18

3 1 0
                                    

Pada waktu petang..

   Aku, Zarrar, Qayla, Fir, Herrlaa dan pasangan kami beredar dari pulau puak laut. Kami meneruskan penerbangan kami untuk ke Hutan Tebal Heejawa. Dalam penerbangan, kami berbual dan meluangkan masa bersama pasangan Mergastua kami.

   “Kenapa Kita perlu ke Heejawa? Ada apa di sana??” Soal Firdaus kepada rantai biru miliknya iaitu Jax.

   “Kita boleh terus sahaja duduk di sana dan berlatih. Kawasan itu juga agak tenang, jadi Kita boleh berlatih dengan aman.” Jawab Jax.

   “Kau yakin Jax? Sekarang ni, kat mana-mana pun bahaya. Ada je banyak Mergastua buas akan buat kacau macam Nagareen dan Bettel.” Axel menyampuk.

   “Betul jugak. Takpa, Kita pergi sahaja ke situ, Kita juga boleh berkenalan dengan Mergastua yang tinggal di sana...” Jawab Jax.

   “Hurmmm... Tapi... Kenapa Nagareen serang puak laut dan Bettel serang puak langit? Dorang jugak ada cakap fasal ketua puak mereka mahukan puak yang mereka serang tu...” Kata Qayla.

   “Kau tanya Aku.. lagi aku taktahu... Tapi tak mungkin yang Sang Batua mahukan puak langit..” Jelas Herrlaa pula.

   “Mungkin ada kaitan dengan peperangan yang akan terjadi tak lama lagi..” Aku menyampuk.

   Tiba-tiba...

SWOSHHH SWOSHHH....

   Ribut angin yang kencang melanda Kami. Kami hampir terhempas ke dalam laut, tetapi Herrlaa berjaya mengawal penerbangannya. Aku melihat keadaan sekeliling...

   “Ada Mergastua yang sedang mengekori Kita!!” Jeritku.

   Seekor rama-rama gergasi bersayap ungu dan biru tua mengekori mereka dari belakang, saiznya tubuhnya sama seperti manusia. Dia mengibas sayapnya dengan laju, semakin laju angin bertiup kencang.

   “B-Bsarnya rama-rama tu...” Kata Qayla.

   “I-itu.. Ramara!!!” Tokky menjerit.

   “S-Siapa Ramara ni Enzo??” Soal Zarrar kepada Enzo.

   “Ramara. Mergastua rama-rama ribut. Dia boleh mengawal elemen angin dan ais dalam satu masa.” Jelas Enzo.

   “Macam mana ni? Takkan lah Kita nak lawan Dia kat atas baju perisai Herrlaa ni??” Soal Qayla dengan panik.

   “Hurmmm... HAA YESS!! Navua, Aku perlukan bantuan kau!!” Eira menyeru Navua.

   Axel memancarkan sebuah cahaya, Muncul Navua.
  
   “Navua! Angkat tanah dari laut dan jadikan sebuah padang besar!!” Arah Eira kepada pasangan Mergastunya itu.
  
   “Baikk!!”
  
   “Tokky! Bantu Navua!!” Arah Qayla.
  
   Kaki Navua dan Tokky diangkatkan ke atas. Laut mula bergelora, muncul sebuah padang besar di tengah-tengah lautan itu.
  
   “Heerlaa!! Turunkan kitorang kat padang tu!!” Arah Zarrar. Herrlaa mendarat ke padang itu. Mereka semua turun dari tubuh Herrlaa.

   “Apa yang kau mahukan Ramara??” Dengan berani Zarrar menyoal rama-rama gergasi itu.

   “H-Hancurkan pahlawan Buana Mergastua! Hancurkan pahlawan Buana Mergastua!” Kata Ramara.

   “Huh?? Peliknya Mergastua ni, Dia macam robot..” Kata Fir.

   “Navua! Penumbuk tanah! Dovea! Pusaran angin kilat!” Arahku.

   Navua menghentak bumi, hentakan yang amat kuat. Muncul sebuah tangan tanah, objek itu menuju ke arah Ramara.
  
   Dovea mengibas sayapnya dengan kuat, muncul sebuah pusaran angin, kilat menyambar pusaran angin itu dan Dovea menghalakan serangan itu kepada Ramara.

   Dengan pantas Ramara mengelak serangan itu.

ZWOSHHH...

   “Serangan yang hebat... Tidak sehebat serangan Aku yang ini.” Kata Ramara dengan angkuh.

   “Ombak pembeku!!” Jerit Ramara.

   Ombak muncul dan menuju ke arah Kami. Herrlaa terbang ke Kami dan melindungi Kami dengan serangannya.

   “Herrlaa! Sayap berapi!” Arah Zarrar.

   Sayapnya terbakar dan merempuh ombak itu. Serangan Ramara terbatal.

   “Heh.. itu baru sikit..” Kata Ramara dengan muka sinis.

   “Taufan pembeku!!” Jerit Ramara.

   Sayap Ramara mengeluarkan satu pusaran taufan yang amat kencang, taufan itu di tujukan kepada kami.

   “Eira, Dovea!! Kita gabung tenaga!” Jerit Zarrar.

   “Baik!!” Jawab Kidden, Eira dan Dovea serentak.

   “Bebola angin gergasi!!” Jerit Dovea dan Eira bersama.

   “Sekarang Kidden!” Arah Zarrar.

   Api terkumpul di kaki Kidden. Dia menyentuh bebola angin itu, serangan itu berubah menjadi bebola angin berapi.

   “BEBOLA ANGIN BERAPI GERGASI!!!” Jerit Kami berempat dengan serentak.

   Dengan laju serangan itu menentang taufan pembeku Ramara. Kedua-dua serangan itu bertembung.

SWOSHHH...

KABOOOMMMM...

   Petembungan serangan itu menghasilkan satu ledakan yang amat kuat. Kami terjatuh ke bumi begitu juga Ramara.

   Ramara bangun dari jatuhnya.

   “Dasyat.. Aku tak sangka Mergastua tahap satu boleh menghasilkan serangan kuat seperti itu...” Kata Ramara.

   “Jax, Aku perlukan bantuan Purra.” Kata Firdaus kepada rantai birunya itu. Jax mengeluarkan Purra.

   “Mari bergabung tenaga!!” Kata Aku kepada mereka.

   “Hahah. Baiklah... Tembakan Ombak Gergasi!!!” Jerit Ramara.

   Ombak gergasi muncul dari belakang Ramara. Mata Ramara yang berwarna merah dan hitam itu kelihatan amat kejam.

   “Kidden! Herrlaa! Bebola api!” Jerit Zarrar.

   “Dovea! Sambaran petir! Navua! Letusan air!” Kata Aku.

   “Tokky! Tendangan tanah!” Jerit Qayla.

   “Bea! Purra! Letusan air!!” Kata Firdaus.

   Ketujuh-tujuh serangan itu ditujukan kepada Ramara. Ramara pula menghempas ombak gergasi itu untuk melawan serangan Kami.

BOOMMMM!!

   Serangan Kami berjaya mematahkan Ombak gergasi Ramara. Dia jatuh ke bumi. Aku, Zarrar, Eira, Qayla, Herrlaa dan yang lain berlari ke Ramara untuk melihat keadaannya.

   “K-Kau okay tak ni Ramara?” Soalku.

   “A-Aku...” Jawab Ramara tergagap.

   “Aku belum kalah lagi wahai Sang Pahlawan Buana Mergastua!!” Dia bangun dari jatuhnya dan terbang ke langit.

   “Tembakan Ais Rama!!” Jerit Ramara.

BeastWhere stories live. Discover now