35

1 1 0
                                    

   Di suatu petang, dikala Zarrar, Qayla dan yang lain sedang bertarung dengan Kingwaka, Eira dan yang lain baru sahaja memulakan penerbangannya untuk ke puak langit. Eira, Lavendana dan Browaya berada di atas tubuh Drawaka manakala Layana dan Ramara pula mengekori dari belakang.

   “Aku harap Sang Bayu, Derrtia dan mergastua lain tak apa-apa.” Kata Eira dengan sangat bimbang.

   “Aku yakin mereka tidak apa-apa. Sang Bayu sudah tentu akan melindungi puak langit walau apa jua yang terjadi.” Drawaka menenangkan kebimbangan Eira.

   “Sang Bayu bertarung kut. Takkanlah ketua puak langit tewas? Kan?” Kata Layana pula.

   “Betul apa kata Layana tu. Kau janganlah risau sangat.” Ramara menyampuk.

   “Betul. Kau jangan risau. Kalau apa terjadi, Aku dan yang lain akan lindungi kau.” Kata Browaya pula.

   “Hurmm.. okay..” Balas Eira.

   Tiba-tiba...

SWOSHHH SWOSHHH....

   Taufan yang kuat melanda mereka semua. Drawaka, Layana dan Ramara kuatkan diri dengan sedaya upaya untuk tidak jatuh ke lautan.

   “Itu macam... Itu macam serangan bayu taufan kencang.” Kata Drawaka.

   “Ya.. hanya seekor mergastua berelemen angin sahaja boleh mengawal serangan tu.” Kata Ramara dengan sangat bimbang. Dia seperti sudah tahu siapa yang memberi serangan itu kepada mereka.

   “S-Siapa????” Soal Eira dengan bimbang.

   “Semestinya aku! Hahaha!” Suara lunak kedengaran. Ya, tidak lain dan tidak bukan, itu adalah suara Lynxia.

   “Tolakan angin kencang!” Jerit suara Lynxia itu. Dengan serta merta serangan itu menolak mereka semua. Mereka tidak dapat mengawal terbangan. Mereka akan jatuh ke lautan yang luas.

   “Arghhh!!!” Jerit Drawaka, Eira, Layana, Ramara dan Browaya serentak.

   “Browaya! Angkat tanah dalam lautan ni jadikan pandang macam haritu!” Arah Eira. Browaya akur dengan arahan pasangannya.

   Browaya menstabilkan dirinya. Matanya bercahaya. Dia mengerakkan tangannya. Lautan mula bergegar. Muncul sebuah padang luas di tengah-tengah lautan. Dengan pantas Drawaka terbang semula dan menyelamatkan Eira, Lavendana dan Browaya sebelum mereka jatuh. Layana dan Ramara pula sempat terbang semula sebelum jatuh. Drawaka mendarat dan menurunkan Eira, Lavendana dan Browaya ke padang itu.

   “Lynxia? Apa lagi yang Dia nak?” Soal Eira sejurus sahaja berdiri di atas padang.

   “Aku nak apa? Aku nak halang kau dari selamatkan puak langit!” Suara Lynxia sekali lagi kedengaran.

   “Mergastua apa yang kau gunakan kali ni Lynxia?” Soal Browaya.

   “Kenapa kau gunakan Dia? Tiada Mergastua lain ke kau nak gunakan??” Soal Ramara dengan sayu. Keadaan masih sunyi.

   “Kenapa kau guna Dia? Kau pekak? Ke kau takut? Munculkan dirilah Lynxia pengecut!” Jerit Ramara dengan kuat.

   “Baiklah..” Suara Lynxia turut akan arahan Ramara.

   Taufan muncul dan kelihatan sebuah bebola cahaya berada di dalam taufan itu. Taufan itu, muncul seekor rama-rama gergasi bersayap biru muda dan putih. Saiznya yang amat gergasi itu lebih besar dari Ramara. Matanya juga berwarna merah dan hitam.

   “Aku dah agak.. kau kawal Rerama..” Kata Ramara.

   “Rerama??” Eira menyoal rantai putih miliknya iaitu Axel.

BeastWhere stories live. Discover now