Zarrar dan Firdaus tiba di sebuah restoran. Mereka melihat susuk seorang perempuan yang mereka sangat kenali. Ya, itu Eira.
“Eira!” Kata Firdaus dengan teruja. Zarrar juga tersenyum gembira melihat sahabatnya sudah pulang ke Kota Jawhara.
Dengan pantas mereka duduk di atas kerusi yang semeja dengan Eira.“Zarrar! Fir! Wahh! Makin hensem. Hahaha!” Gurau Eira.
“Hahaha!” Gelak Zarrar dan Firdaus. Mereka akhirnya berjumpa semula selepas beberapa bulan.
“Kau dengan Qayla macam mana kerja dekat butik nenek kau?” Soal Zarrar kepada Eira.
“Best gila! Nenek Aku dah decide nak turunkan perniagaan tu dekat Qayla!” Balas Eira dengan penuh teruja.
“Wahh!! Untunglah dia!” Balas Zarrar.
“Weh.. Aku tak readylah esok....” Kata Eira lagi. Mukanya yang gembira terus beruba bimbang.
“Aku pun tak ready.. Tapi takpa, Aku yakin kau berjaya!” Kata Firdaus sambil melemparkan senyuman yang manis kepada Eira.
“Janganlah risau. Kau kan dah buat yang terbaik. Sekarang, Kita berserah je dekat Allah..” Balas Zarrar pula. Eira kembali senyum semula.
Pada malam itu, banyak cerita yang diceritakan bersama-sama. Mereka sudah beberapa bulan tidak berjumpa, sudah tentulah banyak cerita yang mahu diceritakan. Mereka bergelak tawa bersama. Pada masa yang sama, mereka juga rasa bimbang dengan keputusan peperiksaan akhir mereka.
*****
Keesokan harinya, di Jawhara Highschool.
Hari ini, hari dimana keputusan peperiksaan akhir gred 11 Zarrar, Eira dan Firdaus keluar. Mereka bertiga telah pun berada di dalam sekolahnya. Mereka berasa sangat gementar. Mereka bertiga dan kesemua calon sudah pun berada di dalam dewan.“Ya Allah.. nervous nya..” Kata Firdaus sambil meletakan telapak tangannya di dada.
“Takpa.. insha'Allah semuanya okay..” Balas Zarrar yang duduk bersebelahan dengan Firdaus. Firdaus hanya melemparkan senyuman.
“Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua calon peperiksaan akhir gred 11 tahun 5055. Alhamdulilah pada pagi ini kita dapat berkumpul untuk penyerahan keputusan peperiksaan ini. Saya ingin mengucapkan yang kamu semua telah pun buat yang terbaik. Apa jua keputusan, terima dengan hati yang terbuka. Okay?....” Ucap pengetua Jawhara Highschool.
“Kamu sudah boleh melihat keputusan kamu di tablet!” Kata pengetua yang berada di atas pentas.
Kesemua pelajar-pelajar gred 11 mengeluarkan tablet dari begnya dan mula melihat keputusan peperiksaan akhir mereka.
Zarrar dan Firdaus mula membuka website keputusan peperiksaan akhir gred 11 di dalam tabletnya. Mereka mula menaip nama panjang, nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran.
“Fir, kau buka dulu..” Kata Zarrar kepada Firdaus. Firdaus hanya mengangguk kepala.
“Bismillahirrahmanirrahim..” Bisik Firdaus.
Dia menekan butang ‘open’. Firdaus melihat keseluruh keputusannya.
“BM A+, ENG A, Math B, Science B, Sejarah A+, Pendidikan Islam A+ Addmath C, Bio B, Phy C dan Chemistry C!!” Zarrar membacakan keputusan Firdaus untuknya. Firdaus yang mendengar Zarrar itu terus tersenyum gembira.
“Weh!!!” Firdaus melompat gembira. Keadaan di dalam dewan itu sangat riuh dengan suara jerit-jeritan kegembiraan.
“Congrats!!!” Kata Zarrar sambil tersenyum gembira.
“Hahaha! Thanks! Okay, kau pulak..” Firdaus tertawa. Zarrar mengangguk.
“Bismillahirrahmanirrahim..” Bisik Zarrar.
Zarrar menekan butang ‘open’. Zarrar melirikkan matanya ke keputusannya. Dia terkejut.
“Wha-What??” Zarrar tidak percaya.
