49

1 1 0
                                    

  Sebuah padang luas. Dimensi baru Buana Mergastua.

   Berjuta-juta mergastua melihat sendiri kemusnahan Buana Mergastua. Mereka berasa amat sedih kerana kehilangan tempat tinggal mereka yang lama. Mereka juga tidak menerima hakikat bahawa mereka akan berpindah alam yang mempunyai manusia. Mereka tidak bersedia. Tetapi mereka semua perlu terima hakikatnya yang bahawa mereka perlu memulakan kehidupan baru bersama-sama dengan manusia.

   Zarrar, Eira, Firdaus dan Qayla berjalan menuju ke arah Lynxia yang telah telah terbaring diatas tanah bersama-sama dengan Garuara dan Phoenza.

   “Kau dah tewas...” Kata Zarrar kepada Lynxia.

   “Aku? Aku tewas? Tak mungkin! Garuara! Phoenza! Serang mereka!” Balas Lynxia.

   Garuara dan Phoenza akur dengan arahan Lynxia. Phoenza menentang Fieger, Hibayu, Tangkasa dan Marrina. Garuara pula bersemuka dengan Herrlaa, Petuza, Browaya, Lavendara, Rerama, Guntular, Chelonirra dan Macro. Sang Aura dan Tuan Cihan menuju ke arah Pahlawan Buana Mergastua dan Lynxia.

   “Tembakan laser pemusnah berapi!!” Jerit Fieger kepada Phoenza.

   Mata Fieger bersinar. Matanya mengeluarkan sebuah tembakan laser berapi ke arah Phoenza.

   “Libasan air beracun!!” Balas Phoenza.

   Phoenza mengalirkan air-air dari sungai yang berdekatan dengan pandang itu. Air-air itu mengalir ke sayapnya. Air-air yang suci lagikan jernih berubah. Racun mengalir ke dalam air itu. Air-air itu membentuk sebuah tali. Tali air itu melibas tubuh Fieger. Tembakan Fieger terbatas akibat libasan itu.

   “Aeghh!!” Jerit Fieger kesakitan.

   “Fieger!! Libasa..” Kata-kata Tangkasa terbatas. Dia juga dilibas dengan tali air beracun Phoenza.

   “Kau memang melampau!!” Jerit Hibayu.

   Hibayu mengibas sayapnya. Angin-angin menghasilkan satu pusaran taufan. Pusaran taufan itu melanda Phoenza.

   “Pusaran ribut kau tidak cukup kuat untuk melawan Aku!” Balas Phoenza.

   Dengan pantas Phoenza melibas tubuh Hibayu. Hibayu jatuh ke permukaan tanah yang luas itu. Pusaran ribut itu menghilang.

  “Giliran kamu berdua pula!” Kata Phoenza kepada Tangkasa dan Marrina.

   “Tumbukan tumbuhan!” Jerit Tangkasa.

   Tangkasa menggenggam tangannya. Tumbuh-tumbuhan seperti daun-daun berterbangan menuju ke genggaman tangannya. Tangkasa berlari dan menumbuk ke muka Phoenza.

   “Arghhh!” Jerit Phoenza kesakitan setelah tumbukan Tangkasa hinggap dimukanya.

   “Tumbukan lumpur!!” Jerit Marrina.

   Marrina menggenggam tangannya. Tanah-tanah dari padang merekah dan berterbangan ke tangan Marrina. Air dari sungai berdekatan mengalir ke tangannya. Kedua-dua elemen itu bercampur dan berubah menjadi sebuah cecair tanah. Dengan pantas Marrina menumbuk ke tubuh Phoenza.

   “Erghhh!!” Jerit Phoenza lagi. Phoenza hilang kawalan. Dia jatuh ke permukaan padang yang luas.

   Tangkasa dan Marrina menolehkan pandangan ke muka masing-masing. Mata mereka bertentangan. Mereka mangangguk seperti sudah merancang sesuatu.

   “Tembakan laser air!!” Jerit Marrina.

   “Meriam besi!” Jerit Tangkasa pula.

   Tangan Marrina mengawal air-air dari sungai. Air-air itu membentuk satu bulatan besar. Bulatan itu mengeluarkan sebuah tembakan gergasi air. Tembakan itu dihalakan ke tubuh Phoenza.

BeastTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang