalah yang Sang Aura tu nak dekat kitorang berempat ni.

   Burung helang gergasi itu mendarat, Dia menurunkan kami berempat. Ke semua hidupan yang berada di Istana Sang Aura itu terkejut melihat kehadiran kami.

   “Mereka berempat ingin berjumpa dengan Sang Aura.” Kata Herrlaa.

   “Baik..” Kata seekor burung merpati dengan muka yang terkejut.

   “Mari ikut Aku..” Kata burung merpati itu.

   “Kau siapa?” Soal Qayla.

   “Nama aku Merri, pembantu Sang Aura.” Terang burung merpati itu.

   “Boleh Aku tahu siapa Sang Aura?” Soal Firdaus.

   “Sang Aura adalah seekor naga bersisik putih, Dia adalah Raja bagi puak-puak Mergastua.” Terang Merri.

   “Puak Mergastua???” Soal Aku dengan penuh tanda tanya.

    “Ya. Mergastua mempunyai puak sendiri mengikut kuasa yang Mergastua itu punyai. Kalau nak senang faham, Aku boleh mengawal elemen angin, jadi Aku dari Puak Langit.” Terang Merri.
   
   Mereka akhirnya sampai ke singgahsana Sang Aura. Mata Aku terbeliak apabila melihat seekor naga yang bersisik putih sedang duduk di singgahsana.

   “Izinkan patik memperkenalkan empat pahlawan Buana Mergastua yang sudah lama kita nantikan kemunculannya.” Kata Merri kepada Sang Aura. Mata kami berempat terbeliak apabila Merri mengatakan kami berempat adalah seorang pahlawan.

    “Ouh. Silakan masuk, jangan malu-malu buat macam Istana sendiri.” Kata Sang Aura. Sempoi juga naga ni, nampak je macam serius.

   “Nak mula dari mana dulu? Ouh. Selamat datang ke Buana Mergastua wahai manusia. Siapakah nama kalian berempat?” Ucap Sang Aura kepada kami berempat.

   “Patik Zarrar.” Kata Zarrar.

   “Nama Patik Eira.” Jawab Aku.

   “Nama Patik pula Firdaus.” Kata Firdaus.

   “Patik pula Qayla.” Jawab Qayla dengan perasaan takut.

   “Sedap nama pahlawan-pahlawan Buana Mergastua ni.” Kata Sang Aura.

   “Bolehkah patik ingin bertanya soalan kepada beta?” Tanya Zarrar dengan berani.

   “Silakan. Jangan segan-segan, Beta pula yang segan nanti” Kata Sang Aura.

   “Kenapa beta sudah lama tunggu kehadiran kami berempat? Kami sesat di dimensi ini.” Zarrar melontarkan soalan kepada Sang Aura. Aku, Firdaus dan Qayla hanya berdiam diri dan menunggu jawapan dari Sang Aura.

   “Lima abad lalu, berlakunya perang besar melibatkan Puak Mergastua dan Darkroagon. Pada waktu itu, Puak Mergastua dibantu oleh seorang pahlawan perempuan yang berasal dari dimensi kamu berempat. Dia mempunyai pasangan Mergastuanya iaitu seekor burung garuda gergasi, mereka sangatlah rapat sehinggakan burung garuda itu boleh berevolusi ke tahap yang tidak dijangka. Burung garuda itu berevolusi ke tahap yang amat kuat sehinggakan mereka berdua dapat mengalahkan Darkroagon. Di akhir pertemuan Aku dan pahlawan perempuan itu, Dia berkata ‘5 abad yang akan datang, peperangan ini akan terjadi semula. Akan muncul 4 orang pahlawan bersama pasangan Mergastuanya untuk membantu kau menamatkan peperangan itu.’. Selepas itu, Dia membuka pintu gerbang dimensi dan pulang ke dimensinya semula. Aku yakin yang Dia masih hidup lagi sehingga sekarang. Tentang pasangan Mergastuanya, selepas Dia pulang, burung garuda itu menghilangkan diri sehingga sekarang.” Cerita Sang Aura dengan panjang.

