Qayla, Speedy, Ramara dan Serrpy menentang Whilac.
“Speedy! Libasan akar dan tali tanah! Ramara! Tembakan ais rama! Serrpy! Renjatan elektrik!” Arah Qayla kepada pasangan mergastuanya.
Speedy, Ramara dan Serrpy mengangguk.
“Libasan berkembar! Akar dan tali tanah!” Jerit Speedy.
Muncul akar yang panjang ditangan sebelah kanannya dan tali berunsur tanah ditangan kirinya. Speedy melibas kedua-dua tali dan akar itu ke tubuh Whilac yang sedang terbang di langit. Tali dan akar itu terkena sayap Whilac, Whilac jatuh ke bumi.
“Tembakan ais rama!” Jerit Ramara sambil terbang ke langit.
Sayapnya mula bercahaya. Sayapnya mengeluarkan satu tembakan. Tembakan itu ditembak ke arah Whilac yang sudah jatuh. Tembakan itu terkena sayap Whilac, sayapnya membeku.
“Renjatan elektrik!” Jerit Serrpy.
Mulutnya mengeluarkan satu renjatan elektrik. Renjatan elektrik itu ditujukan ke muka Whilac. Muka Whilac terkena renjatan. Malangnya, kawalan Lynxia tidak hilang.
Zarrar, Nekko, Herrlaa dan Garlilintar pula bertarung bersama Harimara.
“Nekko, Herrlaa! Tembakan laser pemusnah berapi! Garlilintar! Tembakan laser guruh!” Arah Zarrar kepada pasangan mergastuanya itu. Mereka bertiga menganggukan kepala tanda setuju.
“Tembakan laser pemusnah berapi!” Jerit Nekko dan Herrlaa serentak.
Mata Nekko dan Herrlaa mengeluarkan satu tembakan cahaya berapi. Tembakan itu ditembak terus kemuka Harimara.
“Tembakan laser guruh!” Jerit Garlilintar pula.
Garlilintar terbang ke langit. Sayapnya terbuka. Awan mendung tiba di atas kepalanya. Awan itu menyambar kilat ke tubuh Garlilintar. Sebuah tembakan cahaya berkuasa elektrik ditembak ke arah muka Harimara.
Harimara yang sedar tindakan Nekko, Herrlaa dan Garlilintar itu kelihatan bersedia.
“Perisai batu berapi!” Balas Harimara.
Sebuah perisai batu terbakar terhasil dihadapan muka Harimara. Harimara dilindungi dirinya dari tiga tembakan itu. Tembakan itu tidak kena pada Harimara kerana dilindungi oleh perisai batu berapi itu.
“Libasan tali guruh!” Jerit Garlilintar lagi.
Sebuah tali bertenaga elektrik terhasil disayap Garlilintar. Dia melibas perisai batu berapi milik Harimara. Perisai itu terlampar ke tepi.
“Sekarang!” Jerit Zarrar kepada mereka bertiga.
Nekko,Herrla dan Garlilintar ingin melancarkan tiga lagi serangan kepada Harimara.
“Tembakan batu-batuan berapi!” Jerit Harimara.
Belum sempat Garlilintar, Nekko dan Herrlaa melancarkan serangan, mereka semua diserang dengan batu-batu berapi. Mereka semua jatuh ke bumi akibat diserang batu-batu itu.
“Tembakan laser lava!” Jerit Harimara lagi.
Mata Harimara menembak laser ke arah Nekko, Herrlaa dan Garlilintar. Laser itu berelemen cecair panas berwarna jingga kemerah-merahan. Laser itu ditembak.
“Arghhhh!!!!” Jerit Nekko, Herrla dan Garlilintar kesakitan.
“Nekko! Herrlaa! Garlilintar!” Jerit Zarrar penuh dengan rasa bimbang.
Tiba-tiba, Nekko bangun dari jatuhnya. Matanya bercahaya merah terang. Herrlaa dan Garlilintar pula masih lagi terbaring akibat diserang dengan laser lava itu.
“Nekko...” Bisik Zarrar perlahan dengan penuh rasa bimbang.
Tubuh Nekko mula bercahaya. Cahayanya berwarna merah terang. Cahaya itu menyinari pandangan kesemua mereka yang berada disitu. Tubuh Nekko berubah menjadi lebih besar. Cahaya itu perlahan-lahan hilang. Terserlah tubuhnya yang baharu. Bulunya yang selama ini berwarna serba hitam berubah menjadi warna kelabu tua dan merah terang.
“Aku, Fieger!” Kata tubuh baharu Nekko itu.
“Fieger...” Bisik Zarrar lagi. Qayla, Herrlaa, Garlilintar, Speedy, Ramara, Serrpy dan yang lain terkesima melihat evolusi baharu Nekko itu.