“Weh! Straight A!” Balas Firdaus sambil tersenyum manis.
“Seriuslah?” Zarrar masih tidak percaya.
“Yaa!! Congrats do!” Balas Firdaus.
Selepas kesemua tamat, mereka keluar dari dewan sekolahnya dan berjumpa dengan Eira. Zarrar dan Firdaus berlari ke arah Eira dengan muka gembira.
“Eira! Macam mana results?” Soal Firdaus kepada sahabatnya itu.
“Betul nak tahu ni?” Soal Eira dengan muka sayu.
“Mestilah..” Kata Firdaus dan Zarrar dengan sifat ingin tahu.
“8A 1B!” Kata Eira sambil melompat gembira. Mukanya yang sayu terus berubah menjadi gembira.
“Congratss!!!! Kau ni, buat suspend je!” Kata Zarrar sambil tersenyum gembira.
“Kau, Fir? Zarrar?” Soal Eira pula.
“3A+ 1A 3B 3C!” Kata Firdaus.
“Aku straight A..” Kata Zarrar dengan rendah diri.
“Weh?!?! Congrats korang!!” Balas Eira kepada kedua sahabat lelakinya itu.
*Ring! Ring! Ring!*
Telefon bimbit Eira berbunyi. Eira yang menyedari deringan itu terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Nama ‘Qayla’ terpampang di skrin. Dengan pantas Eira mengangkat panggilan video itu.
“Eira!” Jerit Qayla dengan teruja.
“Qayla! Macam mana results?” Soal Eira kepada sepupunya itu.
“4A 4B 1C! Kau?” Balas Qayla.
“Wah! Congrats cousin ku! Aku dapat 8A 1C!” Kata Eira pula.
“Pandainyaa!! Congrats! Zarrar, Fir??” Soal Qayla.
Eira terus memberi telefon bimbitnya kepada Zarrar dan Firdaus.
“Hai!! Zarrar, Fir! Macam mana results??” Soal Qayla kepada Zarrar dan Firdaus.
“Haii!! Aku dapat 3A+ 1A 3B 3C!” Balas Firdaus.
“Aku dapat semua A..” Sekali lagi Zarrar berkata dengan rendah diri.
“Pandai do korang..” Qayla memuji.
“Eh! Kau pun..” Balas Firdaus.
Mereka pulang ke rumah dan memberitahu kepada ibu bapa mereka tentang keputusan mereka. Zarrar, Firdaus dan Eira memulakan langkah baru ke menara gading. Mereka bertiga ke salah satu menara gading di Kota Abyad manakala Qayla pula mewarisi perniagaan butik besar neneknya. Walaupun berjauhan, mereka tetap berkomunikasi.
*****
5 tahun kemudian.
Di sebuah kawasan terpencil dan tidak diketahui oleh orang ramai. Seorang lelaki tua berpakaian serba kuning cair sedang menonton berita di televisyen.
“Berita Hanabira. Di Kota Abyad, sebuah kumpulan perompak besar ditumpaskan oleh seorang lelaki berpakaian besi seperti satria. Dipercayai, lelaki itu juga diikuti dengan tiga ekor haiwan pelik. Seekor harimau dan dua ekor burung helang. Untuk maklumat lanjut, kita dapatkan penjelasan dari orang yang berada di kawasan kejadian..” Jelas pembaca berita yang berada di kaca televisyen.
“Ya! Saya nampak sendiri dengan mata kepala saya yang satria tu membawa harimau dan helang! Harimau dan helang tu macam ada kuasa.. mereka boleh mengeluarkan serangan-serangan yang hebat. Saya tidak tahu sama ada dia dari dimensi lain ataupun sebaliknya..” Jelas seorang yang berada di kawasan kejadian.
“Kita baru menerima info yang lagi 3 orang satria juga telah membantu banyak kes-kes jenayah di Kota Abyad dan Kota Nahla. Mereka langsung tidak mendedahkan identiti mereka. Siapakah mereka??” Soal pembaca berita yang berada di televisyen itu.
Lelaki tua itu menutup televisyen. Dia membuka telefon bimbitnya.
“Zarrar, Qayla, Eira, Fir.. masanya telah tiba.. sila hadir ke lokasi yang Aku berikan ini..” Kata lelaki tua itu. Dia merakam satu mesej suara dan dihantarkan kepada Zarrar, Qayla, Eira dan Fir.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...