   “Jadi, kami berempat ni pahlawan tu?” Soal Firdaus.

   “Ya...” Jawab Sang Aura dengan pendek.

   “Jadi, Mergastua tu adalah adalah hidupan yang boleh mengawal elemen atau kuasa?” Soal Qayla pula.

   “Yaa...” Jawab Sang Aura lagi.

   “Peperangan apa yang akan berlaku lagi?” Soal Zarrar.

   “Beta pun tidak pasti, tetapi Beta dapat rasa yang peperangan ini akan jadi lebih teruk dari yang sebelum ini.” Kata Sang Aura.

   “Macam mana kami nak pulang ke dimensi Kami semula?” Soal Eira pula.

   “Tentang itu, selepas sahaja peperangan itu berakhir, kamu semua akan dihantar semula ke dimensi asal.” Jawab Sang Aura.

   “Okay jap. Kami pun ada pasangan Mergastua?” Eira melontarkan soalan kepada Sang Aura.

   “Ouh yaa. Tentang pasangan Mergastua kamu berempat, mereka berada di tempat yang berbeza. Mergastua Firdaus ada di Puak Mergastua Laut, Mergastua Eira pula berada di Puak Mergastua Langit dan Mergastua Zarrar dan Qayla pula berada di Puak Mergastua Bumi.” Terang Sang Aura.

   “Hahh?” Zarrar terpinga-pinga. Aku tak fahamlah naga ni cakap apa...

   “Jadinya, kamu berempat perlu ke ketiga-tiga puak ini untuk berjumpa dengan pasangan Mergastua kamu semua.” Terang Sang Aura.

   “Baiklah..” Kata Zarrar.

   “Sebelum itu, pakailah rantai ini.” Sang Aura mengangkat tangan kanannya, kuasanya muncul. Dia menggunakan kuasanya untuk mengambil empat buah rantai.

   Rantai berwarna merah kekuningan jatuh ke tangan Zarrar. Rantai berwarna biru tua pula jatuh di atas telapak tangan Firdaus. Rantai berwarna putih jatuh ke tangan Eira. Rantai terakhir yang berwarna perang jatuh ke atas tangan Qayla. Aku memandang rantai itu, begitu juga Firdaus, Zarrar dan Qayla. Rantainya nampak usang.

   “Pakai rantai ini sehingga kamu pulang ke dimensi kamu semula.” Pesan Sang Aura. Air matanya jatuh ke pipi.

   “Beta tak sangka, betul kata-kata pahlawan perempuan itu. Semoga dapat Beta bertemu lagi dengan Kamu semua.” Kata Sang Aura sambil mengelap air matanya.

   “Terima kasih Sang Aura. Kami akan datang ke sini semula jika ada apa-apa yang berlaku.” Kata Firdaus.

   “Sama-sama pahlawan Buana Mergastua.” Jawab Sang Aura.

   Kami berempat keluar dari kawasan itu dengan bimbingan Merri. Kami berempat keluar dari Istana Sang Aura yang besar dan cantik itu. Herrlaa menolehkan pandangannya kearah kami.

   “Dah dapat jawapan?” Soal helang gergasi itu.

   “Dah. Kita perlu ke puak laut, langit dan bumi untuk berjumpa dengan pasangan Mergastua kami.” Jelas Qayla yang sudah tidak takut dengan helang raksasa itu.

   “Uish. Jauh betul puak laut. Takpa, Kita pergi yang dekat dulu, puak langit.” Jawab Herrlaa. Kami berempat menganggukan kepala.

   “Duduk atas badan Aku, Aku taknak bawa guna kaki. Rimas.” Pesan Herrlaa. Kami naik atas tubuh helang raksasa itu. Dia membuka sayapnya dan terbang.

   “Wooohoooo!!!” Jerit Herrlaa dengan kuat. Aku, Firdaus, Eira dan Qayla juga jerit dengan perasaan gembira.

BeastWhere stories live. Discover now