“Nekko evolusi menjadi Fieger...” Bisik Qayla.
“Fieger. Mergastua harimau membara. Dia boleh mengawal elemen api dan besi. Dia adalah evolusi ketiga dari Kidden dan Nekko.” Jelas Max.
“Tembakan lava berganda!” Jerit Fieger.
Matanya mengeluarkan satu tembakan cecair panas. Cecair itu ditembak ke muka Harimara. Dengan serta-merta kawalan Lynxia hilang.
“Fieger!” Jerit Zarrar. Zarrar berlari ke arah harimau berbulu kelabu tua dan merah terang itu. Dia memeluk tubuh Fieger. Fieger melemparkan senyuman manis kepada Zarrar.
“Hei! Tolonglah kitorang!” Kata Merantina yang sedang menetang Sijingga.
“Jom Fieger, Herrlaa, Garlilintar!" Ajak Zarrar.
Mereka berempat menuju ke arah Qayla dan yang lain. Sijingga, Metan, Whilac dan Bezzi berkumpul semua. Begitu juga Zarrar dan Qayla. Mereka berkumpul semula untuk berlawan bersama-sama.
“Mergastua pokok balak! Serang mereka dengan meriam kayu!” Arah Timbarlak kepada Mergastua pokok yang lain.
Timbarlak, Garganbuhan, Merantina, Cengali, Keriungga dan Nyatuk menggunakan meriam kayu mereka. Meriam-meriam itu menembak kayu-kayu balak tebal ke muka Whilac dan Bezzi. Tetapi tidak berjaya, kawalan Lynxia tidak hilang.
“Kuat betul kawalan perempuan gila ni..” Kata Qayla.
“Hahaha! Memang! Memang Aku gila.. Gila Hebat!” Suara lunak Lynxia berkata.
“Senyap! Korang teruskan serang!” Kata Qayla kepada yang lain. Mereka yang lain mangangguk tanda setuju.
“Hurmm. Jangan yakin sangat.. Sijingga! Tembakan laser pemusnah lava! Bezzi, Metan! Tusukan besi-besi! Whilac! Tembakan laser batu!” Arah Lynxia kepada mergastua-mergastua kawalannya itu.
“Perisai besi!” Kata Fieger.
Sebuah ketulan besi naik ke tanah. Besi-besi itu membentuk satu perisai yang sangat tebal. Perisai itu melindungi Fieger dan yang lain dari diserang Raja-Raja Rimba itu. Keempat-empat serangan itu melanda perisai besi Fieger. Kesemua serangan itu terbatas begitu sahaja dengan lindungan perisai besi.
“Serang sekarang!” Jerit Fieger.
“Herrlaa! Bebola berapi gergasi! Garlilintar! Panahan guruh!” Arah Zarrar kepada Herrlaa dan Garlilintar. Mereka berdua mengangguk tanda setuju.
Herrlaa membaling bebola api ke arah Raja-Raja Rimba. Garlilintar menghentam Raja-Raja Rimba menggunakan panahan guruh dari awan yang mendung.
“Speedy! Tumbukan tanah! Ramara! Semburan ais! Serrpy! Bebola elektrik!” Arah Qayla pula.
Sebuah tangan gergasi terhasil dari tanah. Tangan itu dikawal oleh Speedy. Tangan itu menumbuk ke arah Raja-Raja Rimba. Ramara menyembur ais ke arah Raja-Raja Rimba. Serrpy menghasilkan satu bola elektrik. Dia membaling ke muka Whilac.
“Tumbukan kayu balak!” Jerit Merantina dan Timbarlak.
Kayu-kayu yang berada dihutan puak bumi membentuk tangan gergasi. Tangan itu mengenggam dengan kuat. Ia menumbuk muka Sijingga.
“Hempasan kayu-kayuan!” Jerit Cengali dan Keriungga.
Sebilangan kayu-kayu yang tebal dilempar ke muka-muka Raja Rimba.
“Libasan akar pokok!” Jerit Garganbuhan dan Nyatuk.
Akar-akar muncul dari tanah. Akar itu dilibas ke muka Raja-Raja Rimba. Sekali lagi serangan itu tidak berkesan kepada Raja-Raja Rimba kerana kawalan Lynxia sangat kuat.
YOU ARE READING
Beast
FantasyBeast [ Complete ] Book 1 'The Initials Of Sahmura Heroes' Empat orang remaja telah terperangkap di sebuah kehidupan yang bernama Buana Mergastua. Sebuah kehidupan yang indah dan menakjubkan, kehidupan yang penuh dengan magik. Terpanah dengan keinda...