34

1 1 0
                                    

   Garlilintar masih lagi di langit. Dia membuka sayapnya. Sayapnya mengeluarkan sebuah bulatan kilat.

   “Tembakan laser pemusnah kilat! Rasakan ni juga! Bayu beliung!!” Jerit Garlilintar dengan kuat.

   Sebuah tembakan laser gergasi di tembak ke arah Guntular. Guntular masih lagi tenang walaupun serangan itu makin hampir dengan dirinya. Sebuah pusaran angin yang kencang mendekati dirinya juga.

   “Perisai pantulan!” Kata Guntular. Sebuah perisai muncul dari mulutnya. Perisai itu menerima tembakan Garlilintar. Serangan itu terpantul dan...

BOOOMMM!!

   Tembakan laser gergasi itu dipantul dan terkena Belrama.

   “Belrama!!” Kata Qayla dengan sangat bimbang. Tiba-tiba...

   Sebuah cahaya biru menutupi tubuh Belrama yang kecil itu. Cahaya itu menerbangkan Belrama ke langit. Saiz Belrama berubah menjadi sebuah objek yang bujul. Cahaya itu hilang, objek bujul itu mula merekah. Muncul seekor rama-rama gergasi bersayap berwarna ungu dan biru tua. Rama-rama itu terbang ke arah Garlilintar.

   “Belrama berevolusi menjadi Ramara..” Kata Qayla dengan kagum.

   “Mari kita tamatkan semua ni Garlilintar!” Ramara berkata kepada Garlilintar.

   “Mari!!” Balas Garlilintar.

   “Bebola berapi!” Jerit Herrlaa. Bebola api itu di lemparkan ke arah perisai pantulan milik Guntular. Perisai itu terpelanting dan jatuh ke bumi.

   “Terima kasih Herrlaa. Tembakan guruh gergasi!!” Kata Garlilintar. Mata Garlilintar mengeluarkan tembakan gergasi.

   “Tembakan ais rama!!” Jerit Ramara pula. Sebuah tembakan keluar dari sayap rama-rama ais itu.

    Kedua-dua tembakan itu di tembak ke Guntular.

   “Heh.. Tembakan guruh berapi!!” Jerit Guntular. Mulutnya dibuka, muncul sebuah tembakan. Tembakan itu di halakan ke Garlilintar dan Ramara.

   Serangan itu bertembung. Serangan Ramara dan Guntular sangat kuat. Akhirnya serangan Ramara dan Garlilintar di tembak ke tubuh Guntular. Serangan itu mewujudkan sebuah ledakan yang kuat. Lebih lima puluh pohon tumbang akibat ledakan itu. Guntular yang sudah tewas itu berubah bentuk. Bentuknya menjadi lebih kecil. Saiznya sama seperti Nekko.

   “Huh?? Kenapa boleh jadi macam tu?” Soal Qayla kepada Max. Qayla kebingungan melihat perkara itu.

   “Ini bentuk evolusi tahap kedua Guntular iaitu Serrpy. Serrpy, Mergastua ular tanah. Dia boleh mengawal elemen elektrik. Dia amat tangkas.” Jawab Max.

   “Oh... Sekejap.... maksudnya Lynxia juga boleh mengawal evolusi Mergastua?” Soal Qayla lagi.

   “Ya.” Jawab Max.

   “Ular dan monyet lemah! Tak boleh harap! Dan kau pahlawan lemah! Jumpa di puak bumi.” Suara Lynxia kedengaran. Warna mata Kingwaka dan Serrpy berubah kepada warna yang asli.

   Matahari terbenam. Langit mulai gelap, muncul bintang dan bulan.

   “Hari sudah mula gelap. Kita sambung esok sahajalah.” Kata Qayla. Dia dan yang lain memasang 2 buah khemah. Satu untuknya dan satu lagi untuk Zarrar.

   Garganbuhan mengangkat tubuh Zarrar dan Nekko untuk di masukkan ke dalam khemah. Qayla memasak dan menyediakan makanan untuknya dan mergastua yang lain. Garganbuhan juga menyelamatkan Serrpy. Kingwaka pula berjaya membebaskan diri dari ais. Mereka menceritakan perkara yang telah terjadi kepada Kingwaka dan Serrpy.

BeastWhere stories live. Discover now